HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Julai 2010

Sekat media PR, Umno-BN bakal tumbang

Angkasanuri

Perkembangan terkini dalam negara menunjukkan bahawa pilihan raya Umum ke-13 semakin hampir. Dalam beberapa siri pilihan raya umum yang lalu, antara petanda yang cukup jelas detik pilihan raya umum ialah media milik Pakatan Rakyat disekat untuk menutup minda rakyat negara ini daripada mendapat pandangan kedua selain daripada media milik atau kroni Umno-BN.

Penggantungan tak bertali permit Suara Keadilan oleh KDN dan amaran kepada Harakah dan Roket menunjukkan Umno-BN hilang punca untuk mengendurkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagi saya sekatan kepada mana-mana media milik Pakatan Rakyat akan menjadi senjata makan tuan kepada Umno-BN. Saya yakin sekatan ini akan menyebabkan simpati dan sokongan kepada Pakatan Rakyat akan meningkat.

Kehadiran dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat akan kembali melimpah dengan kebanjiran orang ramai yang dahagakan maklumat.

Saya juga yakin pemilik blog dan portal yang menyokong Pakatan Rakyat akan menggiatkan usaha untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Secara tidak langsung penyebaran maklumat akan lebih cepat, tersusun dan meluas.

Bagi saya rakyat hari ini sudah semakin bijak untuk memilih siapa wakil rakyat mereka. Buatlah apa cara sekali pun, semua ini tidak akan mengubah sokongan kepada Pakatan Rakyat.


Rakyat hanya menunggu hari pengundian untuk mengajar kesombongan dan kebiadapan Umno-BN yang berterusan melakukan penyelewengan, skandal dan salah guna kuasa sehingga menyebabkan situasi politik dan ekonomi negara berada dalam keadaan yang sangat tenat.

Hanya ada satu cara untuk membetulkan kepincangan yang ada iaitu dengan memastikan Umno-BN menjadi pembangkang selepas PRU ke 13.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang benar bahawa rakyat hari ini semakin bijak untuk memilih siapa wakil rakyat mereka. oleh sebab itu jangan terlalu yakin kerana kebijaksanaan rakyat itu belum tentu memihak kepada PR. lihat dahulu sumbangan PR kepada rakyat, jangan hanya kerap menimbulkan isu2 yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

tombolo berkata...

biarlah rakyat sendiri memilih parti mereka. dalam PRU13 nanti kita akan tahu siapa pilihan rakyat

Sanih Alias berkata...

begitu yakin sungguh PR ini. ingat senang untuk rakyat meninggalkan UMNO/BN begitu saja. BN tetap kuat dan kukuh..

PR lupa, BN/UMNO sudah berpuluh2 tahun memimpin dan rakyat tahu macamman cara BN..sekiranya jatuh tangan PR..memang akan berlakulah janji tinggal janji..

zam berkata...

sekatan media yang telah dilakukan mempunyai sebab dan alasan yang kukuh..rakyat mengetahui apa yang terbaik untuk mereka sendiri.

Sanih Alias berkata...

Mustahil untuk BN/UMNO tumbang hanya kerana sekat media PR..rakyat boleh memikirkan kenapa semua ini boleh berlaku.

Boten_Trish berkata...

Anything can happen. Let the people judge and conclude.

madd berkata...

BN masih mendapat sokongan dari rakyat...kita akan lihat hasilnya nanti dalam PRU13