HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Oktober 2013

Kalau mahu BN ambil berat, undi PAS

Harakahdaily,


 
JERAI: Rakyat di Dun Sungai Limau perlu mengekalkan wakil rakyat dari PAS jika mahu melihat Umno BN mengambil berat terhadap mereka.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Muhyidin Abdul Rashid berkata, Umno BN hanya mengambil berat terhadap rakyay bila mereka berasa lemah dan ditolak rakyat.

Mengambil pengalaman Terengganu katanya, pemimpin Umno BN sebelum PRU13 lalu sibuk dengan projek yang hanya menguntungkan segelintir kelompok mereka dan tidak memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

Ianya termasuk, penganjuran Piala Monsun, projek zoo, membeli binatang-binatang ternak dengan belanja ratusan juta ringgit yang langsung tidak dirasa manfaatnya kepada rakyat.

"Bila PRU13, kedudukan kerusi jadi PAS 15, BN 17. Baru la mereka berasa tersepit dan mula rapat kembali kepada rakyat.

"Kalau tidak, duk sibuk dengan projek-projek yang tidak ada kaitan dengan rakyat," katanya ketika berceramah di Sungai Lumat, Batu 16 di sini malam yadi.

Menurut Muhyidin lagi, rakyat di Sungai Limau perlu pandai melihat peluang supaya keptusan pilihan raya kali ini memberi kebaikan kepada mereka.

Beliau turut menasihatkan pengundi agar tidak termakan umpan bermusim yabg ditabur BN setiap kali menjelang pilihan raya.

"Jadi kalau bagi BN menang, itu adalah satu mesej yang salah kerana jika BN menang, mereka rasa mereka kuat dan rakyat tidak akan bantah apa yang mereka nak buat," katanya.

Serah balik susu tamat tempoh kepada BN







Muhammad Faizal,


JERAI: PAS meminta ke semua penduduk yang menerima bantuan susu pekat yang telah tamat tempoh perlu menyerahkannya kembali di bilik gerakan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Markas Induk PRK Sungai Limau turut menasihati agar mereka yang menerima bantuan susu pekat dari BN perlu memastikan tarikh luput untuk mengelak berlaku keracunan.

"Saya meminta kepada BN agar membuat pengumuman kepada mereka yang menerima susu pekat tersebut mengembalikan kembali susu tersebut dan digantikan dengan yang baru.

"Kalau mereka tak mahu membuat apa-apa pengumuman, saya meminta kepada penduduk yang mendapat susu tersebut agar menyerahkannya di bilik gerakan BN dengan segera.

"Dalam pada itu kepada sesiapa yang mendapat bantuan dari BN perlu memastikan tarikh-tarikh luput agar tidak berlaku keracunan ketika menggunakannya," jelasnya.

Sebelum itu, Aishah Abd Rani dari Sungai Dedap yang tampil membuat aduan apabila turut menerima bantuan dari BN yang mengandungi susu pekat yang telah tamat tempoh.

Menurut beliau lagi, dia hampir menggunakan susu tersebut, namun dihalang apabila anaknya mengetahui ada laporan mengenai susu tarikh luput yang diberikan BN.

"Makcik tak perasaan susu yang beliau dapat itu sudah tamat tempoh penggunaan, beliau hampir menggunakannya.

"Namun sempat dihalang apabila anaknya mengetahui ada laporan mengatakan BN telah mengedarkan susu yang telah tamat tempoh.

"Ini laporan kedua dan saya pasti tentu masih ramai yang menerima bantuan sama, jadi sila pastikan tarikh tersebut sebelum menggunakannya," sambung Makcik Aishah.

Mahfuz turut mengulas satu kenyataan dari Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta sesiapa mendapat susu tersebut membuangkannya sahaja.

"Jawapan yang mudah diberikan, sepatutnya BN kena bertanggungjawab menggantikan yang baru," ujar Mahfuz.

Gula: Kantin sekolah naik harga makanan, minuman

Selangorku,


SHAH ALAM: Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima aduan beberapa kantin sekolah sekitar Lembah Klang menaikkan harga makanan dan minuman.

Pengerusinya, Yahya Sahri, berkata pihaknya menerima aduan itu selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram.

Katanya, selain kantin sekolah, peniaga gerai turut menaikkan harga makanan dan minuman dengan bayaran dikenakan hampir sama dengan kopitiam.

“Kita ada terima banyak aduan berkenaan peniaga gerai dan kantin sekolah yang bertindak menaikkan harga makanan dan minuman di kedai premis mereka.

“Tiga anggaran minimum sehari aduan kenaikan harga yang diterima kami. Bagaimanapun, pengadu tidak memberikan maklumat terperinci dan menyebabkan kami tidak dapat membuat pemantauan,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor, di sini, hari ini.

Yahya berkata, terdapat empat sekolah yang menaikkan harga makanan dan minuman mengikut aduan yang diterima daripada ibu bapa pelajar.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinngi membuat pemantauan dan tindakan terhadap kantin sekolah di seluruh negara supaya tidak menaikkan harga makanan dengan sewenangnya.

“Harga makanan dan minuman tidak boleh dinaikkan sesuka hati kerana pihak pengusaha kantin terikat dengan perjanjian kontrak harga makanan, jadi pihak kerajaan perlu memantau masalah ini.

“Kita juga mahu kerajaan pusat membuka lebih banyak peluang dalam industri gula supaya tidak hanya memberikan peluang kepada syarikat duopoli bagi mewujudkan peluang persaingan harga pasaran gula," katanya.

Beliau turut menyarankan pengguna supaya membuat aduan kepada Biro Kepenggunaan PKR jika terdapat peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah-Sekolah, Hamzah Omar berkata, pihaknya akan memastikan pengusaha kantin tidak menaikkan harga makanan dan minuman disebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen kerana sudah termaktub dalam perjanjian kontrak bahawa mereka tidak boleh menaikkan harga sesuka hati.

Sg Limau: Pemuda PAS serah memo kepada Agong

Harakahdaily,





JERAI: Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Yang DiPertuan Agong berhubung dakwaan penyalahgunaan premis awam dan eksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Penyerahan memorandum itu dibuat ketuanya Mohd Nasir Zakaria di Wisma Darul Aman petang ini.

Kandungan memorandum itu antara lain mahu baginda selaku penaung kepada kakitangan awam, agar campur tangan dengan menasihatkan perdana menteri agar tidak menyalahgunakan premis awam dan tidak mengeksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN.

Dalam memorandum itu juga turut dilampirkan bebarapa bukti sokongan termasuk program Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon BN yang menggunakan pejabat Mada, Bukit Besar pada 26 Oktober lalu.

Selain itu mereka juga mempersoal program Muhyiddin bersama calon BN di SMK Sungai Limau pada tarikh sama yang turut mengerah guru-guru menghadirinya.

Satu lagi program berlangsung pada 31 Oktober iaitu pertemuan Datuk Shafie Afdal dengan seluruh PIBG sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Sedaka.

BN juga didakwa telah menggunakan pegawai kebajikan masyarakat sebagai perayu undi mereka menjelang pilihan raya kecil ini.

Sehubungan itu mereka mahu perjalanan pilihan raya kali ini berlangsung adil dengan pihak BN tidak menyalahgunakan premis awam dan kakitangan awam untuk kempen mereka.

Inflasi akan terus meningkat pada 2015 dengan pelaksanaan GST




Oleh Azmin Ali


Bajet 2014 bersifat 'Rich Man's Budget, Poor To Get Poorer'. Langkah kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM551.25 juta  dan subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM505.4 juta akan terus membebankan rakyat.

Kerajaan wajar memberikan perhatian di atas tuntutan Pakatan Rakyat supaya memecahkan monopoli industri gula.

Untuk mencapai matlamat sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, belanjawan negara perlu menekan prinsip 'fiscal discipline' dan menggariskan strategi pembangunan yang peduli rakyat.

Belanjawan negara bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan hasil negara tetapi menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan efisien dan mengambil langkah yang pro aktif untuk membanteras ketirisan dan amalan rasuah.

Pengagihan kekayaan dan kesenjangan ekonomi

Jomo K.S dalam karya terbarunya berjudul 'Malaysia @50 : Economic Development, Distribution and Disparities' menegaskan bahawa kesenjangan pendapatan dan ekonomi telah sekian lama mendominasi perbincangan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia. Hal ini bukan sahaja tidak selesai malah isu kesenjangan ekonomi, jurang pendapatan antara golongan kaya miskin telah menjadi perdebatan universal.

Situasi ini adalah sama seperti yang diungkap oleh Nobel Laureate, Paul Krugman dalam satu rencana bertajuk Rich Man's Recovery dalam New York Times dalam satu pemerhatian yang dijalankan di Harvard Business School. Krugman melihat kesenjangan ekonomi yang melampau dalam komuniti pelajar telah menggamit perhatian dunia dan amat membimbangkan.

Kata Krugman : "This society claims to reward the best and brightest regardless of family background but in reality the children of the wealthy benefit from opportunities and connections unavailable to children of the middle and working classes."

Menurut Krugman lagi, kajian ini membuktikan wujudnya kesenjangan pendapatan yang ketara di antara golongan maha kaya dan mereka yang berpendapatan rendah. Golongan maha kaya ini menikmati kekayaan di atas kesengsaraan majoriti yang lain. "If the rich are so much richer than the rest that they live in a different social and material universe, that fact in itself makes nonsense of any notion of equal opportunity."

Bajet 2014 Barisan Nasional

Bajet 2014 memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion. Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion adalah anggaran untuk belanja mengurus manakala RM46.5 bilion adalah bagi belanja pembangunan.

Bajet 2014 masih kekal sebagai bajet defisit. Kerajaan telah meneruskan amalan bajet defisit selama 16 tahun berturut - turut semenjak krisis kewangan Asia. Ini merupakan kesinambungan daripada amalan dan perlaksanaan dasar fiskal semenjak daripada merdeka lagi.

Dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami 'fiscal deficit' selama 49 tahun dan hanya 7 tahun menikmati 'budget surplus'. Malaysia menikmati 'budget surplus' selama 5 tahun berturut - turut mulai 1993 iaitu ketika YB Permatang Pauh menerajui Kementerian Kewangan.

Kerajaan pernah menjanjikan bahawa belanjawan negara akan kembali kepada belanjawan berimbang pada tahun 2005 ; sebaliknya hutang negara terus membengkak secara berganda di antara tahun 2007 dan 2012 kepada RM421 bilion. Manakala pendapatan pada kadar 31% daripada RM140 bilion kepada RM207 bilion. Hutang negara seperti yang dilaporkan oleh Maybank Berhad bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.

Disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus membengkak. Pada tahun 1998, hutang negara adalah pada tahap 36% daripada KDNK; meningkat kepada 53% daripada KDNK dalam tahun 2012 dan dijangka meningkat kepada 54.7% daripada KDNK dalam tahun 2014. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara.

Ia juga menggamit perhatian rakyat Malaysia kepada persoalan debt -to-revenue ratio. Dalam tahun 2012, Fitch Rating Agency melaporkan bahawa kadar debt -to-revenue di Malaysia mencatatkan 246%, semakin hampir kepada negara Itali yang bergelut dengan masalah hutang pada kadar 261%.

Malaysia di bawah pengurusan Umno hari ini sedang mengalami penyakit 'fiscal fatigue' atau lelah kewangan. Negara tidak mempunyai 'fiscal space' untuk berbelanja kerana hutang yang terlalu besar dan ia tidak mempunyai 'political will' untuk memerangi rasuah dan menangani masalah ketirisan dan salahguna kuasa.

GST membebankan rakyat

GST adalah satu sistem percukaian yang telus, efisien untuk dilaksanakan bagi jangkamasa yang akan datang. Persoalannya, apakah Malaysia sudah bersedia? Saya mengambil maklum bahawa hanya 10% daripada 'working population' di Malaysia yang membayar cukai. Saya juga bersetuju supaya negara perlu mengurangkan kebergantungan di atas pendapatan daripada sumber petroleum dan gas yang hari ini menyumbang di antara 35% - 40% daripada hasil negara.

Saya juga menyedari bahawa tax based kita adalah agak 'narrow'. Maka satu reformasi sistem percukaian perlu digubal segera supaya ianya bersifat 'broad based' dan komprehensif bagi menggantikan Sales and Services Tax (SST) yang menyumbang 7% kepada pendapatan negara.

Namun saya juga mendesak kerajaan supaya mengamalkan fiscal discipline yang ketat dan memotong Belanja Mengurus di setiap kementerian.

Di negara maju, falsafah perlaksanaan GST bukanlah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan bagi negara tetapi untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh. GST juga menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja. Pendek kata, GST bertujuan to redistribute or diversify, and not increase the tax burden.

Kejayaan perlaksanaan GST di negara-negara maju adalah infrastruktur sistem percukaian yang kukuh di mana kadar cukai pendapatan dan kadar GST bergerak dalam arah bertentangan di mana apabila GST diperkenalkan pada satu kadar, kadar cukai pendapatan diturunkan untuk offfset bebanan GST.

Bajet 2014 mencadangkan bebanan GST dikurangkan atau offset dengan pemberian BR1M dan penurunan kadar minima ke atas cukai pendapatan.

Malaysia masih belum bersedia untuk perlaksanaan GST. Ini kerana lebih 40% rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera. Sudah pasti, GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin.

Apabila membicarakan soal kemiskinan, saya tidak merujuk kepada golongan miskin tegar sahaja tetapi yang perlu diberikan perhatian adalah golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk 'young workers, newly married couples' dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

FOMCA melaporkan sejumlah 47% pekerja muda di negara ini dibebankan dengan jumlah hutang yang begitu serius. Sementara itu, Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30% daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.

Selain itu, perlaksanaan GST akan juga meningkatkan kadar inflasi yang akan mencengkam kehidupan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Hal ini bertambah serius apabila Bajet 2014 memotong RM7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat. Langkah pengurangan subsidi ini akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa membeli atau 'purchasing power' rakyat semakin lemah. Kitaran ekonomi ini juga akan mengakibatkan kadar inflasi terus meningkat berkadaran dengan langkah perlaksanaan GST pada April 2015.

Persoalannya adakah kerajaan telah meneliti impak sosio ekonomi rakyat dengan perlaksanaan GST dan pemotongan subsidi rakyat? Penganalisa ekonomi mengunjurkan tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan. Jika perlaksanaan GST ini konsisten dengan langkah pemotongan subsidi yang diumumkan, maka dijangkakan kadar inflasi akan terus meningkat sehingga kadar 5% pada tahun 2015.

*  Mohamed Azmin Ali adalahTimbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), ahli Parlimen Gombak dan ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa.

Zahid kata sampah, tapi BN sendiri ciplak manifesto PR

Oleh: Mohd Arif Juhani


KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas manifesto Pakatan Rakyat, meskipun  Barisan Nasional sendiri menciplak idea yang terkandung dalam manifesto berkenaan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan manifesto PR sebagai “sampah” dan “tidak berpijak di bumi yang nyata” dengan mendakwa hanya 15 peratus janji ditunaikan pada 2008.

“Ini sikap yang cukup memalukan apatah lagi ungkapan tersebut dibuat dalam dewan yang mulia dan ditonton secara ‘live’ oleh rakyat melalui internet dan televisyen di rumah.

“Peliknya, jika beliau menganggap manifesto itu sebagai sampah, kenapa Umno BN tetap menciplak beberapa isi kandungannya seperti janji menurunkan harga kereta?” soal Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi.

Pakatan Rakyat semasa kempen Pilihan Raya Umum lalu menunjukkan bukti sekurang-kurangnya sembilan perkara diciplak oleh BN daripada manifesto Pakatan Rakyat.

Antaranya memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak dan menurunkan harga kereta secara berperingkat.

Malah baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat lebih awal kerana bimbang ia diciplak BN.

Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, sebagai pemimpin kanan negara, Zahid sewajarnya menjadikan dirinya contoh kepada rakyat dan bukan menunjukkan sikap emosional.

“Tetapi apa yang berlaku ialah Zahid lebih gemar melepaskan kemarahan dengan memberikan label-label negatif terhadap pihak lawan dan ini sekaligus menjatuhkan maruahnya sendiri di hadapan rakyat,” ujarnya.

KEADILAN desak kedutaan AS, Australia jelaskan isu risikan terhadap Malaysia

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan mengenai risikan terhadap Malaysia menggunakan kedutaan dan suruhanjaya tingginya.

snowden

Akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan dibuat bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

“Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi ‘STATEROOM’ turut melibatkan Britain dan Kanada,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Tambahnya, tindakan itu turut mendapat kecaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.

ABN_News

“Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan ini kepada kerajaan dan rakyat Malaysia,” kata Fahmi.
Beliau turut mendesak Putrajaya bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.

‘Ada kemungkinan risikan ini diguna untuk kelebihan strategik negara-negara tersebut. Lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA),” katanya.

Katanya risikan seperti ini pernah berlaku, seperti dibangkitkan kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia diguna untuk memintas komunikasi pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab minyak dan gas di Timor Gap.

“Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara,” tegasnya.

MCA dakwa Pakatan tiada niat laksana janji manifesto


Abdul Rahim Sabri

 

Menjelang pilihan raya kecil DUN Sungai Limau 4 November ini, MCA meminta pengundi di DUN itu membuat penilaian sebaik-sebaiknya terhadap janji yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.

Ini kerana, kata MP MCA Labis, Datuk Chua Tee Yong, tawaran janji utama dalam manifesto Pakatan sebelum pilihan raya umum lalu, tidak dinyatakan kos pelaksanaannya dalam bajet alternatif yang dibentangkan.

Antara janji itu ialah pemansuhan tol, mengurangkan harga kereta, menurunkan harga minyak, memberi RM1,000 kepada warga emas, serta menaikan royalti petrol kepada Sabah dan Sarawak daripada lima kepada 20 peratus.

"Tapi apabila kita merujuk kepada Bajet Alternatif, ini semua langsung tidak ada. Ini menunjukkan kerajaan Pakatan hanya ingin mendapat undi, dan tidak mempunyai niat untuk menepati janji-janji mereka," dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

"Ini jelas ketara dalam manifesto mereka. Tetapi kenapa dalam bajet alternatif, mereka tidak menyenaraikan kos untuk melaksanakan janji-janji ini," katanya sambil berharap rakyat dapat melihatnya secara jelas apa yang didakwanya taktik Pakatan mendapat undi.

Chua yang juga ketua biro profesional muda MCA berkata, dalam kempen pilihan raya kecil DUN itu, mereka tidak Pakatan menyentuh mengenai janji mereka itu.

"Saya membangkitkan perkara ini untuk memastikan rakyat di Sungai Limau, apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat perlu dinilai. Untuk menunjukkan apa yang dijanjikan mereka perlu membuat pertimbangan semula," katanya. 

Peruntukan besar di S'wak biar pada tempatnya


Mohd Aizan Mohd Nor


 
ULASAN Bajet 2014 yang amat dinanti-nantikan itu sudah pun dibentangkan.

Ramai menggelar belanjawan kali ini sebagai ‘Bajet GST' dan ‘Bajet Gula', merujuk kepada cadangan perlaksanaan sistem GST bermula pada tahun 2015 dan pemansuhan subsidi gula mulai Sabtu lepas.

Dari sudut ini, Bajet 2014 jelas belanjawan yang berani kerana cuba untuk tidak populis.

Mungkin ini cerminan ‘keyakinan' perdana menteri dengan mandat baru beliau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, khususnya daripada Malaysia Timur.
Sekilas pandang, Bajet 2014 tampak lebih mesra Sarawak dan Sabah.

Berikut projek-projek utama yang dikhususkan untuk Malaysia Timur dalam pembentangan Bajet 2014 yang lepas:
  1. RM850 juta untuk kabel dasar laut bagi peningkatan capaian Internet di Sarawak dan Sabah.
  2. RM500 juta untuk Lebuh Raya Pan-Borneo
  3. RM331 juta untuk penyeragaman harga barangan di Sarawak dan Sabah.
  4. RM312 juta untuk menaik taraf beberapa lapangan terbang termasuk di Sarawak dan Sabah.
  5. RM130 juta untuk subsidi pengangkutan udara luar bandar di Sarawak dan Sabah.
  6. RM75 juta untuk bantuan tangki air di Sarawak.
  7. RM50 juta untuk kerja pengukuran dan pengesahan tanah adat bumiputera Sarawak dan Sabah.
  8. RM30 juta untuk 60 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia di Sarawak dan Sabah.
  9. Dua buah RTC untuk Sarawak dan Sabah.
  10. Sebuah UTC di Sarawak
Secara keseluruhan, projek-projek di atas berjumlah sekurang-kurangnya RM 2.3 bilion. Jelas ia peruntukan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tentunya rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama bersyukur kepada Allah atas peruntukan sebesar ini.

Namun adakah cadangan-cadangan perdana menteri ini menepati keperluan sebenar rakyat di sana?
Sebagai contoh, peruntukan RM850 juta untuk kabel dasar laut walaupun baik tetapi saya kira agak besar dan tidak menepati keperluan sebenar rakyat Sarawak, khususnya di luar bandar.

55% capaian Internet, 57% air

Berdasarkan maklumat terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), capaian Internet di Sarawak sudah pun mencapai tahap 55 peratus - melepasi sasaran 50 peratus kerajaan.

Ini sebenarnya jauh lebih baik berbanding Kedah, Kelantan dan Perak, walhal capaian bekalan air paip terawat di luar bandar Sarawak hanyalah 57.4 peratus.

Dalam masa yang sama, Sarawak negeri ketiga tertinggi insiden kemiskinannya, berdasar Laporan Penyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012.

Peruntukan RM500 juta untuk membaiki Lebuhraya Pan-Borneo pula sebenarnya terlalu rendah berbanding keperluan untuk menaiktaraf jalan raya tulang belakang sistem pengangkutan darat Borneo kepada ‘dual-carriage way'.

Ia dianggarkan berjumlah RM22.0 bilion, berdasarkan Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya 2010.

Berdasarkan ulasan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Datuk Seri Michael Manyin, sebahagian besar daripada peruntukan ini hanya akan digunakan untuk pembinaan 95 buah laluan memotong sepanjang lebuh raya sejauh 2,239km ini.

Jelas, komitmen kerajaan pusat untuk menyediakan lebuh raya yang baik dan selesa untuk rakyat Sarawak dan Sabah setanding dengan yang dinikmati oleh rakan-rakan di Malaysia Barat masih diragui.

Masalah dasar kabotaj
Selain itu, strategi pemberian subsidi bagi menyeragamkan harga barangan pengguna di Sarawak dan Sabah berjumlah RM 331 juta pula dilihat tidak lestari secara ekonominya.

Ini kerana pendekatan yang jauh lebih efektif melalui semakan semula dasar kabotaj sedia-ada yang menghalang pemunggahan dan pengangkutan barangan secara langsung ke pelabuhan-pelabuhan di Sarawak dan Sabah.

Dasar kabotaj ini diakui oleh ramai penganalis sebagai punca utama perbezaan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, di samping ketidakcekapan sistem pengangkutan darat yang berpunca oleh keadaan Lebuh Raya Pan-Borneo yang kurang memuaskan tadi.

Dengan dasar yang lebih tepat, RM331 juta ini mungkin lebih strategik digunakan untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan anak-anak bumiputera Sarawak.

Ia khususnya di luar bandar yang mengikut banyak kajian tokoh pendidik di Sarawak menghadapi masalah pencapaian akademik dan disiplin yang serius.

Reformasi tanah adat

Isu tanah adat bumiputera atau NCR di Sarawak isu besar yang menunjangi perasaan tidak puas hati sebahagian besar rakyat Sarawak, khususnya Dayak, terhadap kerajaan negeri.

Isu dasarnya bukanlah semata-mata tentang mempercepatkan pengukuran dan pengesahan status tanah NCR, tetapi jauh lebih penting ialah pengiktirafan kerajaan negeri terhadap hak bumiputera ke atas tanah adat turun-temurun mengikut hukum adat mereka sendiri.

Mempercepatkan proses pengesahan tanah NCR atau ‘perimeter survey' ini pada asasnya mempercepatkan proses pengambilalihan tanah itu oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan, tanpa perlu mengiktiraf status ‘pulau galau' (hutan simpanan komunal) dan ‘pemakai menoa' (domain wilayah rumah panjang) tanah-tanah rakyat ini sebagai tanah NCR.

Isu definisi tanah adat ini sebenarnya sudah pun diakui oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Nor Nyawai pada tahun 2001.

Kes itu menjelaskan bahawa tanah NCR bukanlah hanya ‘temuda' (kawasan terdekat dengan rumah panjang yang juga digunakan untuk bercucuk-tanam dan lain-lain) sepertimana yang difahami oleh kerajaan negeri.

Tanah NCR tetapi juga termasuk ‘pulau galau' dan ‘pemakai menoa'.

Ini adalah isu penghakisan hak rakyat bumiputera Sarawak oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya ke atas tanah-tanah adat mereka.

Sebenarnya bukanlah RM50 juta ini yang diperlukan, tetapi yang rakyat mahukan ialah reformasi undang-undang berkaitan tanah adat secara komprehesif.

Ini agar tanah NCR mereka tidak terus dirampas oleh pihak-pihak berkepentingan.
Ya, benar rakyat Sarawak juga akan menerima manfaat daripada inisiatif BR1M, i-BR1M dan peruntukan-peruntukan untuk sistem kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar yang lain.

Namun demikian, persoalannya setakat manakah peruntukan-peruntukan besar untuk Sarawak ini benar-benar menepati keperluan rakyat Sarawak itu sendiri?

Atau adakah ia akan direbut dan dinikmati oleh kelompok elit tertentu di negeri ini sahaja?

Berbelanja besar biarlah kena pada tempatnya dan beramanah sentiasa.

Moga-moga igauan ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak berulang lagi.

(*) MOHD AIZAN MOHD NOR pengarah Sarawak Centre for Policy Studies (Sarawak Centre).

Isu 'titis darah Cina': Hanipa tarik balik dakwaan kait Najib

Abdul Rahim Sabri

 

MP PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin menarik balik dakwaannya dalam Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi ketua Pemuda Umno pernah menyebut "titiskan darah Cina dengan keris" dalam satu perhimpunan.

Dalam penjelasannya di Dewan Rakyat hari ini, Hanipa berkata kenyataannya itu dipetik dari tulisan laman ensiklopedia bebas Wikipedia berhubung penangkapan ramai ahli politik dan aktivis bawah ISA dalam Operasi Lalang 1987.

"Dalam itu, dalam saya baca, yang dikatakan bahawa, dia (Wikipedia) menyebut nama Yang Berhormat Pekan dituduh kononnya ingin membasahkan keris.

"Jadi, saya percaya apa yang dikatakan oleh Wikipedia ini, sehingga ini tidak pernah dinafikan oleh YB Pekan.

"Saya merasakan apabila tidak ada penafian daripada Yang Berhormat Pekan, bermakna apa yang dikatakan oleh Wikipedia ini dengan rujukan-rujukan, adalah betul.

"Maka atas dasar itu, saya percaya ketika saya bercakap ketika itu adalah betul," katanya.

Beliau menjelaskan demikian susulan notis aduan yang dikemukakan oleh Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu Hanipa dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas kenyataan tersebut.

"YB Pekan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum apatah lagi menitis darah kaum Cina. Ini menimbulkan sangkaan jahat kepada YB Pekan," kata Ahmad Hamzah.

Katanya, Hanipa perlu dirujuk ke jawatankuasa kuasa tersebut berdasarkan Peraturan Tetap 36 (6) yang menggariskan bahawa seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat kepada ahli dan dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan.

Ahmad mengemukakan notis tersebut pada hari yang sama, 23 Oktober lalu dan meminta Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan mengenai status aduannya tersebut hari ini.

Ahmad yang tidak berpuas hati dengan jawapan Hanipa hari ini mencelah dan membaca petikan hansard parlimen bagi membuktikan bahawa Hanipa benar-benar membuat dakwaan tersebut ke atas Najib.

Dewan juga gamat seketika apabila suasana kecoh juga tercetus dalam apabila beberapa ahli parlimen BN bangun dan memberi amaran kepada Hanipa supaya tidak menafikan apa yang disebutnya pada 23 Oktober lalu.

Keadaan itu terpaksa ditenangkan oleh Pandikar yang menegaskan bahawa beliau akan menyiasat sekiranya Hanipa mempertikaikan hansard parlimen.

"Saya minta YB fikir baik-baik apa yang tertulis itu (betul) atau tidak. Kalau mahu menarik balik, saya anggap perkara ini selesai.

"Kalau tidak tarik, saya ada dua pilihan (sebab) ada kes prima facie untuk dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan atau membuat ruling di bawah peraturan 36.6," katanya.

Susulan itu, Hanipa bangun dan mengakui apa yang terkandung dalam hansard dan beliau bercakap perkara itu kerana menganggap ia satu yang benar.

"Sekiranya tidak benar, saya tarik balik," katanya yang kemudiannya mencetuskan desakan lanjut ahli parlimen BN supaya menarik balik.

"Untuk menyenang hati pihak-pihak (BN), saya tarik balik... Saya mohon maaf (kenyataan itu)," katanya.

Bebearapa orang MP BN bagaimanapun masih tidak berpuas hati dan terus menimbulkan kekecohan dalam dan terpaksa ditenangkan oleh Pandikar sekali lagi.

"Saya anggap isu ini selesai, kerana saya berpuas hati dia tarik balik, dia minta maaf," kata Pandikar.

6 wakil rakyat DAP ditahan ketika ops roboh Kg Hakka


Koh Jun Lin

 
VIDEO l 3:11 minit


Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini.

s arutcheclvan arrested in kampung hakkaDalam kejadian jam 11.30 pagi, Arutchelvan digari dan ditahan polis selepas bertengkar dengan polis yang mengawal kawasan operasi perobohan tersebut.

Turut ditahan dan dibawak keluar dari kawasan operasi tersebut ialah seorang lagi aktivis PSM.

Orang ramai di kawasan kampung baru Cina itu menjerit terhadap anggota polis ketika mereka ditangkap.

Dalam kejadian seterusnya pada tengahari, enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan.

Polis memasuki bangunan tersebut tiga minit selepas memberi amaran dan menahan Loke, MP Rasah Teo Kok Seong, serta tiga lagi ADUN parti tersebut J Arulkumar (Nilai), P Gunasekaran (Senawang), Chew Seh Yong (Bahau), Ng Chin Tsai (Temiang) serta beberapa orang lagi.

Operasi perobohan bangunan berkenaan seterusnya dimulakan tidak lama kemudian.

Pada 30 September lalu,  pemimpin PSM itu dan 11 yang lain ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu,  diekori dengan usaha dibuat untuk mendapatkan semakan kehakiman.

Kerajaan tidak cadang mansuh subsidi petrol, kata Ahmad Maslan

THE MALAYSIAN INSIDER


Kerajaan tidak bercadang memansuhkan pemberian subsidi petrol kerana kerajaan masih mampu untuk menanggung subsidi bahan itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata sebaliknya kerajaan akan memastikan langkah rasionalisasi bahan bakar itu dapat dinikmati oleh golongan sasar.

"Kita tidak pernah bercadang memansuhkan secara keseluruhan subsidi minyak selagi kerajaan mampu menanggungnya," katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.



 Bung Moktar ingin tahu sama ada kerajaan sedia memansuhkan keseluruhan subsidi bahan bakar dan menggantikan pemansuhan itu dengan kenaikan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).


Katanya, langkah rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan secara berperingkat dengan membuat pertimbangan termasuk mengambil kira bebanan rakyat dan bukan dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Terdahulu menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang), Ahmad berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah penguatkuasaan bagi membendung kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi.

Antara langkah yang diambil ialah mengeluarkan arahan kepada semua stesen minyak jualan diesel untuk tangki kenderaan sahaja tanpa melalui bekas atau tong kecuali atas kebenaran pengawal iaitu melalui Permit Barang Kawalan; stesen minyak dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan hanya dibenar menjual 20 liter minyak kepada kenderaan asing selaras dengan Larangan Eksport di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011.

Selain itu, kerajaan juga mengadakan tindakan bersepadu dengan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kerajaan juga menempatkan Rela di 45 stesen minyak di empat negeri bersempadan untuk membendung pengaliran diesel bersubsidi ke Thailand dan mengarahkan semua syarikat pengeluar minyak menghantar maklumat belian oleh stesen-stesen minyak secara harian sebagai langkah pemantauan terhadap stesen minyak yang membuat pembelian diesel dalam kuantiti yang meragukan. - Bernama

Perkasa Perak buat laporan polis berhubung video berkaitan kalimah Allah

THE MALAYSIAN INSIDER
 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video di laman sosial YouTube yang didakwa menyindir dan mempertikai keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah.

Ketua Wira Perkasa Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh bersama 10 anggota pertubuhan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini pada pukul 1.44 tengah hari.

Beliau mendakwa video bertajuk 'The Effing Show #95: Allah, Apa Lagi?' tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.



 "Skrip dan lakonan dalam video ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.


Beliau mendakwa video yang berdurasi 6 minit 30 saat itu mengandungi unsur-unsur menyindir dan mempertikaikan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lepas berhubung penggunaan kalimah Allah.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terlibat dalam pembikinan video itu.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 14 Okt lepas membuat Keputusan bahawa The Herald, penerbitan mingguan katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan. - Bernama

Fakta menteri salah, biasiswa banyak diberi kepada Bumiputera, kata Teresa Kok

OLEH DIYANA IBRAHIM


DAP hari ini mempertikaikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang menyatakan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberikan kepada pelajar melanjutkan pelajaran di luar negara adalah berdasarkan merit dan bukan kepada kaum tertentu.

Menurut Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (gambar), kenyataan yang diberikan Shahidan di Parlimen semalam adalah tidak tepat.

"Hakikatnya tidak semua biasiswa yang diberi berdasarkan merit semata-mata dan ia bercanggah dengan fakta Datuk Seri Nazri Aziz pada 2010, ketika beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


 Menurut Kok, pada 2010 sebanyak 1,500 biasiswa diberikan kepada pelajar Malaysia bagi peringkat ijazah yang diperuntukkan di bawah empat kategori.














"Nazri berkata pada 2010 bagi permulaan pertama, 300 biasiswa diberikan berdasarkan merit. Bumiputera mendapat 20% dan bukan Bumiputera mendapat 80%. Sementara bagi kategori komposisi kaum, daripada 900 biasiswa, 557 pemegang biasiswa adalah Bumiputera.

"Kemudian pada Mei 2011, kerajaan menambah jumlah sebanyak 1,500 biasiswa. 20% daripadanya diperuntukkan di bawah kategori merit dan daripada 900 biasiswa, 60% adalah di bawah komposisi kaum iaitu masing-masing 10% bagi pelajar Sabah dan Sarawak serta pelajar kurang bernasib baik," katanya.

Menurut Kok, angka itu membuktikan Shahidan tidak dimaklumkan dengan selengkapnya fakta yang betul mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Beliau kena betulkan semua kekeliruaan ini selain jelaskan punca berlaku penurunan pemberian biasiswa sejak 2009," katanya.

Penurunan sebanyak 300 biasiswa pada 2012 amat mengejutkan.

"Adakah kekurangan kos punca penurunan pemberian biasiswa? Sekiranya ini alasan, maka sama sekali tidak wajar memandangkan Perdana Menteri sendiri gagal mengawal perbelanjaan jabatan sendiri.

"Beliau memperuntukkan RM16.45 bilion bagi anggaran Bajet 2014 yang menjadikan jabatan itu mempunyai perbelanjaan keempat tertinggi di belakang pendidikan, kewangan dan kesihatan," katanya.

Apa terjadi kepada Malaysia jika Dr Mahathir masih lagi PM?

OLEH EILEEN NG




Sedekad lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) telah meninggalkan pejabatnya sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

Adakah Malaysia akan berubah jika beliau masih lagi memegang jawatan berkenaan?

Walaupun mempunyai perbezaan pendapat, penganalisis politik tanah air bersetuju dengan satu perkara - Dr Mahathir tidak akan bertolak ansur dengan perkara melibatkan agama dan perkauman yang kini sedang berlaku di negara ini.

Ini bermaksud beliau akan menjalankan pentadbiran dengan undang-undang yang lebih ketat demi kestabilan politik.

Ia turut bermakna akta pencegahan seperti Akta Keselamatan Negara (ISA) yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara dan Akta Ordinan Darurat (EO) tidak akan dimansuhkan.

"Pentadbiran yang kuat dan berdisiplin membayangkan kerajaan Mahathir.
Mengenali beliau, saya tidak rasa beliau akan berubah walaupun masih mentadbir," kata penganalisis politik UiTM Sabah Dr Arnold Puyok.

Selain itu, Dr Mahathir juga tidak akan membiarkan skandal seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ) dan juga skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 juta.

"Beliau menguruskan kerajaan yang tegang dan akan berupaya mencari jalan menyembunyikan skandal berkenaan sebelum ia terdedah kepada umum," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng.
Dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, pelbagai kejadian berlaku.

Selain PKFZ dan NFC, kekalahan majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013, perhimpunan Bersih, gerakan Hindraf dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Projek kesayangan Dr Mahathir seperti pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang mana beliau percaya akan mengembangkan ekonomi negara mungkin akan diteruskan namun ia bakal dilakukan dengan lebih telus.

Beliau juga akan menghadapi rasa tidak senang orang ramai disebabkan perubahan landskap politik termasuk perkembangan internet, yang beliau janjikan untuk tidak ditapis.

Dr Mahathir turut bakal mendapati beliau tidak lagi mampu untuk bertahan dengan media tradisional seperti televisyen dan akhbar untuk membentuk minda rakyat, seperti dilihat dalam dua pilihan raya umum, kata penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak Dr Jeniri Amir.

"Beliau akan cuba mengawasi dan meluahkan pendapatnya melalui logik dan pengaruh. Namun perkembangan politik, akan membuatkan beliau sukar untuk mengawalnya dan sudah pasti akan berlaku konflik antara rakyat.

"Suka atau tidak beliau perlu menerima pendapat dan tuntutan rakyat. Sukar menyembunyikan isu kerana rakyat ada banyak cara untuk mendedahkannya," katanya.

Pengarah Centre for Policy Initiative Dr Lim Teck Ghee berkata rakyat akan mula menolak Barisan Nasional (BN) dan Umno, dan bukannya respons terhadap personaliti keras dan pengaruh Dr Mahathir.

"Ia respons terhadap kerajaan yang teruk dan polisi ekonomi yang gagal diletakkan BN termasuk gejala rasuah yang berleluasa."

Lim turut berkata walaupun Dr Mahathir dilihat membenarkan kewujudan Perkasa, beliau tidak mungkin akan melaksanakannya ketika masih menjadi perdana menteri.

"Sebahagian tindakan dan kenyataan kerasnya disebabkan untuk menonjolkan kelemahan perdana menteri baru, sama ada Abdullah Badawi atau Najib Razak dan betapa negara akan lebih baik dengan pemerintahannya daripada bukti sokongan ekstremisme. "

Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pemerintahan negara daripada Dr Mahathir pada 2003 selepas beliau bersara.

Selepas prestasi memalukan BN pada Pilihan Raya 2008, Abdullah berundur dan digantikan dengan Najib pada 2009.

Adakah Malaysia akan menjadi tempat yang lebih baik sekiranya Dr Mahathir masih lagi berkuasa?

Lebih Baik Guna Satelit Dari Kabel Dasar Laut

BULETIN ONLINE
 
 
Hasrat kerajaan untuk meningkatkan akses internet ke luar bandar di Sabah dan Sarawak sebagaimana dicadang Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet 2014 baru-baru ini, memang dialu-alukan.

Namun begitu PAS Sarawak berpandangan, lebih baik menggunakan satelit bagi meningkatkan kemudahan internet tersebut berbanding menggunakan kabel dasar laut.

“Antara perkara yang ingin kita sentuh adalah peruntukan bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

“Memang hasrat kerajaan untuk meningkatkan akses internet ke luar bandar di Sabah dan Sarawak memang dialu-alukan tetapi adalah lebih baik kabel di dasar laut digantikan dengan penggunaan satelit,

“walaupun kos agak mahal tapi untuk jangka masa panjang ianya lebih efektif dan kos penyelenggaraan lebih mudah kalau dibandingkan dengan kos penyelenggaraan kabel di dasar laut,”ujar Haji Jofri Jaraeii, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Menurutnya, perkhidmatan Internet Moden biasanya diberikan kepada pengguna melalui satelit geopegun yang boleh menawarkan kelajuan data yang tinggi, dengan satelit baru mencapai kelajuan data hiliran sehingga 15 Mbps.

Beliau turut menyentuh cadangan peruntukan untuk menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan bernilai RM 312 juta.

Katanya, kerajaan bukan hanya menaiktaraf bahkan sepatutnya lapangan terbang Miri sebagai Hub pelancongan antarabangsa bagi zon utara Sarawak.

Beliau berkata, bagi pihak PAS sarawak yang mewakili komunit Mlaysia Timur, secara kesimpulannya bajet 2014 tidak begitu mesra rakyat tetapi lebih kepada membebankan rakyat terutama golongan pendapatan rendah dan sederhana.

“Ini termasuk rakyat yang hidup di luar bandar terutama penduduk di Sabah dan Sarawak yang telah memberi kemenangan yang besar kepada kerajaan BN di peringkat pusat.

“Walaupun kerajaan memberi peruntukan berbilion ringgit untuk infrastruktur dan sebagainya, kita tidak mahu peruntukan tersebut disalahgunakan atau berlaku ketirisan seperti mana laporan Audit Negara baru-baru ini. Banyak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat,”jelasnYa

‘Kencing Manis’ Bukan Hanya Sebab Gula, Najib Jangan Tak Tahu ‘Kala’!

BULETIN ONLINE
 
 
KUALA TERENGGANU – PAS harap kerajaan berhenti menyelewengkan pemikiran rakyat dengan mengaitkan kenaikan harga gula dan penyakit ‘Kencing Manis’ atau ‘Diabetes’.

Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim menyeru terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak bercakap perkara yang beliau tidak ketahui.

“Najib memberikan gambaran yang salah tentang diabetes (kencing manis) dan kehidupan rumah tangga seseorang,

“kata orang Terengganu jangan cakap tak tahu ‘kala’……..diabetes bukan hanya disebabkan oleh pengambilan gula,”ujarnya ketika dihubungi.

diriku

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada ulasan pelbagai pihak dan pelbagai rupa serta bentuk tentang dibates dan gula, tetapi umum mengaitkannya dengan kenaikaan harga gula.

Kenaikan harga gula yang diumumkan Najib dalam Bajet 2014 dianggap rahmat dan langkah yang sangat tepat untuk gaya hidup yang sihat.

Malah Najib terang-terangan mengatakan, tanpa gula umur kita akan menjadi lebih panjang dan tenaga kelelakian akan meningkat.

Beliau menggesa Kementerian Kesihatan dan pihak yang berkelayakkan agar tampil menghuraikan kekeliruan tentang penyakit diabetes.

“Saya sangat berharap agar tampil di kaca TV atau di dada akhbar mereka yang berkelayakan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghuraikan kekeliruan yang sedang tersebar tetapi malangnya tiada yang tampil.

“Kekeliruan fakta di kalangan masyarakat umum ini terbiar begitu sahaja dengan membiarkan mereka yang tak berkeahlian terus membebel,”ujar Dr Azman yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu
Menurut, melalui ilmu yang beliau palajari, diabetes atau kencing manis dibahagikan kepada 2 kategori (2 type) iaitu type 1 dan type 2.

Katanya, Diabetes Type 1 berlaku apabila badan manusia tidak lagi dapat memproses penghasilan insulin kerana sistem imune badan sendiri telah menyerang dan memusnahkan sel-sel di mana insulin dihasilkan.
Punca kenapa hal ini berlaku tidak diketahui dengan jelas, tetapi ia mungkin termasuk faktor-faktor genetik dan faktor persekitaran.

“Terdapat satu teori yang menyatakan bahawa diabetes type 1 boleh berlaku selepas serangan virus tertentu. Orang yang mempunyai diabetes type 1 mesti mengambil insulin setiap hari untuk kelangsungan hidup.

“Tiada cara yang diketahui untuk mencegah atau mengubati diabetes type 1 , tetapi ia boleh dikawal dengan mengekalkan tahap glukosa (gula) darah dalam julat yang normal,”jelasnya

Manakala, diabetes type 2 adalah yang paling biasa berlaku dan puncanya adalah sama ada badan tidak mampu memproses pengeluaran insulin dengan jumlah yang mencukupi atau badan tidak boleh menggunakan insulin yang dihasilkan sendiri dengan kadar yang sepatutnya.

Risiko untuk mengidap diabetes type 2 ini meningkat dengan meningkatnya usia seseorang dan punca diabetes type 2 ini sebahagian besarnya masih tidak diketahui, tetapi genetik dan gaya hidup yang memainkan peranan utama sebagai penyebab.

“Diabetes type 2 dikaitkan dengan masalah obesiti , faktor-faktor genetik serta gaya hidup yang tidak aktif. Sesetengah kaum dan etnik yang berisiko tinggi untuk mengidap diabetes type 2 termasuklah kita orang Asia,”

“Tidak ada cara yang diketahui dengan tepat untuk mengubati diabetes jenis 2, tetapi ia boleh dikawal dengan menjaga tahap glukosa (gula ) dalam darah dalam julat yang normal,”katanya.

Rabu, 30 Oktober 2013

PR gesa Kerajaan Pusat batal perlindungan syarikat monopoli pasaran gula


Tony Pua Wancara 01


KUALA LUMPUR  : Pakatan Rakyat (PR) menggesa Kerajaan Pusat membatalkan sistem perolehan gula mentah dan perlindungan kepada syarikat yang memonopoli pasaran gula di negara ini sehingga menyebabkan harganya lebih mahal.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata tindakan pembatalan itu akan membolehkan kerajaan menawarkan harga gula lebih rendah kepada rakyat selepas membuka pasaran melibatkan syarikat gula dalam negara.

Katanya, dengan penghapusan monopoli itu, rakyat akan menikmati harga gula yang lebih rendah dan syarikat gula akan menjadi lebih efisyen kerana tidak perlu bergantung kepada bantuan kerajaan.

“Pakatan Rakyat berpendapat monopoli syarikat gula tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.

“Adalah lebih baik jika pasaran gula dibuka dan harga gula dapat ditentukan melalui persaingan antara syarikat dan pembekal gula,” kata Tony Pua dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini.

Tony Pua berkata, kaedah mengimport gula mentah daripada syarikat luar adalah hanya helah untuk mendapatkan kos yang lebih rendah sehingga membolehkan syarikat terlibat mendapat keuntungan lumayan.

“Kalau katakan harga gula ditetapkan oleh kerajaan tidak sepatutnya mereka meningkatkan keuntungan mereka (syarikat-syarikat) dengan begitu banyak.

“Kita syak cara kerajaan mengimport gula mentah adalah untuk membolehkan syarikat ini untuk mendapat keuntungan yang lebih,” katanya.

Semalam, Tony Pua mendedahkan kenaikan harga gula bukanlah atas dasar pemotongan subsidi sebaliknya berpunca daripada tindakan Kerajaan Pusat yang menandatangani perjanjian gula mentah dengan harga tinggi.

Pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US25 setiap 100lbs.

Ekoran itu rakyat terpaksa menikmati gula yang lebih mahal akibat perjanjian yang dimeterai KPDNKK tahun lalu.-EZY

Tiga jemaah haji maut dalam kemalangan


 

Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat Kuantan, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di Kuantan.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

"Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan.

"Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.

"Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," kata Zainalabidin kepada pemberita.

Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan. - Bernama

Cabul Menantu: Ketua KIMMA Dihadapkan Ke Mahkamah

KELAB GREENBOC

Tampin – Ketua Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Tampin dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, atas tuduhan mencabul kehormatan menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan Jelai, dekat sini, 22 September lalu.

Gambar: Abdul Kasim (kanan) selepas membayar ikat jamin di Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Abdul Kasim Akb Maiden, 52, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul menantunya berusia 20-an kira-kira 8.30 pagi di rumah tertuduh dengan memeluk mangsa dari belakang dan mencium leher kanan dan kiri mangsa.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Mohd Eswady Mat Lajis menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesalahan tertuduh, bagaimanapun dikurangkan selepas tertuduh membuat rayuan susulan mempunyai banyak tanggungan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Pas edar risalah baru calon

MOHD IDROS MOHD ALI
 
Pas edar risalah baru calon  
 
Risalah calon Pas yang baru

YAN - Risalah calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat yang menimbulkan kekecohan beberapa hari lalu kerana mengandungi sekeping gambar 'superimpose' telah digantikan.

Risalah baru yang memuatkan gambar calon bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak diedarkan kepada media selepas siang media harian di markas besar Pas di Sungai Limau, hari ini.

Isnin lalu, Sinar Harian mendedahkan, risalah Pas yang memaparkan gambar kempen calonnya, Mohd Azam Abd Samat bertemu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah yang telah diubah suai menerusi teknik ‘photoshop’.

Bertindak daripada pendedahan itu, Pas Kedah membuat sidang media dan mengakui terlepas pandang mengenai perkara itu dan akan menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada,” kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen PRK Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah.

Muhyiddin umum RM2.25j untuk sekolah Cina Sg Limau

VIDEO l 4:58 minit


Lima hari menjelang hari pengundian, BN mengumumkan bantuan segera sebanyak RM2.35 juta untuk sekolah-sekolah Cina di sekitar kawasan DUN Sungai Limau.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan dalam majlis bersama penduduk Cina Sungai Limau di pusat operasi BN pagi ini.

Bantuan itu terdiri daripada RM200,000 untuk Tabung Pendidikan Cina Sungai Limau, bantuan RM1 juta untuk SRJK (C) Aik Min, RM1 juta untuk SRJK (C) Yuk Meng Sg Limau, serta RM50,000 untuk SRJK (C) Pek Hwa.

Ia diumumkan di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang rata-rata terdiri daripada orang Cina.

Dalam sidang medianya, Muhyiddin turut memaklumkan yang ahli keluarga bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah menerima permohonan maaf beliau yang mengaitkan nama Azizan dengan kenaikan harga gula sebelum ini.

Menurutnya, perkara itu disampaikan anak Azizan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Keluarganya menerima permohonan maaf dari saya dan saya harap isu ini tidak lagi dibangkitkan atau dipolitikkan," katanya.

Rafi'ie Azizan yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara tersebut.

"Saya harap perkara ini tidak lagi dipanjangkan kedua-dua parti yang bertanding," katanya.

1. Muhyiddin minta maaf jika hina keluarga Azizan
2. Keluarga Azizan tuntut Muhyiddin minta maaf
3. TPM kaitkan Azizan pertahan potong subsidi gula
4. BN berhati-hati, tak ungkit salah Azizan

Penjimatan subsidi gula untuk klinik 1M'sia

 

 
 
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pengurangan subsidi gula berjumlah RM442 juta tahun ini akan dibelanjakan untuk bidang kesihatan kepada rakyat.

NONE"Apabila kita menarik subsidi 100 peratus, ke mana duit RM442 juta itu kita belanjakan?

"Misalnya dalam kaedah perbelanjaan kita pada tahun hadapan, kita akan bina 50 klinik 1Malaysia, 30 klinik desa dan (melatih) 6,800 jururawat yang baru.

"Kita kurangkan pemakanan yang membawa kemudaratan dan agih kewangan itu untuk faedah melalui kesihatan yang lebih baik," katanya dalam sesi perbahasan di Parlimen hari ini.

Jumaat lalu, dalam ucapan Bajet 2014, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan subsidi gula 34sen berkuatkuasa Sabtu, bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes yang membimbangkan.

Khairy pertahan gaji besar bos agensi k'jaan

 

 


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempertahankan pembayaran gaji yang tinggi kepada para pegawai agensi kerajaan dengan alasan, langkah itu perlu bagi menarik minat bakat dari kalangan pegawai tinggi.

Khairy dalam tulisan di Twitter berkata, pihak yang berhujah sebaliknya tidak berpandangan jauh.

“Jelas sekali anda tidak bersetuju dengan (usaha) membawa masuk individu penting yang berpengalaman dalam sektor swasta ke dalam perkhidmatan awam,” katanya menjawab tulisan MP Serdang, Ong Kian Ming.

Tambahnya, secara realistik kerajaan perlu membayar untuk mendapatkan bakat yang terbaik.

Malah, ramai di antaranya yang menerima gaji lebih rendah apabila menyertai perkhidmatan awam, katanya lagi.

Beliau memberi contoh bekas CEO Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang kini menjadi menteri di jabatan perdana menteri.

Khairy berkata CEO TalentCorp Johan Merican juga mengambil langkah sama apabila menyertai Jabatan Perbendaharaan sebagai seorang pegawai.

Ong bagaimanapun membangkitkan bahawa Johan tentunya mendapat peningkatan gaji apabila dilantik untuk mengetuai TalentCorp, berbanding pendapatan ketika menjadi pembantu khas kepada seorang menteri.

MP DAP itu semalam mempersoalkan pembentukan agensi kerajaan didakwa berlebihan, dengan bayaran gaji yang besar.

Beliau memberi contoh, CEO Agensi Inovasi Malaysia yang menerima gaji hampir tiga kali ganda berbanding penjawat awam paling kanan – ketua setiausaha negara.

Beliau yang memetik satu jawapan bertulis di Parlimen berkata, CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pula dibayar RM622,000 setahun, termasuk bonus dan elaun.

Mengulas tulisan Khairy, Ong seterusnya berkata agensi berkenaan harus menunjukkan alasan untuk memberi bayaran gaji sebesar itu.

Katanya, individu berkenaan seharusnya hanya mendapat gaji setara dengan penjawat awam lain memandangkan ia adalah khidmat untuk rakyat.

Tambahnya, bayaran gaji yang tinggi kepada pegawai agensi kerajaan juga melibatkan isu penyumberan luar fungsi kerajaan.

Beliau seterusnya memberi contoh skandal firma Amerika Syarikat, Enron Corporation yang melibatkan CEO dan pengerusi syarikat tersebut, Kenneth Lay.

“Lihat bayaran kepada Kenneth Lay dari Enron sebelum ia gulung tikar.

"Pengerusi SYABAS mendapat ganjaran yang bagus, tetapi ia tidak mewakili mutu (perkhidmatan),” katanya yang menambah, syarikat itu masih juga mengharapkan pakej penyelamatan oleh kerajaan.

MP persoal dana misteri RM7bil untuk JPM

 

 

Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong mendakwa, sekurang-kurangnya RM6.08 bilion daripada peruntukan Belanjawan 2014 Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijadikan dana politik dan tidak jelas butirannya.

NONEIni termasuk RM4 juta dana fasilitasi, RM1 bilion untuk program pembangunan dan RM900 juta untuk penyusunan semula masyarakat.

Perbelanjaan lain termasuk projek khas lebih RM200 juta dan projek mesra rakyat (RM665 juta).

Tiada perincian diberikan untuk projek itu bawah peruntukan perbelanjaan persekutuan itu, dedah wakil rakyat DAP itu.



 

PAS Minta Kerajaan Pusat Pertimbang Naik Subsidi Padi

 
Mahfuz

MSTAR ONLINE


YAN: PAS meminta kerajaan pusat mempertimbang cadangan menaikkan subsidi padi daripada RM248.10 satu tan kepada RM372.10 satu tan bagi meringankan beban serta mengukuhkan ekonomi pesawah.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata kenaikan subsidi itu dijangka melibatkan RM200 juta setahun akan dapat memberi kelegaan kepada kira-kira 144,958 keluarga petani seluruh negara dengan keluasan bendang sekitar 300,000 hektar.

"Kali terakhir subsidi padi dinaikkan ialah sekitar tahun 1990...dari RM164.40 setan kepada nilai subsidi terkini.

"Selepas lebih 23 tahun subsidi harga padi masih belum disemak semula. Jadi dicadangkan dinaikkan sebanyak 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Pulau Timbun dekat sini Rabu.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Anggota Dewan Undangan Negeri Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau Mohd Azam Abd Samat.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada 4 Nov ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam dan - BERNAMA

Penempatan Baharu Lembah Bertam Ambil Masa Sehingga Lima Bulan - Palanivel

 
G.Palanivel
 
MSTAR ONLINE


PUTRAJAYA: Proses penempatan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bertam, Ringlet, Cameron Highlands ke kawasan baharu akan mengambil masa kira-kira empat hingga lima bulan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Beliau berkata masalah besar ketika ini ialah untuk mencari tapak yang sesuai bagi membolehkan semua keluarga mangsa banjir lumpur itu ditempatkan di kawasan selamat.

"Kami belum mengenal pasti tapak yang sesuai lagi untuk penempatan baharu. Saya perlu memohon pejabat tanah untuk mencari kawasan baharu dengan segera, mungkin dalam masa beberapa bulan lagi untuk mencari tempat," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Palanivel yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands berkata proses pemindahan mungkin terganggu kerana segelintir penduduk di situ enggan berpindah ke tempat baharu yang lebih selamat.

"Itu satu lagi masalah yang kami hadapi. Kami telah memberikan mereka sebidang tanah yang baharu, jadi mereka boleh berpindah dan selepas itu kami boleh membersihkan sungai itu," katanya.

Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Ringlet pada 23 Okt akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu telah mengorbankan empat nyawa selain memusnahkan 80 kediaman penduduk dan kira-kira 100 kenderaan.

Palanivel berkata walaupun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diperuntukkan RM100,000 untuk membersih dan membaik pulih kawasan bencana, proses itu tidak dapat dijalankan secara lancar kerana terdapat penempatan yang dibina di tepi sungai.

Baru-baru ini Palanivel berkata sebahagian penempatan yang dibina di tepi sungai itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan ia menyukarkan tindakan diambil apabila berlaku bencana.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 pada 25 Okt, mengumumkan peruntukan RM40 juta untuk melebar dan mendalamkan Sungai Bertam sepanjang tiga kilometer. - BERNAMA

Keluarga Pegawai Bank Boleh Buat Laporan Penyebaran Gambar, Video - Shabery

MSTAR ONLINE




YAN: Keluarga Allahyarham Norazita Abu Talib boleh membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar dan video kematian pegawai bank itu di media sosial, jika merasakan perbuatan itu menganiaya mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata berdasarkan laporan itu, polis boleh mengambil tindakan di bawah akta-akta yang berkenaan.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh membantu polis dengan mengesahkan bahawa ia (penyebaran gambar) dibuat oleh si polan, si polan menggunakan alamat IP internet masing-masing.

"Ia (alamat IP) boleh dicari...tidak mustahil untuk (SKMM) dapat maklumkan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, Rabu.

Dalam kejadian pada 23 Oktober lepas, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas wanita itu membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, Selangor.

Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook sehari selepas itu.

Suami Norazita, Irwan Kamarudin, 37, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.

Irwan dilaporkan sebagai berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.

Ahmad Shabery berkata media massa dan individu mesti ada etika masing-masing dalam keadaan sekarang, yang segala-galanya terlalu bebas dan tidak dapat dikawal.

"Kalau dulu boleh arahkan dan ambil tindakan seperti stesen televisyen siar gambar yang tidak sepatutnya disiarkan, kita boleh beri amaran dan ambil tindakan. Sekarang ini orang ramai boleh muat sendiri gambar tersebut. Masing-masing (perlu) ada tanggungjawab," katanya.

Ahmad Shabery berkata beliau difahamkan individu yang menyebarkan gambar tersebut telah memadamkannya, dan beliau berharap tiada lagi pihak yang menyebarkan gambar itu.

"Bayangkan kalau kena keluarga sendiri apa perasan kita. Kita tak mahu perkara yang kita tak suka berlaku pada kita, jadi jangan buat pada orang lain,' katanya. - BERNAMA

Selasa, 29 Oktober 2013

Kerajaan BN abai janji mansuhkan Dasar Kabotaj, kini seksa rakyat dengan GST

lge


KUALA LUMPUR: DAP mengecam tindakan kerajaan yang melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tanpa menyelaraskan harga barangan di Sabah dan Sarawak melalui penghapusan Dasar Kabotaj.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tanpa penyelarasan itu, penduduk di Sabah dan Sarawak tentu akan menerima kesan besar susulan perbezaan berbanding harga di Semenanjung.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pelbagai janji ditabur BN kepada rakyat Sabah antaranya mahu laksanakan ’1Malaysia 1Harga’ iaitu memansuhkan Dasar Kabotaj.

“Dasar Kabotaj ini menyebabkan harga barangan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

“Tapi sehingga kini kita lihat dalam Bajet 2014 baru-baru ini tidak ada sebarang pengumuman untuk memansuhkannya. Sudah lima bulan selepas PRU-13, mengapa dalam Bajet 2014 tidak disebut langsung mengenai janji mereka?,” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan turut menyatakan bahawa kerajaan juga sehingga kini tidak mempunyai sebarang inisiatif untuk menambah royalti minyak kepada Sabah seperti yang dijanjikan.

Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepadanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyatakan bahawa royalti minyak tidak dinaikkan daripada lima kepada 20 peratus seperti dijanjikan pada PRU-13 lalu adalah tidak tepat.

Abdul Wahid berkata, satu daripada manifesto BN adalah meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi serta pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas.

Menurut Abdul Wahid lagi, jumlahnya kini telah melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas di Sabah.

“Jawapan yang saya terima mengenai Indeks Keseluruhan Jangka Hayat Sumber Minyak Malaysia. Minyak dan kondensat ialah 27 tahun, Gas Asli 43 tahun dan jumlah rizab adalah 37 tahun secara purata.

“Sekarang mereka pusing dengan mengatakan asalkan perbelanjaan melebihi 20 peratus royalti minyak, sudah cukup. Tapi ia tidak mengambil kira bayaran cukai dan kewangan yang dibuat kerajaan negeri Sabah selain minyak dan gas iaitu termasuk kelapa sawit, balak, ekspot perikanan dan sebagainya.

“Pada saya ini tidak adil kepada Sabah. Bila kita meraikan ulang tahun ke-50 pembentukan Malaysia kita harus menunaikan janji kepada Sabah dan Sarawak, tapi ia tidak berlaku,” kesalnya.

Pada sidang media sama, Ahli Parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong menyokong pelarasan harga itu dan menempelak pelaksanaan empat peratus cukai GST yang akan menyaksikan kos sara hidup masyarakat di negeri berkenaan.

“GST tidak boleh dikenakan pada April 2015 kerana majoriti rakyat di Sabah berpendapatan 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada Semenanjung.

“Rakyat Sabah mempunyai pendapatan yang rendah dan harga barangan pula mahal daripada Semenanjung, ditambah pula dengan Dasar Kabotaj tidak dimansuhkan. GST bukan menyeksa rakyat, malah mengakibatkan mereka menerima ‘triple injury’,” tegasnya. -Roketkini.com

Berundur langkah bijak Nasarudin, Nik Abduh

MSO


Seperti sepakat pula ketua pemuda Pas Nasarudin Hassan dengan timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengambil keputusan meninggalkan kepimpinan pemuda. Semalam Nasarudin mengumumkan dia tidak akan mempertahankan jawatan itu atas alasan mahu memberi laluan kepada orang muda.


Nasaruddin Hassan
Beliau kini sudah berusia 43 tahun dan memimpin dewan itu sudah dua penggal selepas mengambilnya dari Salahuddin Ayub.

Beberapa hari sebelum ini Nik Abduh telah mengumumkan yang dia tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya. Nik Abduh baru sepenggal menjadi timbalan ketua pemuda. Dia tidak menjelaskan kenapa dia mengambil keputusan. Namun pemerhati politik dapat mengagak kenapa? Mungkin kerana soal prestasi... sebab untuk menduduki jawatan sepenting itu bukan gampang semudah membelek muka surat Quran dan baca atau sesemesik menulis catatan ilusi dalam facebook.

Dari satu sudut tindakan kedua-dua pemimpin pemuda Pas ini boleh dipuji. Mereka berundur sendiri tanpa ada desakan. Ini menunjukkan mereka sedar diri dan insaf. Tindakan mereka berdua itu juga tidak menampakkan mereka gilakan jawatan atau sengaja menanti di jalan bersimpang dihadapan untuk dicabar atau didesak berhenti.

Bagaimana pun ahli parlimen Temerloh dan Pasir Mas itu akan cuba mendapatkan tempat dalam jawatankuasa Pas pusat dengan bertanding merebut jawatan Ajk Pas pusat. Rasa pelek sedikit kenapa mereka meninggalkan pemuda dan ingin memasuki ke saf hirearki tertinggi Pas menerusi Ajk. Tidakkah sebagai penjawat jawatan itu; ketua pemuda, mereka sudah pun berada dalam jawatankuasa Pas Pusat?

Di sini menyebabkan timbul persoalan apakah mereka mengambil keputusan untuk berundur itu kerana mereka sudah dapat merasai bara dibawah punggung sebagai pemimpin sayap kanan parti kini sudah panas dan hangat. Sejak awal lagi terdengar desas desus kedudukan Nasarudin dan juga Nik Abduh akan ditentang. Antara sebabnya kerana sayap kanan Pas itu dilihat tidak mampu bergerak seiringan dengan peredaran masa serta mengolah isu-isu semasa yang menyebabkan dewan itu seakan ketinggalan ke belakang.

Nasarudin dan Nik Abuh membawa pemuda ke zaman koservetif seolah mahu menjadikan pemuda sebagai ustaz dan wali agama. Tindakan ini menyebabkan nampak jelas akan perbezaan pemuda semasa zaman Mahfuz Omar atau Salahuddin Ayub yang aktif dan lantang dalam memperjuangkan isu-isu semasa.

Mungkin menyedari masalah itulah atau kerana tidak mahu terheret dalam satu pertandingan sengit maka mereka membuat keputusan bersama. Apa guna cari penyakit, sebelum sakit elok mengelak diri atau mengambil penawar. Justeru dipercayai keputusan kedua pemimpin Pemuda itu berundur adalah dirancang dan disepakati. Mungkin juga ada agenda tujuan mereka mahu melatari jawatankuasa Pas dengan orang-orang segeolongan dengan mereka.

Kepemimpin pemuda dibawah Nasarudin dan Nik Abduh dilihat lesu dan kurang bermaya serta tidak agresif sebagai sebuah badan siasah. Periode pemuda dibawah mereka tidak begitu galak memperjuangkan isu-isu rakyat melainkan asyik dengan himpunan-himpunan menayangkan wajah ke Islaman dan menunjukkan kononnya pemuda Pas berjiwa Islam. Tidak ada acara-acara besar peringkat nasional yang melibatkan masyarakat umum. Begitu juga tidak ada praktikal melainkan hanya membuang idea dan pandangan menerusi status dalam facebook atau blog. Mereka masih bersikap peribadi dan bukan menyerlahkan status mereka sebagai seorang ketua.

Mereka bukan pelaksana tetapi lebih kepada jurucakap atau jurupetik ayat-ayat Quran dan Hadith dan membaca sirah-sirah Rasulullah. Politik sebegitu bukan politik yang mendatar kepada realiti sebab politik adalah sedia memangsakan diri dengan masyarakat umum. Tidak nampak sepanjang tempoh mereka menjadi pemimpin pemuda mereka mengemukakan gagasan dan pemikiran besar melainkan cuba mempamirkan mereka adalah pemangkin tradisi lama di dalam Pas.

Persoalan kini ialah siapakah yang akan menjadi penggerak pemuda selepas ini. Pemimpin selepas ini penting untuk menjadi pemuda sebagai agen dan penggerak Pas bukan saya dalam soal syaksiah tetapi pemikiran juga. Ketua pemuda Pas juga perlu dipilih sebagai pemuda bakal menggerakkan generasi muda untuk berdepan dengan PRU ke-14.

Pemuda Pas harus lebih dominan dan berketrampilan dalam semua aspek dan cekap menangani isu-isu yang timbul secara konsisten dan berfakta. Pemuda bukan lagi bersifat ustaz yang tahu membaca dan mengajar tetapi sukar berbuat. Pemimpin pemuda yang dikehendaki juga yang tahu erti politik sebenar dalam konteks negara ini.

Ada beberapa di kalangan pemuda yang dicalonkan sebagai ketua pemuda. Antara mereka ialah bekas ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat, ketua pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohmad dan seorang peguam Zulhazmi. Ketiga-tiga belum mengesahkan akan bertanding merebut jawatan ketua pemuda hanya menyatakan kesediaan.

Pemuda Pas boleh mula memikirkan siapakah di antara mereka ini yang layak untuk diangkat menjadi ketua pemuda. Dalam membuat pilihan raya semestinya pemuda Pas melepaskan dari diikat tali retorik mahu menjadikan pemuda Pas penggerak Islam secara global dan lebih sofisikated. Mereka yang hendak dipilih biarlah sudah ada track record atau pun pernah menunjukkan daya kepimpinan yang disenangi umum.

Dalam hubungan ini juga orang itu biarlah dapat berdepan dengan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Maksudnya kalau tidak setanding dari segi pendidikan sekular, tetapi dapat dan sedia membalas pemikiran Khairy. Betul kriteria menjadi ketua pemuda itu tidak seharus diukur dengan Khairy tetapi semua kena terima hakikat yang politik adalah perlawanan kata-kata, idea dan bukannya fizikal.

Apa yang penting semoga pemuda Pas tidak memilih orang yang berada dalam rangka sebelum ini kerana kumpulan itu ternyata sudah gagal atau kurang bermaya dan ini terbukti apabila ketua dan timbalannya telah menarik diri dari terus pemimpin dewan itu kerana mereka menyadari kelemahan dan ketidakmampuan mereka. Kalau diambil benih yang sama maka pokok yang sama juga akan tumbuh.

Kamaruzaman Mohamad yang baru-baru ini dikaitkan dengan konspirasi untuk membuang Yang di Pertua Pas Putrajaya mungkin tidak layak untuk dipilih sebagai ketua pemuda berdasarkan apa yang berlaku di Putrajaya itu. Apabila keputusan yang dibuat bersama berberapa AJK Pas Putrajaya merihatkan Yang diPertua kemudian di dapati tidak sah kerana bercanggah dengan perlembagaan menjelaskan Kamaruzaman seorang yang gopoh

Ribut St Jude: 1,684 pelajar tajaan Mara di UK selamat, kata Shafie Apdal

THE MALAYSIAN INSIDER

Ribut St Jude melanda sekitar Selatan London dan semakin reda sejak semalam.Ribut St Jude melanda sekitar Selatan London dan semakin reda sejak semalam.























Kesemua 1,684 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di United Kingdom (UK) berada dalam keadaan selamat berikutan ribut St Jude yang melanda beberapa buah negara Eropah baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata institusi pengajian yang melibatkan pelajar tajaan Mara berada di luar kawasan bencana.

"Tiada berita buruk melibatkan mereka setakat ini.

"Ribut berkenaan hanya melanda di sekitar Selatan London dan semakin reda sejak semalam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian dan Mara sentiasa mengawasi keadaan dan berusaha memastikan kesemua pelajar berada dalam keadaan selamat.

Selain UK, terdapat 127 pelajar tajaan Mara di Jerman dan 151 orang di Perancis.

Ribut St Jude, yang dikatakan paling buruk dalam tempoh sedekad ini, dilaporkan bertiup pada kelajuan sehingga 160km sejam.

Ribut itu melanda England dan Wales pada Isnin.

Menurut laporan media ribut itu turut melanda Jerman, Belanda dan Perancis. - Bernama