HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Jun 2013

RCI: Dompok cadang pelarian perang Filipina diagihkan ke seluruh negara

Oleh Mohd Farhan Darwis

Tan Sri Bernard Giluk Dompok hari ini mencadangkan agar pelarian perang dari Filipina yang menduduki Sabah dihantar ke seluruh negeri di Malaysia, atau dihantar pulang ke negara asal mereka bagi membendung masalah pemberian kewarganegaraan kerana negara berkenaan kini lagi berada dalam keadaan berbahaya dan perang juga menurutnya telah tamat.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) itu berkata demikian dalam respon balas ketika ditanya antara cadangan yang boleh diberikan beliau kepada Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang asing di Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

"Jika tidak hantar ke seluruh negeri ke Malaysia ... Adakah kita mahu berkongsi kekayaan (negara) dengan mereka?"

"Kad IMM13 patut dibatalkan kerana tiada sebab lagi mereka (pelarian Filipina) berada di sini kerana perang telah tamat," katanya kepada panel RCI, merujuk kepada kad pelarian perang yang dikeluarkan kerajaan kepada pelarian yang tiba di negara ini pada 1980an sebagai dokumen pengenalan diri semasa mereka di Sabah.

RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sebelum ini telah diberitahu terdapat pelarian Filipina yang diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara walaupun penggunaan dokumen IMM13 itu berdasarkan peruntukan undang-undang tidak membenarkan mereka memperolehi dokumen tersebut.

Bernard yang pernah mengetuai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Integriti, turut berkata tiada sebab lagi untuk mereka terus berada di Sabah memandangkan kebanjiran warga asing yang meningkat semakin membimbangkan.

"Mereka pelarian, saya tak rasa perlu terus benarkan mereka di Malaysia," katanya.

Ditanya implikasi terhadap keadaan sosial yang akan berlaku terhadap pelarian berkenaan sekiranya dihantar pulang memandangkan mereka telah bermastautin begitu lama di Malaysia, Dompok menegaskan, pelarian tersebut bukanlah warganegara yang perlu diambil berat.

25 ulasan:

Unknown berkata...

Langkah menarik balik kad pengenalan (IC) Malaysia boleh memastikan integriti dokumen pengenalan diri itu, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Unknown berkata...


Berdasarkan kajian dilakukan UPKO, beliau berkata pihak berkuasa kompeten boleh dilantik untuk mengesahkan ketulenan IC berkenaan.

"Badan ini (pihak berkuasa kompeten) boleh menjadi pasukan petugas khas terdiri daripada pegawai atau profesional daripada sektor swasta atau malahan daripada pergerakan masyarakat sivil. "Ketelusan mesti dijamin. Kita boleh menggantikan IC itu secara berperingkat dan oleh itu, tidak harus ada perasaan was-was di pihak mana-mana orang untuk menyerahkan IC masing-masing bagi tujuan pengesahan dan selepas itu, akan dikeluarkan IC baharu (kepada mereka)," katanya kepada panel lima anggota RCI diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Unknown berkata...

Dompok berkata sekiranya semua IC di Sabah ditarik balik dan digantikan selepas disahkan, langkah itu dapat menjawab kritikan dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai 'penipuan' pada senarai pengundi. "Mereka yang telah mendapat kewarganegaraan secara licik dan menjadi pengundi boleh dipadamkan daripada senarai (pengundi) serta merta," katanya.

Unknown berkata...

Dompok juga mencadangkan kerajaan membuat pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau menguatkuasakan undang-undang baharu mengenai perbuatan khianat untuk memastikan rakyat Malaysia yang memberi atau menjual dokumentasi Malaysia boleh dipertanggungjawabkan dan dihukum berat bagi kesalahan jenayah mereka itu.

Unknown berkata...


Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek memberitahu suruhanjaya itu bahawa semasa beliau menjadi Pengarah Imigresen Sabah dari 2010 hingga Mac tahun ini, beliau pernah berdepan kes warga asing yang mendakwa pelarian Filipina dan memiliki dokumen IMM13 palsu.

Katanya perkara itu dikesan semasa operasi jabatan itu, tetapi menafikan ada anggota jabatan itu terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu.

Unknown berkata...

Dalam kapasitinya sebagai ketua pengarah ESSCOM, yang dipegangnya pada 1 April tahun ini, Mohammad berkata peranan agensi itu ialah memperketatkan kawalan di sempadan berikutan kedudukan Sabah dekat dengan dua negara iaitu Indonesia dan Filipina. Beliau juga berkata terdapat lebih 400 pulau yang ada nama dan tidak bernamadi pantai timur yang boleh digunakan oleh pendatang untuk menyusup masuk ke negeri ini yang juga boleh menjadi tempat persembunyian daripada pihak berkuasa.

Unknown berkata...


Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar Sabah.

malar bingung berkata...

Rakyat Sabah seharusnya diberikan kelebihan untuk mengeluarkan kad pengenalan (IC) mereka sendiri bagi mengekang pemberian kewarganegaraan kepada rakyat asing di negeri berkenaan.

Gejala pemberian kad pengenalan palsu kini telah berada kritikal dan perlu diselesaikan segara sebelum menjadi semakin parah.

Langkah menarik balik kad pengenalan (IC) Malaysia boleh memastikan integriti dokumen pengenalan diri itu.

malar bingung berkata...

TUN Dr Mahathir Mohamad, seorang negarawan agong dan pemimpin dunia yang dihormati, serta seorang pejuang Islam tulen. Seluruh dunia menghormati Tun Mahathir kerana Tun telah memerintah Malaysia selama hampir 22 tahun. Semasa pemerintahan kerajaan PBS, Tun Mahathir adalah duri dalam daging di tubuh Datuk Joselp Pairin Kitingan (Tan Sri). PBS menghadapi pelbagai rintangan setelah menarik diri dari BN, dua hari menjelang pilihanraya umum.

malar bingung berkata...

Akibat tindakan salah perhitungan Datuk Pairin yang terjun bersama Tengku Razaleigh Hamzah ke kolam yang penuh buaya, akhirnya cedera parah diterkam Sang Buaya. Kemurkaan Tun Mahathir akibat tindakan tikam belakang Pairin yang menjadi kepantangan bagi orang Melayu, maka PBS dan Pairin menjadi Musuh Nombor 1 Mahathir.

malar bingung berkata...

Dalam keadaan marah, Tun Mahathir telah mengarahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba pergi ke Sabah untuk menyatukan Bumiputera Islam untuk menentang PBS yang dianggap Parti Kristian itu. Di sinilah bermulanya dan nista pertama Tun Mahathir. Maka bermulalah satu sejarah kerana parti tempatan di Sabah dipecah kecilkan sebelum dijatuhkan dari persada politik Sabah.

malar bingung berkata...

Pada perkiraan Tun Mahathir, PBS mesti ditumbangkan pada masa itu juga, dengan apa cara sekali pun demi servival orang Islam di Sabah; maka 'PROJEK IC MAHATHIR' telah diinstitusikan dan jentera kerajaan (JPN) digunakan untuk memberi kerakyatan songsang secara automatik dengan syarat mengundi UMNO/BN.

malar bingung berkata...

Jika bukan kerana pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Mutalib M.D dan Dr Chong Eng Leong; termasuk penglibatan langsung mereka dalam Petisen Pilihanraya Likas; mungkin keadaan Sabah lebih teruk daripada sekarang. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan keberanian mereka berdua yang pastinya akan terus dikenang sehingga beberapa dekad akan datang.

malar bingung berkata...

Di sini persoalan kita ialah, kenapa Tun Mahathir tergamak untuk melukai rakyat Sabah dengan membenarkan, 'PROJEK IC MAHATHIR'? Adakah Tun Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri dan orang kepercayaannya, Allahyarham Datuk Megat Junit Megat Ayub sebagai Timbalan Menteri langsung tidak tahu menahu Projek ini?

malar bingung berkata...

Mustahil dan tidak boleh diterima akal kerana bukan rahsia lagi dan rakyat Sabah tahu terdapat satu komplot tertinggi di pihak kerajaan pada masa itu, memberikan kerakyatan songsang kepada pendatang asing Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan sebagainya.

malar bingung berkata...

Menjelang lawatan Najib ke Sabah baru-baru ini, Mahathir menggaku yang warganegara asing boleh mendapat kewarganegaraan Malaysia asalkan mereka telah bermastautin di sini dalam tempot tertentu dan boleh berbahasa Melayu.

malar bingung berkata...

Adakah ini satu peruntukan yang longgar dalam Perlembagaan Malaysia kerana di Australia dan England, undang-undang imgirisen adalah terlalu ketat dan tegas. Jika orang luar ingin memohon kewarganegara di kedua-dua negara ini, syarat utama mestilah boleh bertutur bahasa Inggeris dan membawa masuk wang modal asing sekurang-kurangnya 500,000 US dolar.

malar bingung berkata...

Tetapi anehnya di Sabah, Kad Pengenalan Projek (IC) diberikan pada Warga Penyu seperti membeli tikek loteri; malah banyak yang diberikan secara percuma. Saya berpendapat inilah pengkhianatan yang terburuk dalam sejarah dan pastinya dosa ini tidak akan diampunkan oleh Generasi Baru Sabah sekurang-kurangnya dalam tempoh seratus tahun akan datang!

Tanpa Nama berkata...

saya sokong dengan cadangan Tan Sri Bernard Giluk Dompok agar pelarian perang dari Filipina yang menduduki Sabah dihantar ke seluruh negeri di Malaysia, atau dihantar pulang ke negara asal mereka bagi membendung masalah pemberian kewarganegaraan di Sabah

Tanpa Nama berkata...

persoalan diutarakan oleh Dompok ialah "Jika tidak hantar ke seluruh negeri ke Malaysia ... Adakah kita mahu berkongsi kekayaan (negara) dengan mereka?"

Tanpa Nama berkata...

betul kata Dompak iaitu Kad IMM13 patut dibatalkan kerana tiada sebab lagi mereka (pelarian Filipina) berada di sini kerana perang telah tamat

Tanpa Nama berkata...

memang tiada sebab lagi untuk pelarian Filipina ini terus berada di Sabah memandangkan kebanjiran warga asing terutamanya PATI yang meningkat semakin membimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

Ditanya implikasi terhadap keadaan sosial yang akan berlaku terhadap pelarian berkenaan sekiranya dihantar pulang memandangkan mereka telah bermastautin begitu lama di Malaysia, Dompok menegaskan, pelarian tersebut bukanlah warganegara yang perlu diambil berat. ===> sokong!

thinaj berkata...

"Tan Sri Bernard Giluk Dompok hari ini mencadangkan agar pelarian perang dari Filipina yang menduduki Sabah dihantar ke seluruh negeri di Malaysia, atau dihantar pulang ke negara asal mereka bagi membendung masalah pemberian kewarganegaraan kerana negara berkenaan kini lagi berada dalam keadaan berbahaya dan perang juga menurutnya telah tamat.
"
Cadangan beliau harus dipertimbangkan demi keselamatan negeri kita.

thinaj berkata...

Kalau boleh, hantar sahaja mereka balik negara.