HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Oktober 2013

Harga barang di Sabah, S’wak akan selaras dengan Semenanjung

 
Peruntukan RM140 juta bagi subsidi pengangkutan darat luar bandar bagi penduduk Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2013.




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Jaem melihat peruntukan RM140 juta bagi subsidi pengangkutan darat luar bandar bagi penduduk Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2013 akan menyebabkan nilai harga barang murah selaras dengan harga di Semenanjung.

Katanya, ini satu perkembangan positif memandangkan harga barang di Sabah dan Sarawak sebelum ini berbeza begitu ketara dengan Semenanjung apabila kemudahan jaringan antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dipertingkatkan.

“Sebagai wakil rakyat Sarawak saya amat berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan bagi memastikan harga barang keperluan asas di Sabah dan Sarawak termasuk Labuan adalah sama dengan harga yang berada di Semenanjung.

“Ini sesuatu yang amat diperlukan bagi rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen malam tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 petang semalam  
mengumumkan peruntukan RM980 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf 437km jaringan jalan luar bandar di seluruh negara serta RM500 juta bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Selain itu, RM75 juta peruntukan untuk membekal tangki air di Sarawak bagi program bekalan air bersih dan terawat.

Bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah, sebanayk RM265 juta diperuntukkan bagi mengukuhkan sistem penjanaan dan penghantaran seperti menaik taraf Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, pembinaan talian penghantaan elektrik Kimanis dan pembinaan suis utama di Sandakan.

`Bumiputera Sabah dan Sarawak’

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap golongan bumiputera Sabah dan Sarawak yang menhadapi kesukaran dalam proses pemilikan tanah adat.

“Sehubungan itu kerajaan akan meperuntukkan RM50 juta bagi kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak pemilikan tanah adat,” umum Najib.

Lapangan terbang termasuk di Kota Kinabalu, Sandakan serta Miri, Sibu dan Mukah turut dinaik taraf dengan peruntukan RM312juta, serta RM66 juta pembelian peralatan dan membina blok tambahan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Sementara itu, beliau turut menolak tanggapan kadar gaji minimum juga perlu dinaikkan memandangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Katanya, pelaksanaan GST tidak akan menjejaskan pendapatan rakyat memandangkan pelaksanaan gaji minima RM900 bagi Semenanjung dan RM800 bagi Sabah Sarawak baru bermula awal tahun ini.

“Saya masih tak nampak GST setakat ini akan memberi impak kepada pendapatan rakyat,” katanya yang juga Menteri Sumber Manusia.

Tiada ulasan: