TIDAK
sampai
dua bulan selepas Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya
Umum 5 Mei, seorang lagi putera mahkota sektor korporat
dinobatkan.Bukan alang kepalang nobatnya. Pada 1 Jun dia dijadikan Tan
Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran
Malaysia.
sampai
dua bulan selepas Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya
Umum 5 Mei, seorang lagi putera mahkota sektor korporat
dinobatkan.Bukan alang kepalang nobatnya. Pada 1 Jun dia dijadikan Tan
Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran
Malaysia.![]() |
| Mohd Najib dan Eswaran di majlis pelancaran ABNxcess |
Dia tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd
Najib Abdul Razak, yang pada 8 Jun melancarkan saluran televisyen kabel
digital bernama ABNxcess dengan mengisytiharkan yang ia akan membantu
menyempitkan jurang digital antara masyarakat Malaysia.
Dengan lesen yang diberikan oleh Suruhanjaya Multimedia dan
Telekomunikasi itu, ABNxcess berpotensi melancarkan sehingga 500 saluran
TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang kini
ditawarkan oleh Astro milik T. Ananda Krishnan dan HyppTv milik Telekom
Malaysia Berhad (TM).
Orang istimewa itu adalah K.K. Eswaran yang sehingga baru-baru ini
lebih dikenali umum oleh kalangan korporat dan politik sebagai Kenneth
Eswaran.
![]() |
| Eswaran: Daripada pekerja kepada tauke |
Tidak banyak orang di luar dunia korporat dan politik kenal Eswaran.
Tetapi sesiapa saja yang mengenali isi rumah Mohd Najib dari dekat pasti
tidak akan terlepas pandang siapa Eswaran. Keakrabannya dengan Mohd
Najib dan isterinya, Rosmah Mansor adalah luar biasa dan bukan rahsia
lagi.
Dalam masa yang singkat dia naik dalam dunia perniagaan dan dipilih
menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia. Dia
adalah antara pelopor pekan “Little India” di Brickfields, Kuala Lumpur.
Sesiapa saja yang kenal dan menyaksikan transformasi Eswaran sejak
pembunuhan kejam majikannya, Francis Clement D’cruz di Johor Baru pada
tahun 2003, tentu takjub dan teruja.
Apa yang dia lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan
sebagai “memangku” aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh
mendiang D’Cruz.
Seorang peniaga dari India, yang berupa rakan kongsi D’cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap.
Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia
sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi
rumah Mohd Najib dan Rosmah.
(Saya membilang beliau sebagai antara penyokong Mohd Najib yang hadir di rumahnya di Pekan pada hari penamaan calon PRU 2008).
Dapat Pinjaman RM500 Juta
Eswaran melancarkan rangkaian TV kabel itu dengan menggunakan syarikat
bernama Asian Broadcasting Network (ABN) yang dimiliki bersama dengan
dua orang bekas penjawat awam kanan, iaitu Laksamana (Bersara) (Tan Sri)
Mohd Anwar Mohd Nor (10 peratus) dan (Tan Sri) Mohamad Noor Abdul Rahim
(20 peratus).
Jentera korporat utama Eswaran ialah Pinehill Pacific Berhad, sebuah syarikat perladangan berukuran kecil, yang asalnya Benta Rubber Estates Ltd dan pada 1971 ditukar menjadi Benta Plantations Berhad serta disenaraikan di Bursa Malaysia.
Pada tahun 2011, Pinehill mencatatkan perdagangan bernilai RM50.3 juta
dan keuntungan RM4.1 juta. Tiga tahun berturut-turut sebelum itu ia
mengalami kerugian.
Dalam dunia korporat, penanda aras nilai dan keyakinan pasaran terhadap
seseorang usahawan adalah kesediaan bank memberi pinjaman kepadanya.
Dalam kes Eswaran dan ABNxcess, media massa telah melaporkan yang Bank
Pembangunan memberi pinjaman sebanyak RM500 juta. Sumber-sumber
perbankan berkata, itu adalah had maksimum yang boleh diberikan kepada
seseorang peminjam. Wallahualam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan