HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Jun 2013

Tindakan untuk kukuhkan kedudukan Najib?

DETIK DAILY   



KUALA LUMPUR: Tindakan menahan beberapa pemimpin pro-pembangkang 23 Mei lalu memperlihatkan ketakutan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kononnya kedudukannya tergugat.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor Dato' Teng Chang Kim (gambar) berkata, tindakan keras ke atas pembangkang itu adalah usaha Najib mengukuhkan kedudukannya yang mungkin akan dicabar dalam pemilihan Umno nanti.

Tambahnya lagi, ianya bagi memperlihatkan ke-utuhan kepada sebila-ngan penyokong Umno-BN menjelang pemilihan parti akan datang berikutan prestasi yang lemah dalam Pilihan Raya 2013.

“Beliau sedang berserabut. Beliau takut. Sebab itu beliau tunjukkan kepada ekstrimis Umno beliau boleh bersikap keras,” katanya.

Menteri Dalam Negeri baru dilantik Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi walau bagaimanapun mempertahankan tindakan polis, mengatakan mereka mempunyai asas dan bukti kukuh untuk membuat penangkapan.

Tiada ulasan: