Sime Darby Plantation hari ini menegaskan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia, dan telah mematuhi sepenuhnya dasar sifar pembakaran dalam operasinya.

"Laporan semasa mengenai titik panas di Riau adalah termasuk dalam kawasan konsesi PT Tunggal Mitra Plantation's (PT MTP)(anak syarikat PT Minamas Gemilang, satu daripada syarikatnya)," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama dalam kenyataan tiga perenggan di Kuala Lumpur hari ini.

azlanMenurutnya keseluruhan kawasan konsesi PT MTP ialah 13,836 hektar, dan jumlah kawasan yang ditanam ialah 10,825 hektar dengan 537 hektar terdiri daripada kawasan tapak semaian dan pembangunan dengan bangunan-bangunan, tapak semaian, jalan raya dan jambatan.

"2,474 hektar dihuni penduduk setempat. PT MTP tidak mampu mengawal aktiviti yang dilakukan di luar kawasan operasinya dan di tempat yang dihuni pihak-pihak lain," menurut kenyataan itu, seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri menggesa syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan setempat serta tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar.

Menteri: Bomba M'sia siap siaga


Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Malaysia hari ini dilapor bersedia menawarkan bantuan memadam kebakaran di Indonesia jika terdapat permintaan.

NONE"Kita (bomba) sudah bersiap siaga kalau ada jemputan atau pelawaan oleh kerajaan Indonesia dan mendapat kelulusan kerajaan Malaysia.

"Kita akan kerahkan petugas dan anggota bomba berserta kelengkapan dan notis 24 jam untuk mengarahkan anggota kita berada di Indonesia bagi membantu memadam kebakaran," Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dipetik sebagai berkata di Kota Belud.