HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 Julai 2010

2,000 PENGANGGUR REBUT 800 JAWATAN KOSONG


SESAK….Kelihatan orang ramai berpusu-pusu mendaftar nama masing-masing di beberapa kaunter. Gambar sisipan, Fajeer.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

PROGRAM Pemadanan Pekerjaan anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah Kementerian Sumbar Manusia yang diadakan sehari di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat.

Sebanyak 17 syarikat daripada sektor perladangan dan lain-lainnya telah membuka kaunter masing-masing untuk membolehkan orang ramai mendaftar diri bagi mendapatkan pekerjaan.

Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hj ABM Fajeer telah menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.

Dalam ucapannya, antara lain beliau menjelaskan bahawa tujuan jabatan berkenaan mengadakan program tersebut yang menjemput seramai 17 syarikat daripada pelbagai sektor bertujuan untuk mengelak penipuan oleh agensi-agensi atau individu tertentu yang menawarkan pekerjaan di luar negara yang bergaji lumayan.

Selain itu kata Fajeer, program ini juga memberi ruang dan peluang kepada para penganggur terutamanya lepasan sekolah yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan untuk mengisi 800 kekosongan pelbagai jawatan yang diperlukan yang melibatkan 17 syarikat tersebut.

Program yang bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir hingga jam 5.00 petang telah dibanjiri lebih 2,000 orang yang datangnya dari pelbagai tempat mendaftar diri masing-masing di beberapa kaunter yang telah disediakan itu.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

program seperti ini patut diteruskan di semua daerah di Sabah bagi menggalakkan belia2 Sabah berkerja di negeri sendiri. saya yakin ramai yang tidak mengetahui peluang2 pekerjaan di Sabah sehingga memaksa mereka mempertaruhkan nasib di SM.

Tanpa Nama berkata...

program seumpama harus diteruskan dan patut dijadikan sebagai program tahunan agensi berkenaan...dengan ini, pengangguran dapat dikurangkan...

Tanpa Nama berkata...

selain itu, diharap pada masa akan datang akan lebih banyak agensi serta syarikat yang menyertai program seumpama...bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran malah turut menyumbang kepada pengurangan kadar kemiskinan serta peningkatan kualiti hidup...

Tanpa Nama berkata...

Wa bagusnya. Ini langkah proaktif yang patut diteruskan bagi memastikan sabahan mengambil peluang ini utk bekerja di negeri sendiri :)

Tanpa Nama berkata...

Betul tu 2718. Dulu saya pun kurang tahu juga tentang peluang pekerjaan yg ada di sabah. Tapi syukur juga lah dengan adanya kemudahan teknologi seperti internet, dapat juga saya tahu ada banyak kekosongan kerja di Sabah. So saya harap para belia rebutlah setiap peluang yang ada :)

langsat berkata...

langkah mengambil pekerja warga tempatan oleh syarikat2 perladangan di Sandakan adalah amat dialu-alukan

langsat berkata...

harap agar semua warga tempatan mengambil peluang ini

hulubalang berkata...

harap lebih banyak peluang pekerjaan di ladang-ladang kelapa sawit diwujudkan. para syarikat k.sawit harus sedar yang mereka patut mengambil lebih ramai pekerja tempatan bagi membendung kebanjiran warga asing yang bekerja di sektor perladangan sawit

Anak Sabah berkata...

Program seperti ini memang sering diadakan sebelum ini, tapi adakah sambutan sebaik kali ini tidak pastilah.

joey berkata...

program yang dianjueh Jabatan Tenage Kerja ini amat baik...saya berharap program seumpama ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang...

Tanpa Nama berkata...

program seperti ini perlu lebih giat dijalankan, ia memberi peluang kepada golongan belia untuk mendapatkan pekerjaan.

Unknown berkata...

dengan cara begini akan dapat menangani dan mengurangkan jumlah penggangguran disabah. oleh itu, perkara ini haruslah diteruskan untuk memenuhi peluang kekosongan dalam sektor swasta.

Boten_Trish berkata...

They should organize this kind of expo or programme at least twice a year. At least, the unemployed youths can go, have a look and apply for available vacancies.