Speaker
DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk
menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) di negeri Melaka.
Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi
memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum
ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.
Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri
yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi
peluang kepada siswa terbabit menunaikan
tanggungjawab itu.
"Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu,
lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana
tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Menyedari perkara ini, mulai Januari hingga Mac lalu, kami telah
menjalankan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar terbabit di beberapa
institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini sebagai
menerangkan perkara ini supaya tidak timbul salah faham.
"Kebanyakan daripada mereka sudah pun membuat pendaftaran memilih di
kampung halaman mereka justeru sebagai memudahkan urusan ini kita telah
pun mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negeri
(JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.
Beliau diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam mengenai
pendedahan 'bukti' bahawa anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba
'membeli' pelajar IPT supaya menukar alamat tempat pengundian bagi
memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya.
Beliau berkata, kesemua proses pertukaran alamat tempat mengundi pelajar
terbabit adalah berdasarkan lokasi mereka belajar dan menetap.
"Secara kebetulan kebanyakan IPT berada di dalam kawasan Bukit Katil
misalnya, Kolej Yayasan Melaka (KYM) yang beralamat di Padang Jambu
adalah dalam kawasan Parlimen Bukit Katil dan begitu juga kebanyakan IPT
lain juga dalam parlimen sama.
"Mengenai dakwaan kononnya berlaku paksaan dan tindakan membeli (undi)
pelajar, pihak kami menafikan perkara ini sebab kita sudah jelaskan
kepada pelajar terlibat dan ramai juga pelajar yang tidak menukar alamat
mereka kerana kurang bersetuju.
"Perkara ini perlu disebabkan seseorang pengundi harus membuang undi
mengikut alamat seperti tertera di kad pengenalan mereka," katanya lagi.
Langkah itu berbeza daripada amalan semasa pilihan raya umum sebelum
ini di mana seseorang boleh mendaftar mengundi di kawasan yang berbeza
dengan alaman di kad pengenalan mereka, katanya.
Di kawasan lain di Melaka juga katanya, turut dilakukan proses serupa misalnya di Alor Gajah dan Jasin.
"Ini semua bagi memberikan kemudahan kepada pelajar terbabit dan
langsung tidak timbul soal penyelewengan dan penipuan seperti yang
didakwa pembangkang semalam," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan