KEADILAN DAILY
betulkan ketirisan puluhan bilion
wang rakyat. Itu adalah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana
Menteri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, tegas Anwar, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan
bebanan rakyat.
“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran,
ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan
dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan.
“Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah
ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan
menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin,” kata Anwar selepas
pembentangan bajet oleh Datuk Seri Najib Razak di parlimen.
Keduanya tambah Anwar, kerajaan menaikkan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali.
Mengulas sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pelaksanaan
GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan
terpaksa membayar cukai.
“Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di
Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang
semua kena bayar cukai,” katanya.
Tambahnya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang
berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai
selama ini terpaksa membayarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan