Jurucakap kumpulan itu Haris Ibrahim berkata, mereka akan memulakan kempen dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu ini juga.
Haris berkata, pemulauan acara pada 24 Jun itu juga akan menguatkan bantahan Pakatan yang selama ini disalurkan melalui siri perhimpunan di seluruh negara,
Katanya lagi, tidak timbul isu berhubung kerugian kerana tidak mempunyai suara dalam Parlimen jika tindakan itu diambil.
"Lima puluh satu peratus pengundi sudah pun ditipu dalam proses untuk menentukan siapa yang akan mentadbir Putrajaya dalam sistem sedia ada," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan