HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Jun 2013

Taklimat menteri isu mati dalam tahanan esok


MALAYSIA KINI


 
Beberapa NGO akan diberikan taklimat berhubung perbincangan kabinet berhubung isu bagaimanapun membendung kes kematian dalam tahanan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low esok.

Taklimat itu akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri pagi esok, kata Pengarah Strategi MIC S Vell Paari.

"Kami akan bincang apa yang berlaku semasa mesyuarat kabinet. Saya difahamkan kabinet bincang panjang lebar berhubungan perkara itu," kata Vell Paari kepada Malaysiakini semalam.

Selasa lalu, Low mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO India dan MIC untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu kematian dalam tahanan, sebelum membuat pembentangan kepada kabinet.

Tiada ulasan: