HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Oktober 2013

Fakta menteri salah, biasiswa banyak diberi kepada Bumiputera, kata Teresa Kok

OLEH DIYANA IBRAHIM


DAP hari ini mempertikaikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang menyatakan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberikan kepada pelajar melanjutkan pelajaran di luar negara adalah berdasarkan merit dan bukan kepada kaum tertentu.

Menurut Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (gambar), kenyataan yang diberikan Shahidan di Parlimen semalam adalah tidak tepat.

"Hakikatnya tidak semua biasiswa yang diberi berdasarkan merit semata-mata dan ia bercanggah dengan fakta Datuk Seri Nazri Aziz pada 2010, ketika beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


 Menurut Kok, pada 2010 sebanyak 1,500 biasiswa diberikan kepada pelajar Malaysia bagi peringkat ijazah yang diperuntukkan di bawah empat kategori.














"Nazri berkata pada 2010 bagi permulaan pertama, 300 biasiswa diberikan berdasarkan merit. Bumiputera mendapat 20% dan bukan Bumiputera mendapat 80%. Sementara bagi kategori komposisi kaum, daripada 900 biasiswa, 557 pemegang biasiswa adalah Bumiputera.

"Kemudian pada Mei 2011, kerajaan menambah jumlah sebanyak 1,500 biasiswa. 20% daripadanya diperuntukkan di bawah kategori merit dan daripada 900 biasiswa, 60% adalah di bawah komposisi kaum iaitu masing-masing 10% bagi pelajar Sabah dan Sarawak serta pelajar kurang bernasib baik," katanya.

Menurut Kok, angka itu membuktikan Shahidan tidak dimaklumkan dengan selengkapnya fakta yang betul mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Beliau kena betulkan semua kekeliruaan ini selain jelaskan punca berlaku penurunan pemberian biasiswa sejak 2009," katanya.

Penurunan sebanyak 300 biasiswa pada 2012 amat mengejutkan.

"Adakah kekurangan kos punca penurunan pemberian biasiswa? Sekiranya ini alasan, maka sama sekali tidak wajar memandangkan Perdana Menteri sendiri gagal mengawal perbelanjaan jabatan sendiri.

"Beliau memperuntukkan RM16.45 bilion bagi anggaran Bajet 2014 yang menjadikan jabatan itu mempunyai perbelanjaan keempat tertinggi di belakang pendidikan, kewangan dan kesihatan," katanya.

4 ulasan:

Siti Annur Muizzah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Kita kena sedar, jika tidak diberi langsung lagi ramai yang akan pertikaikan. Bila diberi kita bising and bila tidak diberi pun bising. So mane satu yang rakyat nak?

futurecountsbro berkata...

Kerajaan memberi penajaan bukan sekadar suka-suka, kita terima seadanya. Bagi yang tidak dapat mungkin tiada rezeki, banyak cabang lain yang kita boleh cari dari kita sibuk pertikai ape kerajaan beri.

Unknown berkata...

Bila kerajaan da bagi penajaan, pelajar pulak tak berminat nak mengikuti program tersebut, so siapa pulak yang rugi??