| Wong Teck Chi |
“Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan.
Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat.
Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno.
Presiden MCA itu tidak menafikan persepsi ataupun tanggapan umum adalah sedemikian tetapi menafikan parti Cina itu menyokong idea judi sukan dan menyalahkan media kerana salah-tafsir kenyataannya.
"Tiada orang yang suka berjudi. Jika kerajaan membenarkan pertaruhan sukan, perlu ada peraturan bagi memastikan bookie haram dihapuskan.
"Selain itu, pendidikan bagi membanteras judi perlu diadakan di samping badan khas bagi menentukan cara cukai hasil aktiviti judi itu digunakan,” katanya.
Di sebalik pelbagai cubaan mendapatkan penjelasan daripada Chua sama ada MCA meluahkan, 'sokongan bersyarat', Chua hanya mengulangi kenyataannya sebelum ini.
7 ulasan:
Tidak payahlah membangkitkan isu ini lagi. Yang penting, Suara rakyat diutamakan dan cadangan lesen judi sukan ditolakan.
ini adalah kehendak rakyat. sekiranya pihak pemimpin setuju, tetapi pihak rakyat menbantah habisan tidak guna lesen judi itu dikeluarkan sekiranya akan membawa kepada kekecohan oleh rakyat kelak. oleh itu, ini adalah keputusan yang terbaik oleh kerajaan untuk semua pihak.
yang penting sekarang, cadangan pemberian lesen tersebut telah ditarik semula. tidak perlu menimbulkan persoalan kenapa parti komponen lain tidak diberi peluang memberikan pandangan. pandangan seluruh rakyat malaysia lebih penting daripada pandangan parti komponen BN..
ini tidak bermaksud apa yang disangkakan oleh kompenan UMNO sendiri. ini bukan sebab dibawah telunjuk atau apa, tapi ini adalah kerana bantahan rakyat. jadi keputusan ini untuk rakyat semua. kebanyakkan agam mengharamkan judi, ini adalah keputusan yang terbaik untuk semua.
Hal yg dah selesai, buat apa lagi diperbesarkan bah.. Bikin pening kepala ja. huhuhu
Hal yg dah selesai, buat apa lagi diperbesarkan bah.. Bikin pening kepala ja. huhuhu
Setuju boy. Ni mmg keinginan rakyat supaya lesen judi tak diluluskan. So, apa lagi yang mahu digosipkan.
Semuanya da ok :)
Catat Ulasan