| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) kesal dengan sikap kerajaan yang seakan tidak tahu menilai khazanah seni karyawan negara.
Beliau berkata, kerajaan seharusnya mengiktiraf hasil seni negara apatah lagi melibatkan hasil kerja karyawan negara yang tinggi nilainya kepada warisan negara. "Saya menuntut kerajaan menyediakan satu tempat khas untuk seniman dan karyawan negara mempamerkan segala karya mereka," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang akan mengambil tindakan menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa dengan layanan yang diberikan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu. Kesal dengan sikap kerajaan yang seolah-olah meminggirkan hasil seni karyawan tempatan, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mahu kerajaan lebih menghargai sumbangan karyawan tempatan, bukan hanya mengagungkan karya dari luar negara. "Saya kesal dengan sikap kerajaan yang tidak tahu menilai khazanah seni negara yang begitu bernilai, kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Samad Said itu sebagai isyarat kekecewaan beliau kerana negara ini tidak mengiktirafkan hasil seni beliau. "Kita harap kerajaan perlu serius dalam hal tersebut jangan kerana sikap angkuh kita, rakyat pada masa hadapan terpaksa ke New Zealand bila ingin merujuk kembali hasil seni Sasterawaan Negara itu," katanya. Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan kerajaan mengambil tindakan agar hasil kerja A Samad Said terus berada dalam negara agar mudah dirujuk oleh rakyat. "Saya sangat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Sasterawan Negara itu dan kami dari Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan mengambil tindakan bagi memastikan hasil seni tersebut terus berada di dalam negara ini," katanya. Sebelum itu, dalam kenyataan akhbar yang sama A.Samad Said menerusi beberapa rundingan bersama dengan temannya di New Zealand tersebut, mendapati negara itu lebih menghargai segala usaha pengiat seni termasuk sasterawan. Kata sasterawan itu lagi, melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan 'seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan', atas tindakan tersebut beliau bercadang membawa karyanya ke luar negara seperti di New Zealand. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 2 Julai 2010
Khazanah seni: PAS kesal sikap kerajaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan