MALAYSIA CHRONICLE
Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional belum sampai masanya untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia menunjukkan siapa sebenar beliau dan partinya di depan rakyat.
“Tun Dr Mahathir telah membuktikan bahawa Barisan Nasional adalah parti berasaskan kaum dan sukar baginya menerima keahlian dari bangsa lain,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Katanya, Umno adalah hanya untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk kaum Cina manakala MIC untuk kaum India dan perjuangan mereka juga berasaskan kepada kepentingan bangsa mereka masing-masing.
Tambahnya, tatkala rakyat bercakap soal politik merentasi kaum, perpaduan antara sesama bangsa tanpa mengenal warna kulit dan bangsa, BN masih lagi berpegang pada ideologi lapuk ciptaan mereka.
Menurutnya, mereka menghad dan mengecilkan keahlian hanya pada sesuatu kaum sahaja.
“Di mana konsepnya 1Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya itu?”
“Apa salahnya BN menjadi parti tunggal yang menerima kehadiran semua bangsa sekiranya benar mereka memupuk perpaduan dan kesejahteraan kaum?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Katanya, PKR yang dianggap dikuasai oleh orang Melayu tetapi mempunyai pemimpinnya dari kalangan pelbagai bangsa serta memiliki ramai wakil rakyat bukan Melayu.
Beliau berkata, DAP yang dianggap parti untuk kaum Cina tetapi masih mempunyai wakil rakyat mereka dari kalangan bangsa Melayu dan India.
PAS pula, jelasnya memiliki calon-calon dari kalangan bukan Islam terdiri dari kaum Cina dan India serta ada Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan kaum India dan Cina.
“Bagaimana dengan Umno, berbilang bangsakah mereka?” tanya beliau.
Beliau menambah, budaya politik baharu yang gagal difahami oleh insan seperti Tun Dr Mahathir adalah politik merentasi budaya dan kaum dengan menolak perkauman sempit.
Menurutnya lagi, rakyat yang susah dan tertindas, meskipun dari jalur bangsa mana mereka, wajib dibantu dan dan ditolong.
“Agak mengharukan apabila kaum Cina bangkit membela nasib orang Melayu di Kampung Bharu yang tergadai, orang Melayu yang membela tahanan India yang mati di lokap polis, serta kaum India dan Melayu sama-sama membela nasib orang Cina yang terabai dan tersisih,” katanya.
Beliau berkata, anak-anak muda pada hari ini berdiri bersama antara silang bangsa dan budaya menuntut hak mereka yang terabai, iaitu keadilan dalam kehidupan serta keprihatinan pemimpin terhadap nasib mereka.
Mereka, ujarnya sanggup berhimpun di mana sahaja bersama-sama tanpa membezakan bangsa dan budaya semata-mata mahu mendambakan sebuah demokrasi yang diidamkan semua bangsa.
“Malangnya, ketika rakyat melaungkan slogan keadilan dan perpaduan untuk rakyat, pemimpin BN pula masih enggan menerima politik baharu ini dan masih mengamalkan politik zaman kuno yang telah ditolak oleh rakyat,” katanya.- Harakah Daily
29 ulasan:
Himpunan "Black Out" Tidak Akan Pengaruhi Keputusan SPR
SEBARANG bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.
"Selepas diwartakan dalam tempoh 21, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan rayaitu tidak sah.
"Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula, tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti Rabu malam, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula," katanya selepas ditemu ramah Radio24 di Wisma Bernama pada Rabu.
Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan haram pembangkang di Stadium Kelana Jaya, yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU13 Ahad lepas.
Di sebalik pelbagai tuduhan seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, orang asing diguna sebagai pengundi dan bekalan elektrik terputus, Abdul Aziz berkata beliau yakin PRU13 berlangsung secara bersih serta teratur, dan SPR sama sekali tidak terbabit membantu mana-mana pihak memenangi pengundian.
"Saya ingin nyatakan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah begitu saksama, yang menang bukan sebab ditolong SPR, dan yang kalah bukan kerana tidak dibantu SPR, yang menentukan kalah menang di Malaysia ialah pengundi berdaftar yang mengundi," katanya.
Berdasarkan rekod, jumlah tertinggi petisyen berhubung keputusan PRU yang diterima SPR ialah pada 1999 iaitu 40 diikuti lebih 30 petisyen pada 2004.
Jumlah petisyen menurun kepada 26 pada 2008, walaupun ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional
Kalau Sudah Kalah Bilang SPR Yang Tipu...Padahal Ejen Setiap Parti Nampak
KALAU sudah kalah, macam-macam perkara yang cuba ditimbulkan oleh penyokong parti pembangkang ini dengan menuduh bahawa SPR adalah menipu, tidak betul dan macam-macam lagi tuduhan yang negatif.
Dalam pusat mengundi, wakil-wakil/ejen dari setiap parti yang bertanding dibenarkan untuk masuk bagi menyaksikan proses mengundi. Jika prosesnya tidak betul maka ejen akan membuat bantahan.
Bukan setakat itu sahaja, di setiap pusat mengundi, ia akan diketuai oleh KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM). Dan sebagai KTM, tidak semua daripada mereka adalah pro-kerajaan TETAPI terdapat juga pro-pembangkang. Maka, sebagai KTM pro-pembangkang, mereka juga tahu setiap perjalanan dan proses mengundi.
Kalau Sudah Kalah Bilang SPR Yang Tipu...Padahal Ejen Setiap Parti Nampak
Untuk mengetahui macam mana proses pengundian berlaku, berikut adalah pengalaman ejen-ejen yang terlibat semasa PRU-13 yang lepas :
Assalamualaikum.Terima kasih kepada Saudara Hilmi Samad diatas komentar sebagai seorang Counting Agent(CA).Di sini adalah komen saya terhadap apa yang dikatakan sebagai isu SPR tidak telus/undi hilang/kotak undi baru/undi tidak rahsia.Ya,mmg pnjg tulisan sy.Tetapi kalau nak tahu,sila baca.
Saya ditugaskan sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Ketua Pengiraan Undi (Presiding Officer) untuk PRU13 kali ini.Untuk pengetahuan semua,setiap Kertas Undi telah diseal/dimeteraikan dengan pelekat keselamatan didalam peti undi sehari sebelum pengundian (4.5.13) di bilik gerakan dihadapan pegawai2 polis. Seawal jam 5 pagi saya bersama KTM lain dah terpacak dihadapan Pusat Bilik Gerakan untuk mengambil peti2 undi.Selepas mengesahkan pengambilan peti undi kami diescort pula dengan anggota Polis di DALAM kereta dan diminta berKONVOI bersama-sama ke Tempat Mengundi(TM).
Segala poster peringatan arahan pelekat pandu arah ditampal dibantu oleh Kerani Pengundian (KP).Setibanya Ejen Tempat Mengundi (ETM) jam 7.40 pagi.Saya telah membuka/unsealed peti undi dihadapan ejen dan semua nombor2 siri dicatatkan didalam Borang 13 dan diserahkan kepada ETM. Kemudian peti Undi dimeterai dengan Pelekat Keselamatan dan ditandatangani oleh ETM sendiri.
Isu undi bukan rahsia? Saya masih tidak faham kenapa ada yang menyatakan UNDI TIDAK RAHSIA kerana adanya NO. SIRI. Untuk makluman, No. Siri pada Kertas undi tersebut TIDAK SAMA dengan no siri yang tercatat di web SPR/no semakan SPR. No Siri itu hanyalah no yang tercatat di dalam Buku Daftar Pengundi sahaja berdasarkan saluran dan langsung tak sama pada kertas undi.Tiada kewajaran kami tahu apa yang anda PANGKAH apa selama ini dan undi anda masih rahsia :D
Setiap jam saya merekodkan bilangan pengundi dan diminta melaporkan bilangan supaya ia sama dengan jumlah kertas undi didalam Peti Undi.Sehingga jam 5 petang semasa Pusat Pengundian ditutup, Ejen yang sama telah melihat keadaan dimana mulut Tong Undi tersebut ditutup dan dimeterai.Bayangkan Peti Undi tersebut tidak SATU SAAT pun ditinggalkan oleh mana-mana Ejen Parti hingga saat SOLAT pun mereka sanggup korbankan (Wallahua’lam,jama’ mungkin?) kerana menjulang tinggi kelangit hal duniawi ini.
sambungan...
Kemudian Borang 13 (Final) disediakan sebagai bukti bilangan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan bilangan yang sepatutnya berada didalam Peti Undi.Seterusnya diserahkan kepada Ejen. Baki kertas undi/tidak digunakan sekali lagi dimeterai oleh Ejen dan diletakkan didalam Sampul 1.so, dah meterai oleh ejen,kami nak buka balik?
Isu pengiraan undi/blackout? Kemudian, tepat jam 5pm Ejen Mengundi (Polling agent) bertukar tangan kepada Ejen Mengira (Counting Agent).Untuk makluman, pengiraan undi dilakukan di TEMPAT MENGUNDI tanpa dibenarkan Peti Undi dibawa ketempat lain melainkan kes-kes tertentu (luar Bandar/hutan) tetapi masih ejen akan ikut sama dan Borang 13 yg tercatat No Siri kekal ditangan Ejen.
Prosedur pertama ialah setiap kertas undi dituang dan dikira satu-persatu dihadapan ejen supaya bilangan sama dengan Borang 13. Jika ada Kertas undi terlebih, Jadual 3 boleh digunakan oleh Ejen Pengundian untuk bantahan.Undi dikira dan sudah pasti terdapat pertikaian antara Ejen-Ejen sehingga melewatkan pengiraan undi.Korang nak gaduh-gaduh la,bertumbuk caci mencaci biasala tuh.Tetapi disini kuasa KTM diperlukan dan ia muktamad untuk menentukan undi ragu.Ya.Saya kurang bersetuju dengan arahan oleh SPR bahawa calitan dilakukan sebelum pengundi menandakan kertas undi.Di saluran saya sendiri terdapatnya situasi calitan terkena kertas undi. Tetapi saya membuat keputusan,selagi kesan dakwat tidak mencacatkan Kertas Undi dengan kuasa yang diberikan, saya menerima kertas undi tersebut.Ini soal teknikal.
Selesai pengiraan undi BORANG 14 disediakan dengan jumlah bilangan undi/keputusan.Ejen akan mendapat sesalinan dan juga disahkan.Sesalinan dimasukkan kedalam Sampul 7 dan sekali lagi dimeterai oleh Ejen untuk diberikan kepada Pusat Penjumlahan Undi.Tidak mungkin keputusan dapat diubah sedangkan Ejen mempunyai salinan pendua. Kertas Undi dimasukkan kedalam Sampul 6 dan dimeterai Ejen lagi. Sampul 1(baki kertas undi) dan Sampul 6(kertas undi yg dikira) di masukkan kedalam Peti Undi dan dimeterai untuk kali terakhir untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan.Bagaimana kesemua PEMETERAIAN DIBUAT? Tanya Ejen sendiri.kan korg kononnye nak tau sgt kan.bukan mudah,kena ikat itu ini,tampal pelekat security,ikat seal SPR lagi.Ingat senang?
Sambungan...
Isu Peti Undi Tambahan? Untuk ke Pusat Penjumlahan undi,kami diescort sekali lagi oleh Polis dan tidak diberi peluang untuk mengisi minyak/dipintas oleh mana-mana kereta sehinggalah sampai ke Pusat Penjumlahan. Sepanjang jalan dikiri kanan para penyokong fanatik tegar menendang2 kereta,mengetuk cermin,melontar botol air,menjerit SPR barua,macai,penipu besar,pembohong dan lain-lain lagi.Ikutkan hati nak dilanggar je.nasib anggota polis menenangkan saya.
Selepas selesai penyerahan Peti Undi dan BORANG 14 jumlah akan dipaparkan di layar projector dan para Ejen boleh melihat jumlah sama atau tidak sepertimana keputusan pengiraan di Tempat Pengundian. So, di mana berlaku Peti undi yg tiba2 datang sedangkan jumlah pada Borang 14 telah dipaparkan?masa bila saya nak kira kertas undi baru sedangkan semua Kerani Pengundian dah balik?
Bayangkan sehari sebelum pengundian kami diminta mengira peralatan,menyusun atur meja,memastikan aliran keluar masuk pengundi sehingga bekerja lewat malam dan kemudiaannya dihari pengundian bangun seawal 4.30 pagi sehingga proses pengundian selesai dan berada di Pusat Penjumlahan sekiranya ada bantahan dari Ejen sehingga jam 2-3 pagi esoknya.Itu belum dikira taklimat/kursus/seminar yang kami terPAKSA hadiri.Sudahlah penat dari awal pagi ke tengah malam, balik rumah buka fb kena provok pula kata kami kerja tak bersih..fahamilah perasaan kami…bayaran kami TIDAK LANGSUNG setimpal dengan apa yang kami lakukan.Saya sendiri kakitangan swasta dengan jawatan Profesional dengan gaji berkali2 ganda. Namun, saya ikhlas melakukan demi memastikan prinsip Demokrasi sentiasa menjadi tunjang Negara.
Ini kali kedua saya menjadi Petugas SPR dan memang banyak penambahbaikan telah dan boleh dilakukan(terutama masa calitan dakwat)Kalau ada isu Blackout, buat laporan polis,selidik betul2 kebenarannya.Jangan percaya bulat2.Jangan hanya berani bercakap dilaman sosial tanpa memahami SOP gerak kerja kami. Lihat dan rasai bagaimana tugasan kami.Kami petugas SPR bukanlah macai/barua/anjing/kuda/lembu mana2 parti. Kalau anda yang menyatakan SPR tidak telus, saya CABAR anda jadi petugas SPR untuk PRU akan datang! Wallahualam – Aizat Rahim
SIAPA SEBENARNYA DR M. AGAK LUCU APABILA SOALAN SEPERTI INI DIKEMUKANAN. DR M BUKAN SEPERTI ANWAR DAN BUKAN JUGA SEPERTI NAJIB. BELIAU PEMIMPIN YANG PUNYA PENDIRIAN SENDIRI
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, setiap ahli politik perlu bersikap terbuka dalam berhadapan dengan apa jua tohmahan yang dilemparkan oleh musuh mereka.
Menurut beliau, walaupun penyelesaian terhadap segala tohmahan itu wajar dilakukan secara penghakiman di mahkamah, mereka tidak seharusnya 'membiasakan' diri berbuat demikian.
''Kalau kita perhatikan politik di Malaysia hari ini, ia sering diwarnai dengan tindakan mahkamah. Kes-kes yang dibawa ke mahkamah kini cukup banyak dan membabitkan jumlah saman berjuta ringgit.
''Oleh itu, sebagai ahli politik, mereka perlu bersedia menerima bahawa mereka akan sentiasa ditohmah oleh pihak lawan. Bergantung kepada mereka untuk menangkis balik tohmahan itu. Mereka tidak perlu sentiasa menyaman di mahkamah.
''Kepada yang beragama Islam pula, seharusnya mereka bersedia untuk bersumpah dengan sebenar-benarnya bahawa tiada kebenaran terhadap tohmahan atau dakwaan berkenaan,'' katanya dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.cc/blog hari ini.
Dr. Mahathir berkata, secara realiti, setiap ahli politik perlu memahami perjalanan proses penghakiman di negara ini dengan tindakan undang-undang yang dilakukan oleh seseorang itu hanyalah bertujuan untuk 'menutup mulut' lawan mereka.
''Di Malaysia, apabila kes didengar di mahkamah, ia menjadi 'subjudice' dan sebarang komen di luar mahkamah boleh dianggap menghina mahkamah.
''Melihat perjalanan penghakiman di mahkamah, bagi pihak yang didakwa, banyak wang perlu disediakan bagi kos guaman.
''Saya sendiri telah disaman RM100 juta. Tetapi, selepas lima tahun, saya menang dan 'dianugerahkan' RM70,000 yang sudah tentu pergi kepada peguam saya,'' tambahnya.
Dalam pada itu katanya, walaupun sesuatu kes dikendalikan hakim berpengalaman, masih terdapat tunggakan dalam pengendalian sesuatu kes yang melibatkan sivil atau jenayah.
''Ini kerana proses perbicaraan mungkin mengambil masa yang begitu lama,'' katanya.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandar dan kelas.Najib bagaimanapun berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akur bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang menyokong mereka ataupun tidak susulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan BN kembali menerajui kerajaan persekutuan.
Kerajaan Tuanku ialah kerajaan yang menjadi payung kepada setiap rakyat Malaysia, tegas beliau dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.Kerajaan, kata perdana menteri, akan merangka pelan terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan kebangsaan serta membaik pulih persefahaman nasional, dan ini memerlukan kerjasama semua pihak.Ia harus diasaskan kepada dialog membina di semua peringkat. Ia harus menjadi agenda semua pihak bagi mencapai kejayaan serta membuahkan hasil, kata Najib.Pihak-pihak tertentu dilihat cuba mempertikaikan keputusan PRU13 yang memihak kepada BN dengan membangkitkan isu seperti undi popular, penggunaan dakwat kekal, dakwaan kehadiran ‘pengundi hantu’ dan kononnya berlaku gangguan elektrik ketika pengiraan undi.
Najib menarik perhatian sesungguhnya amat mudah untuk mengambil jalan menidak dan menyalahkan, namun ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah mahupun merungkai segala cabaran yang dihadapi Malaysia.Kerajaan ingin menyeru kepada pertimbangan rakyat Malaysia bagi melihat faktor-faktor kebersamaan yang mampu mempersatukan kita daripada melihat kepada titik-titik yang akan terus membuatkan kita terperangkap dengan nostalgia serta realiti lalu, katanya. Perdana menteri seterusnya berkata kerajaan komited untuk mencipta masa depan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia.Kami impikan sebuah Malaysia di mana semua kaum dan penganut pelbagai kepercayaan mampu hidup secara aman dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, sebuah Malaysia yang maju serta makmur, bumi yang mencukupi untuk semua, katanya.
Najib berkata beliau dbersama pasukannya dalam kerajaan akan terus mempertahan, melindungi dan memelihara prinsip keluruhan perlembagaan, kedaulatan undang-undang, meraikan kepelbagaian, mengamalkan sikap inklusif dan mendahulukan rakyat dalam mengurus hal ehwal negara di bawah lembayung Seri Paduka. Beliau sangat mementingan perpaduan dalam kesatuan mencapai kegemilangan impian Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi falsafah 1Malaysia semua rakyat pelbagai kaum di negara ini diberikan pembahagian secara adil dan saksama, inklusif dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.
Beliau berkata dasar dan falsafah inilah yang menjurus kepada keadilan sosial dan sosioekonomi selama ini dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan semua pihak.
Menerusi dasar dan falsafah itulah yang kaya diberi peluang untuk terus maju manakala yang susah dibantu.
Mengenai pendidikan, Perdana Menteri berkata setiap individu dan komuniti diberi kebebasan untuk memilih jenis pendidikan tanpa halangan.
Mengenai pendidikan, Perdana Menteri berkata setiap individu dan komuniti diberi kebebasan untuk memilih jenis pendidikan tanpa halangan.
Malah katanya SJKC turut diberi bantuan sewajarnya oleh kerajaan.
Bantuan yqng dihulurkan kerajaan ini juga turut dikongsi bersama-sama dengan semua kaum kerana di sekolah ini bukan sahaja terdapat pelajar berbangsa Cina, malah kaum Melayu dan India turut belajar di sini, katanya.
KUALA LUMPUR: Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.
(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)
Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.
“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.
Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.
“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.
Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.
“Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.
Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.
“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.
Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.
“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.
Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.
"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.
“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno adalah sebuah parti yang terbuka kepada kritikan
Umno sentiasa mengalukan-alukan sebarang teguran yang ditujukan kepada parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu kerana ia adalah demi kebaikan rakyat.
Najib menegaskan sebarang kritikan dan teguran tersebut mestilah berasaskan fakta yang sebenar dan bertujuan untuk mencari kebaikan tetapi bukan sebaliknya.
Janganlah sebarang kritikan itu adalah cerita yang palsu dan menfitnah, memandangkan sekarang sudah nak dekat pilihan raya saban hari kita mendengar cerita karut-marut yang dibangkitkan bertujuan merosakkan imej dan pandangan kepada kerajaan,
Catat Ulasan