BERNAMA | ||
|
"Kita minta sangat kerajaan negeri Selangor supaya bersetuju dan memberi kebenaran kerana kerajaan negeri Pahang telah memulakan projek pembinaan terowong untuk proses pemindahan air dari negeri itu ke Selangor.
"Jika pembinaan itu boleh dimulakan sekarang, loji itu boleh siap menjelang 2014 dan proses pemindahan air boleh dilaksanakan dengan lancar," katanya di Putrajaya, hari ini.
Mengulas status terkini Langat 2 yang masih gagal mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor.
Projek yang menelan belanja RM8.65 bilion tersebut telah mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor sewaktu ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), namun proses pembangunan seterusnya terbantut selepas kerajaan negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.
Menurut Peter Chin, Langat 2 adalah untuk menampung keperluan air bersih di tiga kawasan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025.
Katanya, langkah alternatif untuk menampung bekalan air di tiga kawasan berkenaan selain menerusi projek Langat 2, akan membabitkan kos yang sangat tinggi.
"Ia bukan sesuatu yang mustahil (untuk guna alternatif lain) tapi ia akan membabitkan kos yang sangat tinggi. Kita perlu guna logik untuk tangani hal ini," katanya
.
"Saya tahu ada tasik, ada sungai dan sumber bawah tanah di Selangor untuk menampung permintaan pengguna, tetapi nanti kalau kita berdepan dengan kemarau yang luar biasa atau kecemasan, kita boleh gunakannya," katanya.
Peter Chin berkata, bekalan air yang sentiasa berterusan adalah sangat penting berikutan bahan tersebut digunakan setiap hari dalam pelbagai urusan, termasuk perindustrian yang akan menjana pertumbuhan ekonomi.
"Kita tak boleh hanya bergantung kepada sumber semula jadi kerana jika berlaku kecemasan, kita tidak mungkin akan berjaya mengatasinya.
"Oleh itu langkah bijak adalah dengan membenarkan projek Langat 2 dimulakan agar isu bekalan air tidak akan menjadi masalah semua pihak.
"Apabila air dari Pahang sampai ke Selangor pada tahun 2014, ia harus dirawat untuk kegunaan penduduk.
"Projek ini tidak membabitkan sebarang agenda politik kerana ia adalah keperluan untuk rakyat," katanya sekali gus menafikan dakwaan bahawa Langat 2 adalah usaha kerajaan persekutuan untuk memancing undi daripada rakyat negeri Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan