HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Jun 2013

Demo anti rasisme di Parlimen 24 Jun

Oleh Redzuan Shamsudin

KUALA LUMPUR: Lanjutan demonstrasi #Padang Merbok 622, satu lagi demonstrasi aman akan berlangsung di jalan masuk bangunan Parlimen anjuran NGO Jihad for Justice pada pukul 8 pagi, 24 Jun ini.

Menurut Pengerusi Jihad for Justice, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berkata, tunjuk perasaan berkenaan diadakan bersama 15 NGO lain untuk membuka mata kerajaan BN agar menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi menghentikan kejadian kekerasan anggota polis terhadap orang awam.

Thasleem-Mohd-Ibrahim

“Kita menuntut undang-undang penubuhan IPCMC dibentang di Parlimen dalam sesi ini. Apa yang susah sangat untuk menubuhkan IPCMC. Tak cukup dengan mahkamah koroner yang akan dibentuk kerajaan.

“Di negara Singapura dan New Zealand ada mahkamah koroner tapi mereka juga ada IPCMC. Kita menuntut IPCMC ditubuhkan segera,” katanya.

Selain itu, demonstrasi juga katanya akan membantah beberapa isu berkaitan penayangan filem Tanda Putera dan Interlok yang masih belum selesai. Kedua-dua isu itu mengundang bantahan meluas dari kaum Cina dan India yang menunjukkan BN mengamalkan rasisme dalam dasar pemerintahan.

“Kita minta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Shabery Cheek tayangkan dahulu filem Tanda Putera kepada 222 Ahli Parlimen sebelum menayangkannya kepada rakyat.

“Maklum balas yang kita dapat penayangan filem itu kepada peneroka Felda di PWTC sebelum pilihan raya lalu menyebabkan orang Melayu marah kepada kaum lain.

“Dalam isu Interlok, walaupun buku itu telah ditarik daripada menjadi teks sastera di sekolah tetapi ia tidak dimusnahkan. Mengikut peraturan ia mesti dilupuskan dan bukannya disimpan di stor sahaja,” bidasnya.

Mengulas himpunan # Padang Merbok 622, Thasleem menyeru agar semua rakyat hadir ke perhimpunan itu bagi meluahkan rasa benci mereka kepada penipuan pilihan raya dan menuntut Pengerusi, Timbalan dan jawatankuasa SPR meletak jawatan.

“Tuntutan Black 505 adalah adil. Kita minta SPR meletak jawatan kerana mereka jelas telah gagal mengendalikan pilihan raya umum ke 13 dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Thasleem salah seorang pemimpin perarakan 622 dari Masjid Negara ke Padang Merbok pada himpunan itu.

26 ulasan:

Unknown berkata...

Para pecacai Pakatan sedang mempromosikan kononnya Himpunan Black 505 di Padang Merbok esok, akan dilakukan secara aman dan bukannya bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
Tetapi seperti yang dikatakan oleh Chegu Bard, seandainya kerajaan terguling dek kerana himpunan yang diadakan di Padang Merbok esok, itu adalah ‘bonus’ kepada rakyat.

Unknown berkata...


Bab cakap besar, memang merupakan kemahiran utama Pakatan. Sentiasa memberikan gambaran kononnya, RAKYAT bersama-sama mereka, walaupun hakikatnya, RAKYAT yang dimaksudkan hanyalah segelintir penyokong mereka sahaja.
Begitu jugalah dengan Himpunan Black 505 yang akan diadakan di Padang Merbok. Secara jelas dan nyata, setelah PAS akhirnya terpaksa memberikan persetujuan bahawa mereka akan datang meramaikan program tersebut, terkeluarlah pelbagai rancangan jahat yang telah dirancang oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Unknown berkata...


