Dzulfikar Mashoor |
SHAH ALAM: Lebih 40 pemandu Kontena Nasional di Pelabuhan Barat mendakwa dibuang kerja ekoran menuntut hak masing-masing daripada majikan mereka. Pengerusi kesatuan sekerjanya, Raja Ainon Bahar Raja Idin berkata, sebilangan mereka mula disingkirkan pada Khamis lalu. "Saya tak berani nak bagi angka yang tepat, tapi lebih kurang 40 orang atau lebih telah terima surat rasmi pada 22 hari bulan (Julai) lalu. Sebahgian yang lain terima pada 23 hari bulan (Julai)," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau yang juga terbabit berkata, pihak pengurusan Kontena Nasional Pelabuhan Barat (Pulau Indah) terpaksa bertindak demikian mungkin disebabkan sebilangan pekerja menuntut suatu rundingan tidak rasmi diadakan antara pekerja dan majikan pada Khamis lepas. Difahamkan, pekerja mahu meminta penjelasan berhubung bayaran penghantaran yang dianggap bertentangan dengan perjanjian persefahaman yang dipersetujui bersama sejak dua bulan yang lalu. "Sistem bayaran yang dipersetujui bersama sebenarnya RM8.80 untuk penggerakan penghantaran dari Pelabuhan Yard kepada pelanggan, tapi dia (majikan) bayar RM3 saja. "Dua bulan, kita tidak dibayar seperti yang majikan janjikan sebelum ini," ujarnya lagi sambil mendakwa majikan cuba mengelirukan beberapa fakta pada suatu pertemuan lain, Jumaat lalu. Lanjutan itu, beliau secara peribadi sekali lagi meminta maklum balas majikan semalam berhubung status kerjaya mereka yang terbabit. Namun, katanya, majikan tidak memberi jawapan yang sewajarnya. "Saya dah jumpa dengan pengurusan semalam, hampir sejam lebih, tapi tak ada jaminan bahawa mereka yang terbabit akan diambil kembali (untuk) bekerja," ujarnya. Melihat pada perkembangan itu, ujarnya, mereka yang terbabit pagi tadi telah memohon bantuan zakat dari Pusat Urus Zakat (PUZ) Selangor. Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, kesatuan bercadang untuk mendapatkan khidmat rundingan daripada 'orang kuat' Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nazim Johan dalam masa terdekat. Sebelum pada itu, Mohamad Isa Badron, AJK kesatuan berkata, mereka dibuang ekoran melancarkan piket pada Jumaat dan Sabtu berturut-turut memprotes tindakan majikan. Katanya, majikan kemudiannya menganggap mereka yang terbabit enggan menjalankan tugasan masing-masing. "Jumaat minggi lepas, 42 orang kesatuan kami dibuang kerja, sebab dibuang kerana majikan tuduh kami mogok secara haram," ujarnya. Bagaimanapun, tegasnya, mereka yang terbabit tidak berniat untuk tidak bekerja dengan majikan, jauh lagi untuk berhenti kerja. "Kami bukan mogok secara haram, kami bukannya tak bekerja (pandu kontena), kami cuma nak jumpa Ketua Pegawai Eksekutif. "Kita nak bincang masalah perjanjian bersama (iaitu) tentang gaji, wang insentif yang majikan janji pada kesatuan (sekerja)," katanya. Dijangkakan, insiden terbaru yang menimpa kaum pekerja terbabit bakal menggamit reaksi rencam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta ahli-ahli politik berwajib dalam masa terdekat ini. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 27 Julai 2010
40 pemandu dakwa dibuang tanpa rundingan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan