KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tidak memberi sebarang petunjuk sama ada beliau akan mengadakan pilihan umum ke-13 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan mempertimbangkan sebarang kemungkinan.
“Boleh... tunggu dan lihat,” katanya ketika ditanya oleh pemberita sama ada Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi dua pilihan raya secara serentak.
“Dalam pilihan raya, sebarang kemungkinan boleh terjadi,” kata Najib (gambar), yang juga Pengerusi BN, selepas melancarkan Dana Belia 1 Malaysia di sini.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Talib Mahmud dilaporkan sebagai berkata beliau akan berbincang dengan Najib dengan kemungkinan mengadakan pilihan raya Parlimen dan Negeri secara serentak.
Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata beliau telah mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya negeri namun tidak dapat menentukan tarikhnya.
Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir Julai ini manakala Parlimen pula April 2013.
Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Najib yang dipetik Bernama berkata, pilihan raya kecil bagi kerusi itu merupakan sesuatu yang tidak diduga sama sekali dan tidak dapat dielakkan.
Katanya BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil itu pada tarikh yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Penyandang kerusi DUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung sejak dimasukkan ke Hospital Pakar Putra, Melaka, Sabtu lepas.
Ditanya mengenai kemunculan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Najib berkata kehadiran parti politik baru itu memperlihatkan demokrasi di Malaysia masih aktif dan segar.
“Sesiapa boleh tubuh parti baru dan asalkan mereka bergerak mengikut undang-undang negara, mereka boleh bertanding dan sebagainya, tiada masalah,” katanya.
Tentang kehadiran Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas pada upacara pelancaran parti baru itu, Najib berkata ianya tidak bermasalah.
Najib juga menyampaikan ucapan tahniah kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia kerana berjaya menyelamatkan 23 krew kapal dan merampas semula kapal tangki kimia Malaysia yang dirampas oleh lanun d perairan Teluk Aden, Somalia, semalam.
Katanya beliau berbangga dengan kecekapan dan keberanian pasukan Paskal menyelamatkan kapal yang disewa dan memberkas tujuh orang lanun.
Najib berkata kerajaan kini sedang meneliti dari aspek perundangan antarabangsa untuk tindakan sewajarnya termasuk membawa lanun-lanun tersebut ke Malaysia untuk diadili.
13 ulasan:
Yang penting semua orang dah bersiap sedia menghadapi pilihan raya.
ya.. persediaan awal perlu ada.
tunggu dan lihat saja bila PRU akan diadakan. yang penting semua pihak kena lah bersedia daripada awal.
Maka kita tunggu saja bila PRU13 akan diadakan adakah bersama dengna Pilihanraya Sarawak atau sebaliknya.
Baik kita tunggu dan lihat sahaja.
Semua pihak kenalah bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Sesiapa yg belum berdaftar sebagai pengundi harus mendaftar sekarang.
Tak kisahlah bila pilihan raya nak dibuat, yang penting semua pihak bersiap sedia.
Paling penting lagi ialah pilihan rakyat. Rakyat harus buat pilihan yang terbaik!
tunggu dan lihat sajalah keputusan dari najib.
persediaan awal harus dilakukan..bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
walau apapun keputusannya, samada diawalkan atau tidak, persediaan perlu dilakukan bermula dari sekarang. masih banyak yang perlu dilakukan oleh parti pemerintah. semua parti di negara ini perlu kurangkan berpolitik, tetapi perbanyakkan tindakan.
Diharap semuanya bersabar, lambat laun akan diumumkan juga tarikh PRU13. Persediaan awal adalah yang paling penting untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan.
Jadi bersiap sedialah kuatkan jentera dan TUNAIKAN JANJI2 dari sekarang. Jangan tunggu pilihanraya baru bertungkus-lumus.
Catat Ulasan