Hendak mengharapkan bantuan manusia bangang daripada DAP, jangan haraplah. Cina tidak akan keluar untuk merusuh atau melakukan provokasi yang keterlaluan sehingga akhirnya menyebabkan kerakyatan mereka hilang dan seluruh harta benda serta kekayaan mereka dirampas sebagaimana yang pernah berlaku di Indonesia dahulu.
Masyarakat India juga tidak boleh diharap untuk buat kerja kotor bagi pihak Anwar Ibrahim kerana sudah ramai masyarakat India yang sangat menyedari bagaimana mereka sebenarnya hanya DIPARIAHKAN oleh Anwar Ibrahim dengan pelbagai janji manis tetapi akhirnya mereka tetap juga PARIAH yang cuma berpuas hati dengan upah 50 sen sehari.

Unknown berkata...

Mahu tidak mahu, Anwar Ibrahim terpaksa mendapatkan bantuan daripada PAS. Hanya ahli-ahli dan penyokong PAS sahaja yang boleh menyediakan sejumlah ahli yang tidak cukup akal dan sembrono mengikut apa-apa sahaja yang diperintahkan seperti si bebal dengan rajanya.

Walaupun Hadi Awang selaku Presiden PAS dan Dewan Ulama PAS tidak mahu terbabit sama sekali dengan Himpunan 505 anjuran Anwar Ibrahim kerana sedar motif sebenar program berkenaan, namun dengan Mat Sabu yang telah disogok dan disuapkan dengan wang ringgit serta kemewahan, akhirnya kepimpinan PAS terpaksa juga tunduk.

Unknown berkata...

PAS akhirnya menjadi pembekal ahli demonstrasi paling ramai sekarang ini. Data-data yang sampai kepada kami menunjukkan dengan jelas pergerakan ahli-ahli PAS dari seluruh negara ke Kuala Lumpur.
Mat Sabu yang menginap di Hotel Swiss Jalan Tunku Abdul Rahman bermula dari jam 6:00 petang tadi, kelihatan begitu gembira dengan perkembangan tersebut.

Unknown berkata...

Sesuatu barangkali tidak dipedulikan oleh ramai orang ialah, penglibatan kaum Syiah dalam perhimpunan esok menerusi PAS. Mat Sabu yang telah diangkat sebagai khalifah Syiah Rafidhah di Malaysia tidak lama sebelum dia dicalonkan di Parlimen Pendang, berkongsi motif dengan Anwar Ibrahim pada perhimpunan Black 505 di Padang Merbok itu.
Kaum Syiah Rafidhah yang sebelum ini bertaqiyyah dan berselindung di sebalik jenama PAS, kini mahu menunjuk kehebatan mereka. Khalid Ismath yang merupakan antara aktivis Rafidhah yang sangat aktif, sudah pun mengeluarkan ‘arahan’ biarpun kedengaran seperti lawak jenaka dan tidak perlu diambil berat.

Unknown berkata...

Siasatan kami mendapati, banyak risalah yang menjurus kepada usaha provokasi oleh puak-puak berkenaan dilakukan pada petang esok, mudah ditemui.
Kebanyakan risalah, bahkan manual untuk berhadapan dengan pihak berkuasa, diberikan kepada sesiapa yang bersetuju untuk naik bas rombongan ke Kuala Lumpur.

Unknown berkata...

PAS barangkali dilihat seperti pasukan bodoh yang tidak mempunyai pendirian, tetapi perlu diingat, Syiah Rafidhah yang ada dalam PAS sekarang ini sedang berusaha keras untuk menonjolkan diri, sebagainya Syiah mendapatkan bantuan Yahudi untuk mengusir kaum Sunni dari Syiah semenjak ratusan tahun lampau sehinggakan golongan Syiah Rafidhah yang bertariqah Babisme dan Bahai mempunyai Makkah dan Madinah mereka sendiri di Israel!

Himpunan Black 505 di Padang Merbok sememangnya adalah untuk tujuan provokasi dan bertentangan sama sekali seperti yang dikatakan oleh Chegu Bard. Pembohongan dan pemerdayaan yang cuba dilakukan tidak seimbang langsung dengan bukti-bukti yang menunjukkan motif sebenar himpunan tersebut.

Unknown berkata...


Agak aneh, mengapa pihak berkuasa di Malaysia gagal mengesan dan bertindak lebih awal sedangkan kerjasama dan persahabatan antara Israel dengan Syiah sememangnya bukan rahsia lagi walaupun mereka berlakon konon-kononnya bermusuh. Sebarang himpunan yang membabitkan Syiah Rafidhah biasanya tidak akan kekal aman.

Kalau Syaidina Husin r.a, cucunda Rasulullah s.a.w pun mereka sanggup sembelih dan penggal kepalanya di kawasan kubu kuat mereka di Karbala, kemudian dipersalahkan kepada Yazid bin Muawiyyah dan bala tenteranya yang datang dari Syam (Syria), jangan hairan kalau pada zaman moden ini, mereka akan berlagak baik pada mulanya tetapi kemudian bertukar menjadi lebih kejam daripada bangsa Serb yang melakukan pembersihan etnik di Bosnia tidak lama dahulu.

Unknown berkata...

Sikap segelintir Anggota Parlimen yang suka berpolitik semasa berhujah pada persidangan Dewan Rakyat ditegur Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini yang menyifatkan perbuatan itu hanya membuang masa dewan.

Unknown berkata...

Katanya, Anggota Parlimen seharusnya menggunakan peluang yang diberi untuk berhujah perkara yang sepatutnya terutama pada sesi soal jawab dan meninggalkan politik di luar Dewan.

Unknown berkata...

Lagi katanya Berucap panjang kalau tak ada isi serupa dengan ucapan pendek tapi padat.

Unknown berkata...

Timbanglah sikit pada pegawai Parlimen yang sampai jam 12 pagi (tengah malam menunggu urusan dewan selesai) duduk di sini.

Unknown berkata...

Kalau saya hadkan masa (berhujah) semua melenting, tidak cukup masa… tapi bila bagi peluang hujah semua politik katanya.

Unknown berkata...

“Sudahlah…(jangan) politik itu dalam dewan, biarlah politik di luar sana. Tak tidur pun tak apa,” katanya.

Unknown berkata...

Terdahulu, Pandikar Amin menegur M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bangun untuk bertanya soalan tambahan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semasa sesi soal jawab menuduh kononnya kementerian itu banyak mengadakan program yang melibatkan anggota UMNO semata-mata.

Unknown berkata...

Tuduhan bertubi-tubi Kulasegaran yang turut mengaitkan peribadi menteri serta beberapa Anggota Parlimen lain mengundang kemarahan Pandikar Amin dan mengarahkannya supaya duduk.

Unknown berkata...

“Saya cukup sabar pada sidang kali ini. Sesiapa pun yang saya panggil untuk bertanya tapi kalau buat macam Ipoh Barat, lain kali kalau saya tidak panggil lagi jangan salahkan saya…kerana setiap soalan yang saya dengar dari Yang Berhormat (Kulasegaran) mesti ada konotasi politik. Boleh tak itu hilangkan dahulu?” tegasnya.

Unknown berkata...

Datuk Ibrahim Ali dahulu (Bebas-Pasir Mas) yang bangun untuk mengingatkan Pandikar agar tidak memberi peluang lagi kepada Kulasegaran turut menerima menerima teguran apabila Speaker secara sinis berkata: “Pasir Mas, saya tidak jemput Pasir Mas (untuk bangun berucap).”

Unknown berkata...

Datuk Ibrahim Ali dahulu (Bebas-Pasir Mas) yang bangun untuk mengingatkan Pandikar agar tidak memberi peluang lagi kepada Kulasegaran turut menerima menerima teguran apabila Speaker secara sinis berkata: “Pasir Mas, saya tidak jemput Pasir Mas (untuk bangun berucap).”

malar bingung berkata...

Portal pembangkang Malaysiakini sekali lagi dilihat menjadi agen penyebar propaganda pembangkang apabila berterusan menggunakan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Shahidan Kassim sebagai modal mewujudkan ketegangan kaum. Portal tersebut dilihat berulang kali menggunakan isu tersebut dengan meminta pelbagai pihak untuk tampil membuat kenyataan balas.

Shahidan sebelum ini dilaporkan telah membuat satu kenyataan kononnya pimpinan dari masyarakat Cina boleh menjadi Perdana Menteri sekiranya membuang pemikiran rasis. Bekas Menteri Besar Perlis, turut dilaporkan mengatakan “sekiranya orang Cina bersedia melangkah melangkaui sempadan kaum, saya percaya Malaysia suatu hari nanti akan ada perdana menteri berbangsa Cina”.

malar bingung berkata...

Malah untuk menjadikan isu ini supaya menjadi bertambah menarik, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan segera tampil membuat kenyataan kononnya Shahidan telah melakukan satu kesilapan apabila membangkitkan persoalan tersebut.

Kit Siang mengatakan, masyarakat Cina (DAP) tidak pernah menimbangkan untuk menjadi Perdana Menteri. Malah turut mendakwa DAP juga TIDAK PERNAH mendoktrin atau menyemai ‘perkauman ekstrem’ di kalangan masyarakat Cina.

malar bingung berkata...

Walaupun kenyataan Kit Siang ini boleh membuat ramai orang tersenyum sinis dan dipertikaikan, namun ada baiknya ia tidak dibincangkan pada kali ini. Kerana isu pokok yang ingin disampaikan adalah mengenai portal Malaysiakini yang semakin aktif menjalankan gerak saraf untuk ‘menyerang’ minda di bawah sedar rakyat.

Apa yang boleh disimpulkan mengenai laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut ialah mengambil kesempatan terhadap dua kelompok kumpulan di negara ini.

malar bingung berkata...

Disebabkan kenyataan itu, portal tersebut telah menggunakan setiap peluang dan ruang bagi menyemarakkan sentimen perkauman dan kebencian di kalangan rakyat. Dari satu segi mereka mungkin mengharapkan agar orang Melayu bangkit mempertikai kenyataan yang ingin mengkhianati perjuangan bangsa sekali gus menanam rasa benci kononnya Umno tidak lagi relevan untuk menjaga kepentingan masyarakat Melayu.

Dari satu segi pula, mereka mungkin mengharapkan agar masyarakat Cina terus hanyut dibuai perasaan dan mula menerima pendekatan ‘Malaysian-Malaysia’ yang dibawa DAP. Ia sekali gus meneruskan sentimen menolak Barisan Nasional bagi merealisasikan agenda ‘merampas’ satu-satunya kuasa yang tinggal untuk masyarakat Melayu itu.

malar bingung berkata...

Inilah yang dikatakan gerakan ‘serampang dua mata’ atau dalam istilah English, ‘killing two birds with one stone’. Inilah antara peranan utama portal tersebut yang berselindung atas slogan ‘hak kebebasan akhbar’ namun di masa yang sama merupakan ‘lidah rasmi’ untuk pakatan pembangkang.

Shahidan ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu tersebut mengatakan bahawa kenyataannya itu telah diputarbelitkan dan tersasar dari apa yang ingin disampaikan. Menurut beliau apa yang ingin dinyatakan ialah mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh masyarakat Melayu.

“Bangsa lain boleh menjadi Melayu dengan mudah berbanding orang Melayu yang tidak boleh menjadi bangsa lain” katanya.

malar bingung berkata...

Ini kerana perlembagaan negara tidak menggariskan sebarang ketetapan atau larangan bagi mana-mana kaum untuk mengisi jawatan tersebut. Malah menurut beliau lagi, istilah Melayu menurut perlembagaan seperti yang termaktub dalam Perkara 160 (2) mengatakan, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, beliau meminta agar orang Melayu sedar dan bersatu-padu demi meneruskan kelangsungan kuasa yang sedang dimiliki ini.