HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Jun 2013

Musa Aman enggan ulas halangan Nurul Izzah ke Sabah

TERKINI 
Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR— Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman enggan mengulas mengenai halangan masuk Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kenegeri Borneo itu semalam.

Musa (gambar) terus ke keretanya secara tergesa-gesa apabila cuba ditemui oleh The Malaysian Insider di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

“No komen,” kata Musa apabila ditanya wartawan di lobi sebaik selesai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang tadi.

Susulan tindakan menghalang Nurul Izzah tersebut, parti pembangkang Pakatan Rakyat mengecam tindakan sebagai “penahanan anti demokratik” malah ahli ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Bung Mokhtar Radin sendiri menyifatkannya sebagai “bencana” dan “kesilapan besar”.

Ekoran pertikaian masih hangat diperkatakan oleh orang awam, Jabatan Imigresen Sabah mengatakan mereka hanya mengikut arahan kerajaan negeri untuk menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah.

“Arahan itu diterima dari semasa ke semasa,” kata Noor Alam Khan Abdul Wahid dipetik dari The Star Online mengulas tentang halangan terhadap naib presiden PKR itu ke Sabah semalam.

Malah, Nurul Izzah hari ini berkata akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri BN Sabah atas tindakan mereka di mahkamah.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang turut dihalang masuk ke Sabah pada April lepas.

204 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 204 daripada 204
Unknown berkata...

We believe the founder of the company involved directly channel funds and financial support to the group. Even a picture with the Chief Minister of Penang, Lim Guan Eng has spread pro-opposition portal, Malaysiakini recently.

Unknown berkata...

Especially Anwar Ibrahim, who is always giving lectures deceive his people because he was this great great talk but also distort.

Unknown berkata...

Musa Aman insists the opposition leader who is power hungry and not fighting for the interests of the people in the state.

Unknown berkata...

Member of the Legislative Assembly (Assembly) IDC, Datuk Ishak Ismail said, now only 10 days left for the opposition coalition to submit any evidence to support their claims of irregularities and lack of transparency at the UN General Election (GE) to 13 recently.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 204 daripada 204   Terbaru› Baru»