| Nazri Abdullah |
| LABIS: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Felda bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat di tanah rancangan itu sudah mula berubah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, selain itu calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor turut menjadi faktor kemenangan berpihak kepada PAS pada PRK Tenang. “Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini,” ujarnya. Pada PRU 2008, PAS memenangi kerusi Dun Sungai Abong dalam kawasan Parlimen Bakri melalui Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan Dun Maharani di Parlimen Muar menerusi Dr Mohammad Taslim. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bagi membantu kempen calon PAS. |
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 22 Januari 2011
PAS optimis, Felda bukan lagi talian hayat Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan