HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 Julai 2010

Menteri: Ajak PAS bersama usaha berterusan

Abdul Rahim Sabri

Pemimpin Umno hari ini terus mengajak PAS duduk bersama bagi membincangkan soal perpaduan dan kepentingan rakyat serta umat Islam di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, usaha itu merupakan "usaha berterusan" dan pintu rundingan untuk perpaduan umat Islam kepada parti masih lagi terbuka.

"Kita bercakap perpaduan umah dan perpaduan umat Islam," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran berkaitan kewajipan bersatu padu pada "tali Allah".

"Saya nak ajak (PAS), mari duduk sama. Kita bukti ayat ini yang turun kepada kita. Kita dok letak syarat, sampai bila perpaduan tak akan selesai. Kita duduk bincang dulu," katanya dalam satu sidang media di Univerisiti Malaya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar pemikiran Islam di Akademi Pengajian Islam UM petang ini.

Tiada ulasan: