HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Oktober 2013

GST: ternyata kewangan negara kritikal

DETIK DAILY
 
 
JERAI: Ternyata kedudukan kewangan negara sangat kritikal yang menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memperkenalkan  Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015.

Menurut Ajk PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad kerajaan tidak mempunyai komitmen yang lain untuk menurunkan hutang kerajaan pusat melainkan dengan mengaut wang daripada rakyat melalui GST.

Melalui inilah, katanya kerajaan terpaksa perkenalkan GST walaupun sangat dibenci rakyat kerana GST boleh mendatangkan lumayan kepada kerajaan.

"Jika dulu kita dikenakan SST iaitu cukai yang diambil oleh pengimport sahaja tetapi dengan GST ini kerajaan mengaut duit berperingkat-peringkat daripada pengimport, pembekal sehinggalah kepada pengguna iaitu rakyat. Dengan GST sebanyak enam peratus, pasti akan berlaku inflasi," katanya ketika ditemui di Markaz Induk PRK Sungai Limau.

Beliau turut mempersoalkan apa prinsip kerajaan dengan menurunkan cukai korporat dan cukai individu sedangkan cukai dari orang miskin dikaut melalui GST.

"Cukai orang kaya dikurangkan, tetapi ambil cukai dari orang kampung. Ini prinsip salah. Agihan kekayaan diambil dari orang miskin dan mengurangkan dari orang kaya. Salah disisi agama Islam,"katanya.

Hutang kerajaan pusat kini di paras 54.8 peratus daripada KDNK malangnya kerajaan hanya tinggal 0.2 peratus KDNK memandangkan Akta Pinjaman 1959 mengizinkan hutang kerajaan persekutuan tidak boleh melebihi paras 55 peratus KDNK.

Tiada ulasan: