HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Oktober 2013

PAS: Paras empangan tak naik tiba-tiba



MALAYSIA KINI


 

Empangan di Ringlet, Cameron Highlands memerlukan mekanisme pembuangan air yang lebih sistematik, terutamanya pada waktu hujan lebat, kata PAS Pahang.

Ini kerana, kata pesuruhjayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, empangan air tidak mungkin naik secara tiba-tiba ke paras maksimum.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sepatutnya apabila ia melepasi takat 80 peratus, para penguatkuasa sudah menggerakkan kerja untuk memaklumkan para penghuni untuk berwaspada sekiranya siren empangan berbunyi," katanya yang juga ketua penerangan pusat PAS.

"Siren yang berbunyi sejam sebelum air dilepaskan tidak memberi apa-apa makna sekiranya tiada yang faham mengenai maksud siren tersebut. 
Maklumlah dalam sedekad, berapa kali saja siren itu dibunyikan."

Dalam tragedi itu, tiga terkorban dan seorang masih hilang selepas pintu empangan hidroelektrik itu dibuka secara manual selepas paras air mencecah tahap maksimum.

Banjir besar melanda kawasan itu sehingga merosakkan kira-kira 80 rumah dan sekolah serta 100 kenderaan - ada yang dihanyutkan sehingga satu kilometer.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau bagaimanapun tidak menafikan tindakan itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan empangan pecah dan membawa malapetaka lebih besar.

Katanya, terdapat juga risiko akibat pembinaan rumah dan kawasan perladangan tepi sungai serta penebangan pokok di tanah tinggi mendedahkan pelbagai kemungkinan apabila hujan lebat.

Malah, tambahnya lagi, lujnah alam sekitar juga sebelum ini telah beberapa kali memberi amaran mengenai risiko yang sedang menanti akibat pembangunan kawasan tersebut.

Tiada ulasan: