Mohd Aizan Mohd Nor
ULASAN Bajet 2014 yang amat dinanti-nantikan itu sudah pun dibentangkan.
Ramai menggelar belanjawan kali ini sebagai ‘Bajet GST' dan ‘Bajet Gula', merujuk kepada cadangan perlaksanaan sistem GST bermula pada tahun 2015 dan pemansuhan subsidi gula mulai Sabtu lepas.
Dari sudut ini, Bajet 2014 jelas belanjawan yang berani kerana cuba untuk tidak populis.
Mungkin ini cerminan ‘keyakinan' perdana menteri dengan mandat baru beliau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, khususnya daripada Malaysia Timur.

Sekilas pandang, Bajet 2014 tampak lebih mesra Sarawak dan Sabah.
Berikut projek-projek utama yang dikhususkan untuk Malaysia Timur dalam pembentangan Bajet 2014 yang lepas:

- RM850 juta untuk kabel dasar laut bagi peningkatan capaian Internet di Sarawak dan Sabah.
- RM500 juta untuk Lebuh Raya Pan-Borneo
- RM331 juta untuk penyeragaman harga barangan di Sarawak dan Sabah.
- RM312 juta untuk menaik taraf beberapa lapangan terbang termasuk di Sarawak dan Sabah.
- RM130 juta untuk subsidi pengangkutan udara luar bandar di Sarawak dan Sabah.
- RM75 juta untuk bantuan tangki air di Sarawak.
- RM50 juta untuk kerja pengukuran dan pengesahan tanah adat bumiputera Sarawak dan Sabah.
- RM30 juta untuk 60 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia di Sarawak dan Sabah.
- Dua buah RTC untuk Sarawak dan Sabah.
- Sebuah UTC di Sarawak
Secara keseluruhan, projek-projek di atas berjumlah sekurang-kurangnya
RM 2.3 bilion. Jelas ia peruntukan yang lebih besar berbanding
tahun-tahun sebelum ini.
Tentunya rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama bersyukur kepada Allah atas peruntukan sebesar ini.
Namun adakah cadangan-cadangan perdana menteri ini menepati keperluan sebenar rakyat di sana?

Sebagai contoh, peruntukan RM850 juta untuk kabel dasar laut walaupun
baik tetapi saya kira agak besar dan tidak menepati keperluan sebenar
rakyat Sarawak, khususnya di luar bandar.
55% capaian Internet, 57% air
Berdasarkan maklumat terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), capaian Internet di Sarawak sudah pun mencapai tahap 55 peratus - melepasi sasaran 50 peratus kerajaan.
Ini sebenarnya jauh lebih baik berbanding Kedah, Kelantan dan Perak, walhal capaian bekalan air paip terawat di luar bandar Sarawak hanyalah 57.4 peratus.
Dalam masa yang sama, Sarawak negeri ketiga tertinggi insiden kemiskinannya, berdasar Laporan Penyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012.

Peruntukan RM500 juta untuk membaiki Lebuhraya Pan-Borneo pula
sebenarnya terlalu rendah berbanding keperluan untuk menaiktaraf jalan
raya tulang belakang sistem pengangkutan darat Borneo kepada
‘dual-carriage way'.
Ia dianggarkan berjumlah RM22.0 bilion, berdasarkan Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya 2010.
Berdasarkan ulasan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Datuk Seri Michael Manyin, sebahagian besar daripada peruntukan ini hanya akan digunakan untuk pembinaan 95 buah laluan memotong sepanjang lebuh raya sejauh 2,239km ini.
Jelas, komitmen kerajaan pusat untuk menyediakan lebuh raya yang baik dan selesa untuk rakyat Sarawak dan Sabah setanding dengan yang dinikmati oleh rakan-rakan di Malaysia Barat masih diragui.

Masalah dasar kabotaj
Selain itu, strategi pemberian subsidi bagi menyeragamkan harga barangan pengguna di Sarawak dan Sabah berjumlah RM 331 juta pula dilihat tidak lestari secara ekonominya.
Ini kerana pendekatan yang jauh lebih efektif melalui semakan semula dasar kabotaj sedia-ada yang menghalang pemunggahan dan pengangkutan barangan secara langsung ke pelabuhan-pelabuhan di Sarawak dan Sabah.
Dasar kabotaj ini diakui oleh ramai penganalis sebagai punca utama perbezaan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, di samping ketidakcekapan sistem pengangkutan darat yang berpunca oleh keadaan Lebuh Raya Pan-Borneo yang kurang memuaskan tadi.
Dengan dasar yang lebih tepat, RM331 juta ini mungkin lebih strategik digunakan untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan anak-anak bumiputera Sarawak.
Ia khususnya di luar bandar yang mengikut banyak kajian tokoh pendidik di Sarawak menghadapi masalah pencapaian akademik dan disiplin yang serius.
Reformasi tanah adat

Isu tanah adat bumiputera atau NCR di Sarawak isu besar yang menunjangi
perasaan tidak puas hati sebahagian besar rakyat Sarawak, khususnya
Dayak, terhadap kerajaan negeri.
Isu dasarnya bukanlah semata-mata tentang mempercepatkan pengukuran dan pengesahan status tanah NCR, tetapi jauh lebih penting ialah pengiktirafan kerajaan negeri terhadap hak bumiputera ke atas tanah adat turun-temurun mengikut hukum adat mereka sendiri.
Mempercepatkan proses pengesahan tanah NCR atau ‘perimeter survey' ini pada asasnya mempercepatkan proses pengambilalihan tanah itu oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan, tanpa perlu mengiktiraf status ‘pulau galau' (hutan simpanan komunal) dan ‘pemakai menoa' (domain wilayah rumah panjang) tanah-tanah rakyat ini sebagai tanah NCR.
Isu definisi tanah adat ini sebenarnya sudah pun diakui oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Nor Nyawai pada tahun 2001.
Kes itu menjelaskan bahawa tanah NCR bukanlah hanya ‘temuda' (kawasan terdekat dengan rumah panjang yang juga digunakan untuk bercucuk-tanam dan lain-lain) sepertimana yang difahami oleh kerajaan negeri.
Tanah NCR tetapi juga termasuk ‘pulau galau' dan ‘pemakai menoa'.
Ini adalah isu penghakisan hak rakyat bumiputera Sarawak oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya ke atas tanah-tanah adat mereka.
Sebenarnya bukanlah RM50 juta ini yang diperlukan, tetapi yang rakyat mahukan ialah reformasi undang-undang berkaitan tanah adat secara komprehesif.
Ini agar tanah NCR mereka tidak terus dirampas oleh pihak-pihak berkepentingan.

Ya, benar rakyat Sarawak juga akan menerima manfaat daripada inisiatif
BR1M, i-BR1M dan peruntukan-peruntukan untuk sistem kesihatan,
pendidikan dan pembangunan luar bandar yang lain.
Namun demikian, persoalannya setakat manakah peruntukan-peruntukan besar untuk Sarawak ini benar-benar menepati keperluan rakyat Sarawak itu sendiri?
Atau adakah ia akan direbut dan dinikmati oleh kelompok elit tertentu di negeri ini sahaja?
Berbelanja besar biarlah kena pada tempatnya dan beramanah sentiasa.
Moga-moga igauan ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak berulang lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan