KL TODAY
KUALA
LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga pekerja mahir untuk
membantu negara mencapai sasaran eksport produk perkayuan sebanyak RM52
bilion pada tahun 2020, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin malam ini.
Pada
masa sekarang, industri perkayuan negara mempunyai seramai 300,000
tenaga pekerja dan hasil eksport produk kayu-kayan Malaysia telah pun
mencecah RM20.2 bilion pada 2012 dan produk kayu dalam bentuk perabot
menjadi penyumbang terbesar iaitu sekitar RM6.55 bilion.
Katanya
selaras dengan sasaran kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2020, Lembaga Perindustrian
Perkayuan Malaysia (MTIB) dan Kementerian Pelajaran sedang bekerjasama
untuk menghasilkan tenaga pekerja mahir yang berdaya saing serta
mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf industri.
“Saya
yakin dengan usaha begini, ia akan mengubah landskap pekerjaan dengan
mempertingkatkan bilangan tenaga pekerja mahir daripada 28 peratus
kepada 35 peratus di peringkat nasional,” katanya ketika berucap di
Majlis Sekalung Budi ke 40 MTIB di sini.
Sesuai
dengan sasaran Malaysia yang meletakkan harapan yang tinggi dalam
eksport perkayuan, beliau menyeru usahawan industri kecil dan sederhana
terutama bumiputera melibatkan diri dalam bidang itu, katanya.
Beliau
juga berharap MTIB dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
serta agensi berkaitan untuk bekerjasama dengan pihak industri bagi
mengembangkan lagi pasaran kayu-kayan ke negara berpotensi.
“Selain
itu penjenamaan dan reka bentuk produk harus diberi perhatian oleh
kerajaan kerana dengan cara ini Malaysia mampu dikenali oleh
negara-negara luar melalui produk kayu yang ditawarkan,” katanya.
Pengeluaran
produk kayu bernilai tambah tinggi dapat melonjakkan lagi pendapatan
dengan penekanan terhadap pengeluaran berkonsepkan ODM (Original Design
Manufacturing) dan OBM (Original Brand Manufacturing), katanya.
Muhyiddin
turut mengariskan empat elemen yang perlu ada untuk membolehkan
industri kayu Malaysia bergerak ke arah yang ditetapkan dan ia adalah:
* penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan
* penggunaan teknologi terkini ke arah automasi pengeluaran
* pembangunan modal insan untuk menyokong langkah transformasi dan
* inovasi bagi produk dan sistem pengeluaran.
* penggunaan teknologi terkini ke arah automasi pengeluaran
* pembangunan modal insan untuk menyokong langkah transformasi dan
* inovasi bagi produk dan sistem pengeluaran.
“Saya
ingin melihat industri ini bergerak pantas serta dapat terus berkembang
secara mampan agar ia dapat membantu memaksimumkan sumbangan kepada
pembangunan negara, saya juga berharap MTIB dapat membantu negeri Sabah
dan Sarawak dalam meningkatkan lagi aktiviti nilai tambah produk
kayu,” katanya.
Katanya pada masa sekarang, Johor terutama Muar menyumbang kira-kira 50 peratus eksport perkayuan negara dalam bentuk perabot.
Beliau
juga mengarah MTIB untuk terus responsif bagi menangani banyak cabaran
terutama di peringkat antarabangsa dan nasional yang berkait dengan
isu-isu perdagangan, kempen anti kayu-kayan tropika, pembalakan haram,
isu pembekalan dan penyeludupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan