HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Oktober 2013

Haji Baharom, Ayah Jamil Khir Memang Orang PAS – Mat Sabu

BULETIN ONLINE
 
 ziarah ayah jamil khir


KUALA NERUS – Menjadi tanggungjawab Ustaz Mohd Azam Abd. Samat Calon PAS bagi Piliharaya Kecil (PRK) N.20 DUN Sungai Limau menziarahi Haji Baharom, kerana beliau adalah seorang ahli PAS.

Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu berkata ziarah Ustaz Azam menjalankan tugasnya untuk meminta pengundi DUN Sungai Limau khususnya ahli dan penyokong PAS untuk mengundi calon PAS
 
MAT SABU1

“Haji Baharom bapa Jamil Khir memang adalah ahli PAS dan saya sendiri pernah makan dan minum di rumah beliau, dan kita tak dengar khabar beliau tinggalkan PAS,

“sekarang beliau uzur dan calon kita telah ziarah rumah Haji Baharom ini ziarah rumah ahli PAS dan pengundi dikawasan tersebut,

“kita tidak memperalatkan (beliau) sebab kita menjalankan tugas, kita minta ahli dan penyokong PAS menyokong calon PAS, bahkan kita minta ahli Umno untuk menyokong calon PAS,”jelasnya

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan taklimat isu semasa di sini hari ini berkata ia tidak menjadi kesalahan kepada calon PAS dan tegasnya, Ustaz Azam boleh bertemu dengan sesiapa sahaja yang menjadi pengundi dalam kawasan pilihanraya tersebut.

Mohamad juga yakin peluang PAS untuk menang dan mengekalkan kerusi DUN Sungai adalah cerah kerana kawasan tersebut memang kubu kuat PAS sejak dari dahulu

Tiada ulasan: