
Indonesia perlu mengambil tindakan terhadap syarikat perladangan yang mencemarkan udara tidak kira sama ada syarikat itu dari Malaysia, Singapura atau Indonesia kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini, dikala jerebu merebak ke sebahagian kawasan di Malaysia.
Indonesia telah menamakan lapan syarikat, termasuk syarikat perladangan Malaysia, yang telah membakar hutan sehingga menyebabkan udara tercemar dan jerebu di Malaysia dan Singapura.
“Teruskan, ambil tindakan walaupun ianya syarikat Malaysia,” kata Dr. Subramaniam kepada pemberita di Parlimen hari ini.
“Tidak kira jika syarikat itu milik rakyat Malaysia atau rakyat Singapura atau rakyat Indonesia, mereka beroperasi di dalam Indonesia, jika syarikat Malaysia bersalah, kita tidak akan beritahu Indonesia untuk tidak bertindak terhadap mereka, sila lakukan apa yang perlu mengikut undang-undang anda,” beliau menggesa pihak berkuasa Indonesia.
Tetapi beliau berkata tiada bukti syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam pembersihan tanah di Indonesia menggunakan api, menyatakan Sime Darby Bhd telah membuat penafian selepas dinamakan di kalangan beberapa syarikat lain bertanggungjawab menyebabkan kebakaran di wilayah Riau.
Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya hujung minggu lalu mendakwa syarikat PT Tunggal Mitra Plantation, sebahagian daripada Minamas Plantation, anak syarikat Sime Darby Plantation yang berpusat di Malaysia, salah satu daripada lapan syarikat - terlibat menebang dan membakar hutan untuk membersihkan kawasan ladang di Indonesia.
Subramaniam mengatakan kementeriannya menjangkakan peningkatan dalam kes-kes masalah pernafasan.
Putrajaya telah memberikan arahan agar sekolah-sekolah di kawasan terjejas seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka dan Johor ditutup sehingga jerebu berakhir.
Terdapat beberapa penambahbaikan di selatan semenanjung oleh kerana angin telah bertukar dari arah barat daya ke arah selatan - menolak jerebu ke arah bahagian tengah semenanjung.
Ini telah menjejaskan kawasan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan sejauh Terengganu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel akan terbang ke Jakarta pada Rabu untuk berbincang dengan rakan sejawatannyamengenai kaedah untuk memadamkan api dan mengurangkan jerebu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan