HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Oktober 2013

PAS bidas Muhyiddin, pakar ekonomi jadi tulang belakang

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK





















PAS menolak pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa parti Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) itu perlu mendapatkan khidmat pakar ekonomi bagi memberi pemahaman mengenai kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) supaya tidak terus mengeluarkan kenyataan salah mengenainya

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata PAS tidak memerlukan khidmat pakar ekonomi kerana mereka sudah mempunyai penasihat dan pakar dalam bidang GST, percukaian dan ekonomi.

“Kami tahu dan faham apa yang patut dilakukan. PAS juga tahu apa yang diselindungkan kerajaan di sebalik GST kerana kerajaan mahu menambah pendapatan negara ekoran daripada ketirisan yang semakin besar.



 “Pelaksanaan GST juga dilakukan demi kepentingan pihak kerajaan sendiri. Kerajaan dilihat tidak memberi komitmen yang tinggi untuk mengatasi ketirisan.


“Bayangkan dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekarang pendapatan negara kira-kira RM12 bilion maka dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara akan meningkat kepada RM23 bilion,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Mahfuz berkata melalui SST yang dijalankan kerajaan sekarang, rakyat sudah diperlihatkan ketirisan yang dilakukan kerajaan begitu besar.

Katanya, rakyat boleh membayangkan lebih banyak pendapatan negara maka lebih besar ketirisan yang dilakukan kerajaan.

“Bagi mencapai pendapatan negara ke arah RM23 bilion, kerajaan tidak memerlukan GST kerana jika kecekapan urus tadbir dapat ditingkatkan, maka kerajaan dapat mengelak ketirisan puluhan bilion ringgit yang berlaku dalam negara,” katanya.

Muhyiddin semasa menghadiri majlis Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) semalam berkata, PAS perlu memahami bahawa pelaksanaan GST adalah untuk mengukuhkan ekonomi, selain mengekalkan keyakinan masyarakat antarabangsa untuk terus melabur di Malaysia.

Katanya, rakyat tidak akan termakan dakyah negatif yang dibawa pembangkang mengenai GST sambil menggesa ahli politik pembangkang untuk memahami bahawa akan sampai waktunya GST akan tetap dilaksanakan.

Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Dr Ong Kian Ming dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memberi pemahaman yang salah kepada rakyat dengan menegaskan harga barangan dan cukai yang dibayar akan berkurangan selepas pengenalan GST tetapi hakikatnya SST lebih rendah dikenakan kepada pengguna.

Katanya, kerajaan sering membayangkan GST menggantikan dua cukai SST tetapi apa yang tidak dihebahkan kepada rakyat adalah pada masa ini banyak barangan telah pun dikecualikan cukai jualan

Tiada ulasan: