HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Oktober 2013

Kempen politik harmoni dicemari SMS fitnah

Salmiyah Harun|Foto Wan Zahari,
 

JERAI: Kempen politik harmoni yang dicapai oleh PAS dan BN di Sungai Limau nampaknya mula dicemari pihak tidak bertangggungjawab dengan memfitnah Pengarah PRK PAS N20 Sungai Limau Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz,tengah malam tadi sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur fitnah yang menggunakan nombor telefon bimbitnya telah tersebar meluas termasuk di laman sosial.

SMS yang tertera "Calun BN Sg Limau tu Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tg Malim. Ramai orang tak kenal beliau di DUN Sg limau. Fikirlah".

Jelas Mahfuz, beliau bukan ahli politik yang bodoh untuk mencalarkan imejnya sendiri.

Beliau berkata demikian setelah ditanya banyak pihak berhubung satu SMS yang  memburuk-burukan calon BN Dr Ahmad Suhaimi Lazim.

Mahfuz berkata, sms itu telah di 'print screen' dan sudah tersebar di laman 'Facebook' membuatkan beliau dihujani panggilan telefon bagi mengesahkan perkara itu.

"Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat perkara-perkara yang menjatuhkan imej saya sendiri," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau.

Mahfuz percaya perbuatan keji terbabit adalah semata-mata mahu menimbulkan provokasi dan kemarahan rakyat khususnya pengundi di Sungai Limau.

Bahkan beliau tidak menolak selepas ini calon PAS Azam Abd Samat bakal menerima fitnah yang sama.

Bagaimanapun buat masa ini beliau akan mendapat khidmat nasihat daripada peguamnya untuk tindakan selanjutnya berhubung sms fitnah itu.

Tiada ulasan: