HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Julai 2010

LHDN keluar pemberitahuan cukai yang perlu dipotong

MALAYSIA KINI


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan bahawa ia sedang mengeluarkan pemberitahuan kepada pekerja mengenai cukai yang perlu dipotong oleh majikan bagi kes di mana akaun cukai pendapatan menunjukkan baki terhutang.

Di dalam satu kenyataan, LHDN berkata, pemotongan gaji itu adalah tambahan kepada potongan cukai berjadual pendapatan semasa.

"Pemberitahuan ini dikeluarkan secara automatik melalui sistem komputer kepada pembayar cukai dan satu salinan akan diberikan kepada majikan. Pembayar cukai boleh menghubungi LHDN untuk membuat aturan semula bayaran jika pemotongan adalah membebankan," katanya.

LHDN juga berkata, pembayar cukai juga boleh memohon untuk membatalkan arahan pemotongan gaji itu jika tunggakan cukai yang dinyatakan telah dijelaskan atau cukai telah dikurangkan.

Tiada ulasan: