HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Oktober 2013

‘Makmal Tranformasi’ cuma GIMIK politik Mukhriz

MALAYSIA CHRONICLE


Kerajaan BN Kedah hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji dalam Makmal Tranformasi sebelum diputuskan baik untuk dilaksanakan.

“Nampaknya sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji dan mengkaji sedangkan tiada output bermanfaat yang boleh dari makmal tersebut setakat ini.

“Persoalan yang lebih asas daripada itu ialah benarkah wujud apa yang dikatakan ‘Makmal Tranformasi’ ini? Siapa panel penyelidiknya?” soal Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dalam sidang media yang diadakan di Markas Induk PAS, PRK Sungai Limau, dekat sini.

Dalam beberapa kes, ujarnya kerajaan BN negeri telah menangguhkan beberapa projek kononnya kerana mahu melakukan kajian tetapi nampaknya projek-projek tersebut seolah-olah dipetisejukkan atau mungkin dibatalkan terus.

Contohnya Ladang Agroteknologi di Charok Genting Bunga, Ladang Rakyat Gunong Inas, Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dan sebagainya.

Secara khususnya pada sidang media tersebut, Amiruddin turut memfokuskan dua lagi projek yang gagal diteruskan kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Antaranya, kegagalan meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

“Kerajaan negeri juga gagal meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian yang diperkenalkan kerajaan lalu.

“Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima. Kalau kerajaan terdahulu mampu, mengapa kerajaan BN tak mampu?” ujarnya.Harakahdaily

Tiada ulasan: