Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas bahawa Perintah
Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN), yang antara lainnya menggariskan
tindakan apabila berdepan dengan penjenayah, tidak akan didedahkan
kepada umum.
Ahmad Zahid berkata pasukan polis tidak bersetuju dengan cadangan untuk mendedahkan keseluruhan maklumat tersebut, seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.
Bagaimanapun, PDRM akan tetap mendedahkan perintah tetap yang berkait langsung dengan orang awam, katanya lagi dalam satu jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Kluang).
Oleh yang demikian perintah tetap tersebut tidak akan djadikan perundangan kecil bawah Akta Polis 1967, kata Ahmad Zahid yang menambah, perintah berkenaan hanya boleh diakses oleh pasukan polis melalui sistem dalaman dipanggil “e-SIAR”.
“Ianya adalah untuk kegunaan anggota PDRM sahaja. PDRM akan mendedahkan PTKPN yang ada hubung kait langsung dengan orang awam.
"PTKPN dan semua arahan lain kini boleh diakses oleh semua pegawai polis melalui sistem dalaman yang telah dibangunkan menggunakan intranet (Sistem e-SIAR)," katanya.
Selain itu, PDRM juga tidak dapat melaksanakan tujuh lagi cadangan suruhanjaya tersebut, yang menurutnya menyentuh aspek kerahsiaan dan keselamatan negara.
Cadangan yang tidak dilaksanakan itu juga melibatkan kos dan peruntukan kewangan yang terlalu tinggi dan melibatkan pertindihan akta dan peranturan yang sedia ada, kata Ahmad Zahid.
Baki sebanyak 90 cadangan telah dilaksanakan manakala 26 cadangan lagi sedang dilaksana, manakala satu cadangan lagi sedang dipertimbangkan, katanya.
Cadangan kepada PDRM itu dikemukakan suruhanjaya tersebut pada tahun 2005.
Liew ketika mengulas jawapan tersebut berkata, PDRM memberi alasan tidak munasabah kerana mengaitkan kemahiran rahsia (tradecraft) pasukan tersebut sebagai alasan untuk tidak mendedahkan perintah tetap tersebut.
"Seperti apa yang disyorkan oleh laporan suruhanjaya, PDRM sepatutnya meletakkan diri sendiri sebagai 'perkhidmatan polis' dan bukannya 'pasukan polis'.
"PDRM mesti lebih responsif terhadap pandangan rakyat, bukan lagi beraksi sebagai satu pertubuhan para-military," katanya.
Beliau turut menyarankan agar menteri berkenaan mengemukakan kertas putih kepada parlimen berhubung 125 cadangan suruhanjaya tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan