Persidangan ini bertujuan untuk memeriksa sebab musabab kumpulan masyarakat terpinggir dari arus pembangunan negara
KUALA LUMPUR: Masyarakat Sabah dan Sarawak yang berada di sekitar ibu negara dijangka menyertai Persidangan Hak Asasi Manusia
Mengenai Masa Depan Masyarakat Terpinggir dan Minoriti Malaysia yang akan diadakan buat pertama kali di sini hari ini.
Persidangan sehari itu dianjurkan bersama oleh CigMa atau Common Interest Group Malaysia yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan, dan
HINDRAF, Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Borneo Resources Institute, dan
Yayasan Hak Asasi Manusia yang berpejabat di London.
Persidangan ini diadakan di Dewan Persidangan Cina Selangor. Sebanyak enam kertas persidangan akan dibentangkan mulai jam 9
pagi. Enam kertas ini ialah satu dari Sabah, tiga dari Sarawak, dan masing-masing satu dari masyarakat India dan Orang Asli.
Persidangan ini akan memeriksa sebab-musabab kenapa kumpulan-kumpulan masyarakat Kadazandusun, Dayak, India dan Orang Asli terus-menerus tersisih dari arus pembangunan negara sejak dahulu.
Masyarakat yang ingin menyertai persidangan ini boleh menghubungi setiausah CigMa, Kanul Gindol di talian 013-8972281.
20 ulasan:
Harap persidangan ini boleh mengenal pasti faktor yang menyebabkan sesetengah masyarakat terpinggir supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil.
hara persidangan ini membawa hasil yang baik untuk pembangunan masyarakat yang terpinggir.
harap semua golongan masyarakat akan dapat menikmati kemajuan yang diharapkan.
Semoga ada dapatan yang diperolehi untuk sama membantu menyelesaikan masalah ini.
penduduk luar bandar mmg perlu diberi perhatian.
Semoga dapat membantu menyelesaikan masyarakat yang terpinggir.
persidangan seperti ini harus kerap diadakan dengan penglibatan dari badan2 kemanusiaan global.
diharap persidangan ini akan memberikan jawapan kepada persoalan yang timbul berhubung dengan masyarakat terpinggir.
Harap persidangan ini menjanjikan sesuatu yang positif.
Semoga sebab musabab kumpulan masyarakat terpinggir dapat diketahui seterusnya memudahkan tindakan lanjut diambil.
Saya pun tak sabar juga mahu tahu apa sebabnya. hehhe
Appaun,sama2 lah kita berharap agar persidangan ini membuahkan hasil.
kita tunggu dan lihat apa hasil dari persidangan ini kelak.
Adakah kerana kita terlalu manja dan lalai?
Sabahans are still being neglected.
Saya setuju jika persidangan ini kerap diadakan supaya kerajaan persekutuan akan nampak bahawa kita benar-benar mahukan pembaharuan/ penglibatan.
Adakah nasib kita akan terbela dengan wujudnya persidangan ini?
Worth to go.
We should do something diff now.
Catat Ulasan