Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata Timbalan Menteri Pendidikan II sepatutnya membangkitkan isu sembelihan korban di sekolah kepada para raja-raja Melayu sekiranya bertegas untuk tidak membenarkan ibadah tersebut dijalankan di sekolah.
Ibrahim berkata amalan tersebut merupakan sebahagian dari budaya Islam-Melayu dan terletak bawah bidang kuasa Majlis Raja-raja.
Katanya, beliau berharap agar pemimpin MIC tidak mudah terpengaruh dengan sentimen dan membiarkan isu tersebut berterusnya sehingga menjejaskan keharmonian.
“Paling baik jika Kamalantahan membangkitkan perkara ini kepada Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong yang juga ketua agama,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur petang ini.
Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan pada minggu lalu menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menjalankan ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Bagaimanapun, larangan itu bagaimanapun tidak dinyatakan dalam pekeliling tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah "dari semasa ke semasa".
"Tak (ada pekeliling). Kita akan menasihati dari masa ke semasa. Tak perlu ada perkara itu," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.
Jelasnya, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan menasihati sekolah untuk bekerjasama dengan surau berhampiran apabila pihak sekolah memaklumkan mengenai aktiviti tersebut.
"Sebenarnya benda itu (sembelihan korban) tidak boleh. (Perkara) itu dah kementerian siasat. Biasanya tidak boleh, tetapi masalah yang berlaku apabila PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) tidak dimaklumkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan