MALAYSIA KINI
Kabinet
kini sedang mengkaji untuk menubuhkan satu badan alternatif kepada
Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan bidang kuasa
luas termasuk kuasa untuk pendakwaan bagi menangani isu penyalahgunaan
kuasa polis.Laporan Oriental Daily News mendakwa jemaah menteri dalam mesyuarat kabinet hari ini menolak cadangan pembentukan IPCMC itu kerana terdapat penyelesaian lebih efektif berbanding sebuah suruhanjaya.
Laporan memetik sumber itu menyebut, penyelesaian alternatif itu masih belum diperincikan dan kabinet juga tidak menetapkan tarikh akhir untuk memutuskan perkara berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun akan mengumumkan perkara itu apabila ia disediakan kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan