BULETIN ONLINE
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong berkata mahkamah juga memutuskan tarikh perbicaraan akan datang adalah pada 2 Disember depan.
“Perbicaraan di tangguhkan kepada Isnin 2 Disember 2013, sementara menunggu ‘affidavit’ balas dari pejabat tanah Kuala Terengganu,
“dan notis 425 yang dikeluarkan oleh pejabat tanah digantung sehinggalah keputusan prbicaraan akan datang,”ujarnya ketika ditemui.
Turut hadir memberikan sokongan moral di mahkamah adalah pimpinan PAS peringkat Kawasan Kuala Nerus dan DUN Teluk Pasu.
Hadir sama adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim dan ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.
Menurut Haji Salleh, notis melalui akta 425 Kanun Tanah Negara hanya boleh dikeluarkan jika tanah itu hak milik kerajaan sepenuhnya sejak dari dahulu lagi.
Katanya, tindakan pihak Pejabat Tanah Kuala Terengganu menghantar notis tersebut pada 8 Oktober lalu adalah satu kesilapan.
Oleh itu, beliau bertindak mengemukakan kes tersebut kepada mahkamah pada Khamis 17 Oktober dan perbicaraan pertama diputuskan pada 23 Oktober lalu.
“Akta 425 Kanun Tanah Negara hanya boleh dikeluarkan jika tanah itu hak milik kerajaan sepenuhnya dari dahulu lagi, sedangkan tanah kami ini ada tanah hak milik kekal dan ada geran,
“macamana pula tanah kami boleh jadi hak milik kerajaan sedangkan kami telah menolak dan bantah segala apa yang terkandung dalam borang ‘H’ melalui borang ‘N’,”jelasnya.
Katanya, beliau bersama penduduk Kampung Banggol Donas juga sedang mengkaji dan bercadang untuk memfailkan satu saman terhadap Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu Wan Hariff Rafany bin Wan Muda, yang bertanggungjawab membawa pasukan polis ketika menyerahkan notis 425 tersebut.
Beliau berkata, Wan Hariff juga sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian, telah berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan bohong dan menuduh penduduk kampong mengancam keselamatan penjawat awam.
Wan Hariff Rafany Wan Muda sebagaimana dilaporkan Sinar Harian 12 Oktober mengakui, pihaknya membawa polis dan agensi lain semasa menghantar notis itu.
Beliau berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan atas faktor keselamatan ekoran pegawainya pernah menerima ancaman ketika menghantar notis pindah sebelum ini.
“Kami (pejabat tanah) sudah dua hingga tiga kali datang untuk menampal notis pindah, tetapi tugas kami dihalang sehingga berlakunya ugutan.
“Setelah berbincang dan mengambil kira semua kategori termasuk faktor keselamatan, kami bersetuju untuk datang semula ke rumah pengadu dengan membawa bersama pihak berkuasa dengan tujuan menghantar notis pindah,” katanya.
Seorang lagi pemilik tanah yang terlibat , Halim bin Mohd, mendakwa kenyataan Wan Hariff sebagai ‘sangat-sangat bohong’ dan menafikan pihaknya pernah mendapat sebarang notis pindah sebelum ini.
“sangat-sangat bohong, sebenarnya tak ada, tak pernah pegawai datang serah notis, yang ada datang (pegawai pejabat tanah) hanya menawarkan wang pampasan, itu sahaja,”jelas Halim.
Beliau menegaskan pihak Pejabat Tanah tidak pernah datang menyerahkan apa-apa notis sekali pun dan bagaimana Wan Hariff boleh mendakwa, penduduk kampong mengancam keselamatan.
Berita terkait:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan