HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Julai 2010

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Selasa

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat/Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam membawa ombak pada ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di perairan Perlis, Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Menurut jabatan itu juga, angin kencang Barat/Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m berlaku di perairan Phuket dan dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu juga memberi amaran mengenai ribut petir di perairan Pantai Barat Sabah, Kudat, Sandakan dan Sulu yang dijangka berterusan sehingga lewat petang hari ini.

Tiada ulasan: