HALAMAN SANTAI
Isnin, 28 Oktober 2013
Razali sangkal dakwaan usaha transformasi Umno gagal
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Razali Ibrahim (gambar) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa usaha mentransformasi Umno pada pemilihan 19 Oktober lepas gagal apabila hanya empat “orang muda” terpilih menganggotai MT.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bilangan kecil golongan muda dalam MT bukan ukuran kegagalan usaha pembaruan yang sedang dilakukan Umno malah menunjukkan kesediaan anggota untuk berubah.
Ketua Umno bahagian Muar itu juga berkata transformasi dalam Umno tidak hanya bergantung kepada penyertaan wakil muda malah kesediaan barisan sedia ada menerima perubahan.
Razali berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 586 nelayan dalam kawasan Parlimen Muar di Parit Jawa hari ini.
Beliau percaya golongan muda akan mendapat lebih banyak tempat pada pemilihan akan datang kerana perubahan secara drastik dalam Umno tidak akan berlaku secara tiba-tiba sebaliknya memakan masa.
Selain Razali, tiga calon muda yang terpilih menganggotai barisan MT ialah Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Sohaimi Shahadan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan