HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Julai 2010

Kalau PAS perjuang kepentingan individu, dah lama pemimpin PAS bina 'istana' macam Umno

Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Presiden Seketariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) berpendapat, Pas akan terus mencapai matlamat perjuangan iaitu memperjuangkan nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Ini ekoran kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang menyatakan Pas kini dilihat tersasar daripada perjuangan asal apabila lebih cenderung menjayakan agenda peribadi seseorang pemimpin iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Pas jelas parti yang menobatkan dasar Islam. Ini menjadi asas kepada keikhlasan kerana orang yang berjuang kerana Islam inilah orang yang ikhlas," ujar Ustaz Ghani (Gambar).


"Mereka yang berjuang kerana lain dari itu adalah sesat perjuangannya, dan sebab itulah Tuan Guru Nik Aziz tidak memperjuangkan kepentingan diri, membina kekayaan atau beli kereta-kereta mahal," tambah beliau.

Hishamuddin dalam kenyataannya juga turut mempertikaikan keikhlasan Pas dalam memartabatkan Islam.

Ghani berpendapat, pandangan melalui sesuatu pihak haruslah berpandukan agama dan bukannya bercakap atas dasar peribadi semata-mata.

Malah kata beliau, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencerminkan satu contoh pemimpin terbaik melalui keperibadian beliau yang sentiasa mendukung Islam serta memperjuangkan nila-nilai agama.

"Sepatutnya dia (Hishamuddin Hussein) cermin diri kerana suluh diri itu lebih baik," tegur Ghani.

"Kalau nak dibandingkan,Tuan Guru Nik Aziz lebih menghayati konsep Islam berbanding pemimpin Melayu yang mendukung yang haram seperti lesen judi sukan," tambahnya.

WarkahDaily - Cuba bandingkan pemimpin PAS dan pemimpin Umno. Mana lebih sederhana kehidupan mereka?

Pemimpin tertinggi PAS tidak sesenang pemimpin bahagian Umno pun. Usah dibandingkan dengan presiden Umno atau orang sekelilingnya. Jauh langit dengan bumi. Rumah sekadar seperti rakyat biasa. Kereta hanya belas ihsan penyokong yang sanggup memberi kemudahan pemimpin kesayangan mereka.

Ketua Umno bahagian pun lebih dahsyat kehidupan mereka. Rumah besar bak istana, kereta bertukar-tukar dengan pelbagai jenama. Duit berpuluh-puluh ribu, bahkan ratusan ribu menjadi mainan disimpan di rumah.

Mana mereka dapat duit sebanyak itu? Besar sangat ke gaji depa?

Tiada ulasan: