HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 April 2012

WARGA EMAS TERKEJUT SPR MAKLUMKAN SUDAH MENINGGAL

wargaemas-keningaukini
Abu Bakar di samping isterinya menunjukkan MyKad dan baucar BR1M membuktikan bahawa beliau masih hidup
TENOM: Seorang warga emas kesal dan terkejut apabila dimaklumkan oleh kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beliau sudah meninggal dunia.

“Saya masih hidup dan masih memegang MyKad yang bernombor 321022-12-5013 dan pada Rabu (18 April) saya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500,” kata Abu Bakar Bin Djunus 80, yang tinggal di Kg. Cinta Mata.

Katanya, pada Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12) 2008 beliau tidak dapat mengundi kerana namanya telah tercicir dalam daftar pemilih.

“Kerana semangat sebagai warga negara Malaysia yang ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih maka dua bulan yang lalu saya mendaftar semula sebagai pemilih di Pejabat Daerah Tenom,” jelas Abu Bakar.

Tetapi apa yang memeranjatkan kata Abu Bakar, dua hari yang lalu beliau dimaklumkan oleh kakitangan SPR bahawa namanya ditolak sebagai pemilih kerana dilaporkan sudah meninggal dunia.

“Bagaimana SPR mengesahkan saya sudah meninggal dunia sedangkan saya masih hidup dan masih tinggal bersama isteri,” kata Abu Bakar.

Abu Bakar memberitahu, beliau amat kesal dengan perkara ini kerana beliau dilaporkan oleh SPR sudah meninggal dunia walhal beliau masih hidup.

“Sebagai rakyat Malaysia yang tulen dan lahir di Kg. Cinta Mata sejak 80 tahun yang lalu meminta supaya didaftar semula sebagai pengundi,” ujar Abu Bakar.

Isteri Abu Bakar, Puan Fatimah binti Imam Haji Mohd. Kassim turut kesal dengan SPR yang mengatakan suaminya sudah meninggal dunia.-new sabah times-

Tiada ulasan: