Misalnya, kata beliau, ialah beberapa contoh dalam laporan di mana jawatankuasa berkenaan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji pembaharuan tertentu tanpa memberi cadangan bagaimana ia perlu dilakukan.
"SPA sepatutnya mencadangkan mekanisme atau SPR akan mempunyai alasan untuk mengelak - mereka akan kata pembaharuan akan dilaksanakan dalam masa 10 tahun," kata Ong yang berpengalaman tujuh tahun menjadi pemantau pilihan raya.
Pencapaian seperti persetujuan SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal yang disyorkan oleh PSC, kata Ong, terlalu ditonjolkan sangat, berbanding dengan negara-negara lain yang menggunakan pelbagai langkah untuk mengenal pasti pengundi.
"Selain penggunaan dakwat kekal, negara-negara seperti Bangladesh dan Filipina mempunyai daftar pemilih yang lengkap dengan gambar warna pengundi."
Menurutnya lagi, sekiranya seorang pengundi mempunyai kad pengenalan palsu, gambar tersebut dapat mendedahkannya.
Ong yang memboikot PSC dan sebaliknya mengutarakan cadangan berdasarkan pengalamannya tujuh tahun, terus kepada SPR, berkata sesetengah kumpulan berkepentingan dan parti-parti politik turut hilang tumpuan dengan terlalu bertumpu kepada soal tempoh berkempen.
Ini, katanya, telah mengabaikan komponen penting yang lain dalam proses pilihan raya, termasuk tempoh pencalonan yang kritikal dalam menyemak calon-calon yang berkelayakan.
"Di negara kita, tempoh pencalonan hanya satu jam, di negara-negara lain tempohnya berminggu dan berbulan. Begitu juga dengan tempoh bantahan."
sebarang rayuan, tegasnya, perlu dibawa ke mahkamah, dan pada masa itu, hari mengundi pun sudah sampai.
Semua ini, keluhnya, tidak ditangani oleh PSC.
Ong juga menolak justifikasi SPR bahawa tempoh kempen tidak boleh terlalu lama kerana ia akan membabitkan kos yang tinggi.
"Jika anda melanjutkan tempoh penamaan calon, maka tidak perlu bagi ribuan orang dan polis berkumpul di pusat penamaan calon. Lagi pun, sebahagian besar tugas SPR dan polis adalah semasa penamaan calon dan hari mengundi.
"Parti-parti politik adalah pihak yang akan berbelanja semasa tempoh berkempen," katanya.
Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai PSC, mencadangkan tempoh berkempen ditambah kepada minimum 21 hari, tetapi ia ditolak oleh undi majoriti, yang sebaliknya mengesyorkan tempoh minimum 10 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan