MALAYSIA CHRONICLE
KUALA LUMPUR -- Pengundi dan rakyat merupakan elemen utama yang harus berubah jika mahu rasuah politik di negara ini dihapuskan, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Khamis.
Katanya, selama ini hanya ahli politik yang dikaitkan dengan rasuah politik tetapi sebenarnya, pengundilah yang menggalakkan keadaan ini berlaku.
Katanya, di United Kingdom, tugas ahli politik adalah semata-mata mewakili pengundi ke parlimen.
"Mereka cuma mewakili pengundi di parlimen dalam membicarakan hal-hal polisi dan dasar, tidak ada konsep wakil rakyat di sana harus berjumpa dengan rakyat dan menghulurkan bantuan," katanya kepada pemberita semasa sidang media mengenai ulang tahun ke lapan Pelan Integriti Nasional dan penubuhan IIM pada 23 April ini.
Di Malaysia, ahli politik perlu "membodek" pengundi sehingga terpaksa mengeluarkan wang ringgit atau membuat perkara remeh temeh seperti menghadiri majlis perkahwinan di kalangan pengundi mereka, katanya. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan