| BERNAMA | ||
| |
Beliau berkata sekiranya usaha itu dapat dilakukan secara konsisten dan menyeluruh, ia mampu menjayakan program mentransformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
"Aktiviti R&D yang berterusan secara komprehensif juga memungkinkan pelbagai teknologi baru ditemui, sekaligus mengurangkan kebergantungan kita pada negara lain.
"Kerana itu, adalah amat penting bagi para ulama serta cendekiawan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran berkongsi kepakaran dan bekerjasama dalam penyelidikan dan penerokaan terhadap kandungan al-Quran," katanya ketika menutup rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 di Kota Kinabali malam ini.
Ahmadshah juga berharap umat Islam bukan sahaja membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan bertajwid dan bertaranum, tetapi juga menghayati saranan dan ajarannya.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penganjuran majlis-majlis keagamaan seperti Majlis Tilawah Al-Quran dapat membentuk jati diri modal insan yang bertaqwa dan seimbang sesuai dengan anjuran dan ajaran Islam.
"Dengan wujudnya sifat wasatiyatul-ummah (ummah yang seimbang), akan melahirkan sebuah negara yang harmoni, aman dan bersatu padu di bawah bumbung perpaduan nasional yang kukuh serta maju, bukan sahaja dari sudut material, bahkan juga spiritual," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan