Sekiranya Palanivel gagal berbuat demikian, NGO berkenaan, Memacu Arus Perjuangan (Map) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan kerana kecuaian.
“Kami menuntut jawapan dari Palanivel. Berikan kami nama syarikat Malaysia yang terlibat dengan pembakaran terbuka di Sumatera.
“Kami mahu beliau bertanggungjawab ke atas keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar warga Malaysia,” kata timbalan presiden Map Ally Harzan Hashim.
Peguam NGO berkenaan Ahmad Jufliz Faiza berkata kumpulan itu akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah atas kecuaian kerajaan untuk menjaga rakyatnya.
Tempoh 24 jam itu berakhir pada jam 4 petang hari ini.
Laporan akhbar Singapura The Straits Times semalam menyebut, kementerian alam sekitar Indonesia sudah mengenalpasti lapan syarikat berkaitan rakyat Malaysia di Riau dan Jambi yang mungkin menyumbang ke arah jerebu di Malaysia dan Singapura.
Menterinya Balthasar Kambuaya berkata, kebakaran didapati berlaku di konsesi perladangan yang dimiliki syarikat-syarikat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan