| Susan Loone |
Selepas melawat Taman Botani semalam - di mana terdapat dua pintu gerbang yang didakwa merosakkan pemandangan - Lim mendakwa pegawai lantikan persekutuan itu "secara terbuka dan terang" mensabotaj kerajaan negeri.
Lim menggesa Nik Ali tampil berterus-terang tentang perbelanjaan berhubung rancangan meruntuhkan pintu gerbang bernilai RM150,000 sebagai pembesaran projek bawah kementerian perlancongan.
Lim mendawak Nik Ali bertanggungjawab terhadapnya ekoran beliau sebagai "pegawai kawalan yang bertanggungjawab terhadap pengawasan projek."
Pintu gerbang itu, mencetuskan kontroversi apabila rakyat Pulau Pinang dan pelancong mengkritik binaan itu dengan alasan tiada nilai seni dan kebudayaan pada negeri.
Ia disokong oleh tinjauan yang dikalankan kementerian perlancongan menyebabkan menterinya Dr Ng Yen Yen memutuskan bagi meruntuhkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan