HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Jun 2013

Pihak gondol bukit tetap dikenakan tindakan

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

 Pihak gondol bukit tetap dikenakan tindakan
Guan Eng (depan, tiga kanan) menyaksikan penyerahan insentif oleh Pengurus Besar PBAPP, Ir Jaseni Maidinsa kepada Setiausaha Kehormat FAP, Ramathula Haja Mydin, hari ini.
 
GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap bertegas dalam mengendalikan isu mengenai sebuah bukit  digondolkan oleh pihak yang sudah dikenalpasti oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar undang-undang walaupun ia melibatkan individu yang dikenali ramai.

“Siapa saja yang buat salah akan diambil tindakan tanpa mengira siapa sahaja kerana undang-undang tetap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan perlu diikut.

"Tiada siapa yang boleh langgar undang-undang dan siapa yang ingkar tidak akan terlepas, pasti akan dihukum.

“Kerajaan negeri tetap dengan prinsip yang dipegang dan perlu patuh kepada undang-undang," katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan menyerahkan isu itu kepada MPPP dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow untuk menyelesaikannya.

Terdahulu, MPPP mengenal pasti pemilik tanah sebuah bukit yang digondolkan di sini dan semakan awal menunjukkan terdapat tiga pemilik lot tanah di kawasan berkenaan.

Menurut jurucakap Bahagian Perhubungan Awam MPPP, kemungkinan kesemua pemilik lot yang terlibat dengan kerja tanah di kawasan itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri menyumbangkan RM250,000 kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) atas kejayaannya melayakkan diri ke Liga Perdana musim depan apabila menang tipis ke atas Perak YBU  FC dengan 1-0.

Guan Eng berkata, sebelum ini,kerajaan negeri menyumbangkan RM450,000 kepada FAP.

 “Kita bangga dengan pencapaian ini. Kerajaan negeri menghargai usaha keras semua pemain, jurulatih dan semua yang terlibat. Sumbangan ini disalurkan melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Tiada ulasan: