HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Julai 2010

Pakatan Rakyat Bidas Tindakan Terbaru Kerajaan Bayar RM372 Juta Untuk Projek PKFZ


TV SELANGOR

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan kerajaan meluluskan satu lagi pembayaran berjumlah RM372 juta bersabit projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang , (PKFZ) yang setakat ini menelan belanja lebih RM6billion wang rakyat tanpa pulangan nyata.

Kementerian Pengangkuatan mengarahkan Lembaga Pelabuahan Kelang supaya meluluskan pembayaran RM222.58 juta kepada kepada syarikat tujuan khas Free Zone Capital Bhd dan RM150 juta kepada Special Port Vehicle sebelum Ahad ini. .

Pembayaran itu dikatakan adalah untuk pemegang bon yang diterbitkan oleh kontraktor utama PKFZ Kuala Dimensi Sdn Bhd KDSB.

Sejak projek itu dilancarkan, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan telah meluluskan pelbagai pembayaran kepada KDSB selain memberi surat sokongan untuk syarikat itu mendapatkan pinjaman bank dan menerbitkan bon.

Kementerian Pengangkutan secara trdisi di terajui oleh pimpinan MCA yang dituduh bersekongkol dengan Umno untuk membuat pembayaran-pembayaran lumayan kepada KDSB.

Pembayaran terbaru lebih RM222 juta diluluskan kepada FZCB atas keperluan membayar kepada pemegang bon projek itu, namun alasan itu ditolak sebagai tidak logik dan rapuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan LPK dan kerajaan harus menunggu keputusan mahkamah berhubung kes tuntutan-tuntutan mencurigakan yang dibuat oleh KDSB sebelum meluluskan sebaran bayaran lanjut.

“Tidak ada keperluan langsung untuk kerajaan ataupun LPK membayar apa-apa kepada pemegang bon. Sebarang bayaran harus di buat oleh KDSB sendiri,” kata Tony Pua, seorang pakar ekonomi dan Ahli Parlimen PJ Utara dari DAP.

“Dengan meluluskan pembayaran ini, kerajaan secara langsung menyelamatkan kroni-kroni disebalik skandal PKFZ," tegas beliau.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad berkata Menteri Pengangkutan sekali lagi cuai menggunakan kuasa untuk mengarahkan LPK membayar RM372 juta kepada syarikat milik KDSB.

“Semua pembayaran seharusnya telah dibekukan sehingga hasil siasatan terhadap skandal itu diketahui oleh umum," tegas beliau.

Dr Dzulkifli bersetuju bahawa LPK tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada KDSB sehingga pertikaian di mahkamah selesai.

Bekas Menteri Penangkuatan Ong Tee Keat membayangkan rasa terkejut dengan keputusan kerajaan untuk membuat satu lagi pembayaran lumayah kepada syarikat milik kepentingan KDSB.

“Kerajaan seharusnya bertanya kepada LPK kenapa ia menangguhkan pembayaran,’ dan bukan berkeras meluluskan pembayaran itu,” Tee Keat dipetik berkata oleh portal Malaysian Insider.

Tiada ulasan: