HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Julai 2010

Denda RM1 Juta Jika Perdagangkan Manusia

BERNAMA

Sesiapa yang mendapat keuntungan daripada kegiatan mengeksploitasi orang yang diperdagangkan akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM500,000 sehingga RM1 juta berdasarkan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Perkara itu terkandung dalam Fasal 10, yang menaikkan denda bagi kesalahan itu yang sebelum ini menetapkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000 mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Rang undang-undang itu, yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk bacaan kali pertama, juga menetapkan bahawa segala keuntungan yang diperoleh daripada kesalahan itu oleh pesalah yang disabitkan juga boleh dilucuthakkan.

Rang undang-undang yang mempunyai 26 Fasal itu turut memasukkan bahagian baru iaitu Bahagian IIIA, ke dalam Akta 670 untuk menangani masalah yang timbul berkenaan dengan penyeludupan migran.

Tiada ulasan: